CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 333|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak mahu tingkat pengeluaran padi

[Copy link]
Post time 15-3-2022 07:25 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kerajaan Sarawak menyasarkan Kadar Tahap Sara Diri (SSL) pengeluaran padi mencapai 60 peratus bagi mengurangkan kebergantungan kepada import beras.

Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, SSL bagi pengeluaran padi di Sarawak ketika ini hanya 38 peratus dan selebihnya import dari negara luar.

"Hasrat kerajaan negeri dan Premier Sarawak adalah untuk memodenkan sektor pertanian bagi pengeluaran hasil padi yang lumayan untuk kegunaan sendiri dan tidak bergantung kepada import beras.

"Bagi tujuan itu, kementerian melalui Jabatan Pertanian Sarawak bertanggungjawab mengembangkan program penanaman padi menerusi penghasilan benih padi berkualiti seperti MR269 yang boleh ditanam dua kali setahun.

"Bukan sahaja di Tanjung Purun kita juga akan menanam benih padi berkualiti ini di Stumbin, Abok, Selepong, kawasan Gedong termasuk di Bario bagi menjamin sekuriti makanan negeri dan negara," katanya kepada pemberita selepas perasmian Majlis Penuaian Benih Padi Berkualiti Skim Pengairan Tanjung Purun pada Isnin.

Turut hadir pada majlis tersebut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Azizul Annuar Adenan dan Setiausaha Tetap Kementerian Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Datu Edwin Abit.

Tambah Dr Rundi, selain pemodenan pertanian, ternakan seperti lembu, kambing, biri-biri dan sebagainya juga harus dimodenkan.

Bagi tujuan itu katanya, beliau menyeru pihak swasta yang berkecimpung dalam bidang ini membantu kerajaan negeri memodenkan petani dan penternak di luar bandar.

Katanya terdapat lebih 170,000 ahli Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sarawak dan jika mereka ini dapat dibantu ia secara tidak langsung dapat mengubah landskap ekonomi mereka.

"Sasaran kerajaan adalah untuk meningkatkan pendapatan isi rumah petani kita kepada RM6,000 sebulan. Jika mereka masih menggunakan cara tradisional dalam aktiviti pertanian dan ternakan mereka, angka ini sukar dicapai," katanya.

Sementara itu Pengarah Pertanian Sarawak Dr Alvin Chai berkata pengeluaran padi di Sarawak telah mencatatkan 148,999 tan matrik atau 38 peratus SSL pada 2021.

Ini katanya, menunjukkan Sarawak masih dalam langkah ke arah sasaran kerajaan negeri untuk mencapai  60 peratus SSL beras menjelang 2030 dengan penghasilan padi tempatan sebanyak 235,262 tan matrik.

Secara keseluruhannya terdapat seramai 44,000 pesawah dengan keluasan 23,000 hektar yang berdaftar di bawah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan.

Manakala seramai 29,000 petani dengan keluasan 24,000 hektar di bawah Skim Baja Racun Padi Bukit.

oleh
Agnes Tugong

credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.055190 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list