Baru-baru ini, pelakon Raja Atiq dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian bahu kirinya akibat terjatuh dari motosikal.
Motosikal yang ditunggang oleh Raja Atiq dipercayai tiba-tiba hilang kawalan di sebuah selekoh berpasir. Hal ini telah mengakibatkan pelakon drama Nur itu terjatuh.
Menerusi posting terbaru Raja Atiq di akaun Instagram miliknya, dia berterima kasih kepada semua peminat dan raka seperjuangan yang mendoakan kesihatannya. Kata Atiq, hobinya yang suka menungggang motosikal berkuasa tinggi mungkin perlu 'ditinggalkan' kerana dia sering terlibat dalam kemalangan.
Menurut Atiq, dia sudah memperlahankan motosikalnya kerana selekoh tajam. Namun, disebabkan jalan tersebut berpasir, secara tiba-tiba dia hilang kawalan lalu terjatuh. Walau bagaimanapun, pelakon ini masih belum melakukan ujian imbasan sinar-X.
Tetapi menurut doktor, kemungkinan besar tulang bahu Atiq patah atau terkeluar dari soket. Selepas melakukan pemeriksaan lanjut barulah Atiq dapat tahu apa sebenarnya yang tercedera. Buat masa ini bahagian belah kiri badan Atiq terasa begitu sakit.
Post time 14-3-2022 04:30 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sian atiq.. lain kali bawak la pelan2.. tapi atiq tak salah, cuma jalan raya tu yg licin & berlubang & terlalu tajan selekohnya..
Semoga atiq cepat sembuh ye. Semoga dapat terjatuh atas dada atiq