CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1237|Reply: 0

[Lain-Lain] Filem penuhi kriteria

[Copy link]
Post time 14-3-2022 11:49 AM | Show all posts |Read mode
Filem penuhi kriteria


RAYN Reynolds anggap The Adam Project naskhah lengkap, ada kaitan dengan kehidupan silamnya.

Hubungan antara bapa dan anak adalah suatu ikatan yang luar biasa dan tentunya berbeza antara hubungan antara ibu dengan anak.

Bapa adalah sosok yang tidak terlalu menunjukkan kasih sayang mereka, namun pada masa sama, mengambil berat dengan cara yang tersendiri.

Kisah dan jalan cerita itu jugalah yang dipaparkan dalam filem terbaharu di platform Netflix, berjudul The Adam Project.

Berkesempatan menemubual bintang utamanya iaitu Ryan Reynolds baru-baru ini, pelakon yang cukup dikenali sebagai pelakon versatil ini berkongsi kisah kehidupannya yang disuntik ke dalam filem arahan pengarah Shawn Levy itu.

"Selepas selesai dengan filem Free Guy, persoalan yang bermain di fikiran adalah, apa lagi selepas ini dan The Adam Project umpama satu naskah yang memenuhi kriteria yang kami mahukan," katanya.

Menurut Reynolds, The Adam Project begitu dekat dengan hati dan kehidupannya lebih-lebih lagi selepas bapanya, James meninggal dunia pada 28 Oktober 2020.

"Filem ini menjadi satu naskhah yang begitu menyentuh peribadi saya. Bapa saya meninggal dunia beberapa tahun lalu dan bagi saya, dia adalah pelengkap dalam kekurangan yang saya ada.

"Saya mula sedar bahawa saya marah kepada bapa bukanlah sebab dia jahat atau seorang yang tidak bertanggungjawab, tetapi saya marah kerana dia meninggal dunia.

"Saya marah sebab dia dah tak ada dan itu membuatkan saya tertarik dengan watak Adam, di mana dia berpeluang kembali ke masa lalu dan bertemu dengan bapanya," katanya.

Tambah Reynolds, watak Adam bukan saja bertemu dengan bapanya, bahkan juga turut mula memahami sikap dan misi bapanya yang dilakonkan Mark Ruffalo.


IMBAU kenangan, Reynolds selitkan juga kisah diri sendiri dengan bapa.

"Bukan saja ketika bapanya masih hidup, tetapi mereka berkongsi usia sama ketika dia muncul di masa lalu.

"Itu secara tak langsung membuka ruang untuk mereka memahami satu sama lain bukan saja sebagai bapa dengan anak, tetapi juga sebagai sahabat," katanya.

Tambahnya, filem ini juga umpama satu karya yang lengkap dengan pelbagai elemen antaranya suntikan nostalgia daripada kisah kehidupannya dan juga daripada kehidupan Levy selaku pengarah.

"Nostalgia adalah benda yang paling berharga dan nostalgia yang disuntik ke dalam filem ini hadir dengan pakej lengkap dari komedi sehinggalah emosi.

"Tidak hanya itu, ada juga elemen-elemen lain seperti aksi juga pengembaraan. Jadi, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk hasilkan satu filem dengan corak sebegini kerana ia benar-benar menyentuh jiwa serta dekat dengan hati saya.

"Sejujurnya, tak banyak filem yang saya lakonkan, mencerminkan kehidupan sebenar seperti mana, saya di dalam The Adam Project," katanya.


MANTAP lakonan Reynolds dalam filem The Adam Project.

Filem ini mula ditayangkan di Netflix sejak 11 Mac lalu, mengisahkan Adam yang tersasar ke masa lampau cuba menyelamatkan dunia dengan membunuh penjahat utama.

Pada masa sama, dia juga turut dibantu oleh dirinya ketika kecil dan juga bapanya.

Selain Reynolds yang memegang watak Big Adam dan Ruffalo (Louis Reed), filem The Adam Project ini juga membariskan barisan pelakon lain antaranya Jennifer Garner (Ellie Reed), Walker Scobell (Young Adam), Catherine Keener (Maya Sorian) dan Zoe Saldana (Laura).


https://www.hmetro.com.my/utama/ ... lem-penuhi-kriteria


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.063618 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list