CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 340|Reply: 0

[Sabah] PPM gagalkan cubaan seludup minuman keras bernilai RM36,605.63

[Copy link]
Post time 11-3-2022 11:44 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Rampasan minuman keras yang diseludup dari Wilayah Persekutuan Labuan untuk pasaran gelap di Tanah Besar Sabah.

LABUAN: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menggagalkan satu lagi cubaan menyeludup minuman keras di kawasan laut Mempakul di sini semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Labuan Asisten Superintendan Saidul Maruf Rosli berkata operasi dilaksanakan hasil daripada pemantauan berterusan di lokasi kejadian.

“Dalam kejadian awal pagi itu, pasukan operasi yang sedang menjalankan rondaan di perairan berkenaan mengesan bot yang membawa minuman keras.

“Bertindak dengan kejadian, pasukan operasi kemudiannya mengarahkan bot berkenaan berhenti untuk pemeriksaan,” katanya.

Beliau berkata suspek yang mengendalikan bot berkenaan bagaimanapun bertindak memecut laju ke kawasan yang cetek di pesisir pantai Mempakul.

“Suspek kemudiannya terus melarikan diri ke kawasan paya bakau berhampiran dan cubaan menangkap suspek tidak berjaya selepas gagal dikesan pasukan operasi.

“Pemeriksaan terhadap bot berkenaan mendapati suspek membawa muatan minuman keras yang dipercayai belum bercukai.

“Kesemua muatan minuman keras itu dipercayai diseludup dari Wilayah Persekutuan Labuan untuk pasaran gelap di Tanah Besar Sabah,” katanya.

Menurutnya kesemua minuman keras bersama bot yang dilengkapi dua enjin bot berkenaan terus dirampas dan dibawa balik untuk tindakan selanjutnya.

“Nilai rampasan keseluruhan termasuk cukai dianggarkan berjumlah RM36,605.63 berdasarkan harga pasaran semasa dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967,” katanya.

Sehubungan itu, Saidul Maruf berkata, PPM Wilayah Empat Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam.

Katanya, maklumat juga boleh disalurkan menerusi aplikasi WhatsApp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197.



utusanborneo.com.my/2022/03/11

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.063082 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list