CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1674|Reply: 8

Tinggal Merata, Robbie Williams Dah Tak Ada Rumah

[Copy link]
Post time 11-3-2022 12:43 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Robbie Williams, 48, kini tidak memiliki rumah tetap dan tinggal di mana-mana selepas menjual hampir semua harta dimiliki termasuk beberapa kediaman mewahnya.


Williams berkongsi perkara itu dalam temu bual program radio Australia, Kyle and Jackie O di mana dia juga buntu memikirkan persekolahan anaknya disebabkan masalah itu.


Menurutnya, dia dan isteri Ayda Field, 42, masih memikirkan tempat tinggal baharu serta kemungkinan terpaksa menyekolahkan empat anak mereka di rumah saja.




Kredit foto: Hello Magazine




"Kami belum ada tempat tinggal buat masa sekarang, menjual hampir semua rumah, tinggal merata-rata dan sedang mencari penyelesaian untuk itu.


"Nasib empat anak jadi teka-teki buat kami cari jalan terbaik kerana kalau mereka bersekolah, pasti jarang dapat jumpa saya. Ini kerana saya tidak akan tinggal setempat.


"Sekiranya mereka bersekolah di rumah, ia akan menjadi masalah lain untuk difikirkan. Kami semua sedang cuba mencari penyelesaian terbaik," katanya.


Dalam tempoh beberapa bulan lalu, Williams memutuskan untuk menjual hampir semua hartanahnya selain koleksi seni miliknya.


Pada Januari lalu, dia menjual rumah mewahnya di Wiltshire dengan harga RM37 juta. Minggu lalu, rumah agamnya di Los Angeles turut dilepaskan dan dijual kepada penyanyi Drake bernilai RM203 juta.


Tidak ketinggalan, dua lukisan dalam koleksinya, Girl With Balloon dan Vandalised Oils (Choppers) dijual di pusat lelong Sotheby's dengan harga RM38 juta.


Williams sekarang ini sedang menjalani penggambaran filem biopik Better Man yang dibuat di sini.


Dia juga akan mengadakan konsert di Rod Laver Arena sebagai sebahagian daripada filem itu nanti.




Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2022 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Jual aset berjuta2 masih lagi buntu. Pelik.
Ke jual aset sebab nak bayar hutang?
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 02:20 PM | Show all posts
.......feel im getting old b4 my time..........
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 03:25 PM | Show all posts
Dr US dia pegi Australia
jual semua harta kat US
sbb dia ada penggambaran biopik Better Man di Australia
sbb tu dia msh mencari tempat nak tinggal
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 03:49 PM | Show all posts
Oo kiranya masih berduit cuma takde empat tinggal tetap le yer.. apoo la kamu ni robbie
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 04:04 PM | Show all posts
knpa smpai homeless ..abes tu mane duit jota2 hasil jual umah2 tu guna utk apa. pelik2 la haii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2022 11:49 PM | Show all posts
mungkin sekarang tinggal di hotel mewah?

duit ada, tapi belum decide nak beli tanah/ rumah kat mana

dengan ada nya berita gini, mesti ramai pihak offer kat beliau dengan harga istimewa
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2022 12:22 AM | Show all posts
ingatkan jd homeless tidur tepi jalan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2022 12:15 PM | Show all posts
Mungkin masih tercari2 negara yang sesuai untuk dia menetap tampa apa2 sekatan dan peraturan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1120517 Replies : 797
Indonesia: Pontianak Merangkak Dalam Asrama Sekolah Pondok (CCTV)
tumpanglalu74Indonesia: Pontianak Merangkak Dalam Asr
Views : 7377 Replies : 10
Kemaluan tersembul di dahi, janda cantik trauma tengok cermin! - “Puas gosok-gosok mata, tetap ada”
tatodKemaluan tersembul di dahi, janda cantik
Views : 11253 Replies : 6
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 22619 Replies : 18
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 20593 Replies : 13
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31214 Replies : 15
Belum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Dijadikan Stor Penyimpanan   Mercun Di Kajang Terbakar 80 Peratus
YgBenarBelum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Di
Views : 11654 Replies : 10
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77159 Replies : 510
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 52950 Replies : 52
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26375 Replies : 28

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.091560 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list