CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farhana008

COVID INFO & DATA WAREHOUSE VOLUME 42

  [Copy link]
Post time 9-12-2022 08:55 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2022 09:10 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2022 11:42 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2022 08:58 PM | Show all posts
seribulan replied at 6-12-2022 10:11 PM
Bukan somi Normala Shamsuddin kan

tak perasan pula nama deme sama
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2022 09:16 PM | Show all posts
farhana008 replied at 11-12-2022 07:58 PM
tak perasan pula nama deme sama

Ingat dia Tipah tertipu...

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2022 08:46 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2022 01:19 PM | Show all posts
[size=0.8em]MENU


From the Desk of the Director-General of Health MalaysiaA NATION WORKING TOGETHER FOR BETTER HEALTH

SEARCH FOR...

[size=0.8em]COMMUNICABLE DISEASEKenyataan Media KPK 12 Disember 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi 49 (4 – 10 Disember 2022) dan Situasi Bencana Banjir serta Kesiapsiagaan Menghadapi Banjir Monsun Timur Laut 2022/2023[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON DECEMBER 12, 2022

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
MINGGU EPIDEMIOLOGI 49 TAHUN 2022
(4 DISEMBER – 10 DISEMBER 2022)
STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengumumkan bahawa secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC) bagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 22.1 peratus pada Minggu Epidemiologi ke-49 tahun 2022 (ME 49/2022) berbanding ME 48/2022 (Rajah 1);

Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi  setiap 100,000 populasi pada ME 49/2022 berbanding ME 48/2022 adalah seperti berikut (Rajah 2);
  • Pesakit kategori 1 dan 2 menurun sebanyak 23.9 peratus; manakala
  • Pesakit kategori 3, 4, dan 5, menurun sebanyak 25.6 peratus.

Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 49/2022 berbanding ME 48/2022 (Rajah 3) adalah seperti berikut:
  • Katil bukan kritikal menurun sebanyak 9 peratus; dan
  • Katil Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun sebanyak 2 peratus.

Peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) meningkat sebanyak 0.1 peratus (Rajah 4) pada ME 49/2022 berbanding ME 48/2022.

PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC)
Untuk makluman, kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara telah menunjukkan penurunan.
Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 48/2022 dan ME 49/2022 (Rajah 5):
  • Bilangan kedatangan pesakit ke CAC menurun sebanyak 23.3 peratus;
  • Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah menurun sebanyak 20.0 peratus; dan
  • Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke hospital menurun sebanyak 8.3 peratus jika dibandingkan dengan minggu sebelumnya.

Untuk CAC Maya, jumlah kes yang melengkapkan penilaian kendiri (HAT) menurun sebanyak 13.1 peratus pada akhir ME 49/2022 berbanding ME 48/2022; iaitu dari 15,512 kepada 13,481 kes. Dari jumlah tersebut, peratusan individu dengan Kategori 2b dan ke atas kekal 6 peratus (863 kes) seperti Rajah 6:

STATUS TERKINI KES COVID-19
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 10 Disember 2022 (ME 49/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
  • Kumulatif kes baharu: 5,009,767;
  • Kumulatif kes sembuh: 4,954,204 kes;
  • Kumulatif kes kematian: 36,753 kes; dan
  • Kumulatif kluster: 7,161 kluster (kluster aktif: 41 kluster).
Perbandingan antara ME 48/2022 dan ME 49/2022:
  • Bilangan kes sembuh pada ME 49/2022 menurun sebanyak19.5 peratus (18,405 kes kepada 14,816 kes) (Rajah 7);
  • Bilangan kes baharu pada ME 49/2022 menurun sebanyak 24.9 peratus (14,558 kes kepada 10,937 kes) (Rajah 8);
    • Bilangan kes tempatan menurun sebanyak 24.9 peratus (14,543 kes kepada 10,923 kes); dan
    • Bilangan kes import menurun sebanyak 6.7 peratus (15 kes kepada 14 kes).
  • Bilangan kes kematian pada ME 49/2022 menurun sebanyak30.6 peratus (62 kes kepada 43 kes); dan
  • Purata kes aktif setiap hari bagi ME 49/2022 menurun sebanyak 16.4 peratus (25,062 kes kepada 20,945 kes) (Rajah 9).



NILAI RT
Nilai RT pada ME 48/2022 adalah 0.86 (Rajah 10).

SURVELAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19
KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 49/2022, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati:
  • Sebanyak 165 sampel ILI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 21.2 peratus pada ME 49/2022 (Rajah 11); dan
  • Tiada sampel SARI dikesan positif COVID-19 pada ME 49/2022 (Rajah 12).


SITUASI SEMASA BENCANA BANJIR
Sehingga jam 9.00 pagi, 12 Disember 2022, terdapat lima (5) buah negeri dilanda banjir iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, dan Johor ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Kelantan (5), Terengganu (11), Pahang (11), Perak (1), dan Johor (1). Jumlah mangsa banjir keseluruhan mencatatkan peningkatan dari 659 orang hari sebelumnya kepada 2,553 orang.
Terdapat 14 kes COVID-19 yang dikesan dalam kalangan mangsa banjir semasa tempoh 11 November 2022 hingga 18 November 2022. Semua kes telah tamat menjalani isolasi dan telah pulang ke rumah masing-masing. Dari 19 November 2022 sehingga kini, tiada kes COVID-19 dikesan di kalangan mangsa banjir.
Kes penyakit berjangkit mula dipantau sejak 11 November 2022 apabila beberapa episod banjir berlaku. Secara kumulatif, sebanyak 12 kes acute gastroentritis (AGE), 207 kes jangkitan saluran pernafasan akut (ARI), lapan (8) kes konjuntivitis, 134 kes jangkitan kulit telah dikesan dalam kalangan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Tiada kes typhoid, kolera, leptospirosis, hand foot mouth disease (HFMD) dan denggi dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir sehingga hari ini.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
Sejak 1 April 2022, Malaysia telah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam. Peralihan fasa ini juga disebabkan oleh kejayaan program vaksinasi COVID-19 di seluruh negara.
Walaupun demikian, KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S;
  • Amalkan 3W;
  • Amalkan TRIIS;
  • Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2A (yang berisiko tinggi) dan ke atas atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Individu yang belum menerima dos penggalak vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
12 Disember 2022 @ 11.30 pagi





[td]





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2022 07:55 AM | Show all posts
seribulan replied at 11-12-2022 09:16 PM
Ingat dia  Tipah tertipu...

sabtu lepas hitea kat cyberjaya. balik rumah demam kejap sbb aircond dlm dining room sejuk sangat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2022 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 13-12-2022 06:55 AM
sabtu lepas hitea kat cyberjaya. balik rumah demam kejap sbb aircond dlm dining room sejuk sangat.

Oloh...moga dah sihat

Banyaknya negeri dah banjir sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 09:12 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 07:28 PM | Show all posts
Kenyataan Media KPK 13 Disember 2022 – Keputusan Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-379 Berkenaan Pendaftaran Vaksin COVID-19[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON DECEMBER 13, 2022
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-379 telah bersidang pada hari ini, 13 Disember 2022.
Mesyuarat telah bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana kepada produk vaksin COVID-19 bagi dua (2) produk vaksin COVID-19 iaitu:
  • Comirnaty Original/Omicron BA.4-5 (15mcg/15mcg) Solution for Injection daripada pemegang pendaftaran produk Pfizer (M) Sdn. Bhd. dan pengilang BioNTech Manufacturing GmbH, Germany. Produk ini adalah vaksin COVID-19 bivalent yang mengandungi dua (2) komponen iaitu komponen dari strain virus yang asal dan komponen varian omicron BA.4-5. Ianya adalah untuk penggunaan dalam kalangan individu berumur 12 tahun dan ke atas yang telah menerima vaksinasi primer dengan vaksin COVID-19 mRNA atau vaksin COVID-19 adenoviral vektor lain yang diluluskan, sekurang-kurangnya selepas tiga (3) bulan daripada penerimaan dos primer yang telah lengkap atau dos penggalak yang terakhir.
  • Convidecia Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector) Solution for Injection daripada pengilang kedua iaitu Solution Biologics Sdn. Bhd., Malaysia. Sebelum ini, PBKD telah meluluskan pendaftaran bersyarat bagi pengilang CanSino Biologics Inc, China pada 15 Jun 2021. Pemegang pendaftaran produk bagi produk ini ialah Solution Biologics Sdn. Bhd.
KKM ingin memaklumkan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau serta dinilai secara berterusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa. Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi produk tersebut kekal positif.
KKM akan terus komited untuk mempertingkatkan akses rakyat kepada ubat–ubatan bagi tujuan rawatan atau pencegahan penularan COVID-19 di Malaysia, dengan memastikan ia dinilai dengan sewajarnya berdasarkan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
13 DISEMBER 2022

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2022 12:59 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 05:29 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 05:30 PM | Show all posts
farhana008 replied at 11-12-2022 07:58 PM
tak perasan pula nama deme sama

Weh...nonton Avatar 2...best
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 09:16 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 07:23 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 17-12-2022 04:31 AM





HULU SELANGOR: Tiga lagi mayat runtuhan tanah di tiga tapak perkhemahan di sini dipercayai dikesan pasukan penyelamat, setakat pukul 6.30 petang tadi.
Difahamkan, usaha-usaha membawa mangsa tersebut sedang giat dijalankan.


Perkembangan itu menyaksikan tragedi di Jalan Batang Kali-Genting Highland dekat sini mengorbankan seramai 21 orang dengan 11 lagi sedang dikesan.
Terdahulu, seramai 94 orang terlibat dalam runtuhan tanah di tiga tapak perkemahan milik sebuah syarikat di sini. – UTUSAN

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-12-2022 08:58 PM | Show all posts
seribulan replied at 11-12-2022 09:16 PM
Ingat dia  Tipah tertipu...

ejaan nama pun sama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2022 09:00 PM | Show all posts
seribulan replied at 13-12-2022 08:35 AM
Oloh...moga dah sihat

Banyaknya negeri dah banjir sana sini

Alhamdulillah dah sihat. masa balik tu memang tak sedap badan. siap ke klinik dan buat rtk test. keputusan negatif. tengah malam dah ok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2022 09:10 PM | Show all posts
seribulan replied at 15-12-2022 05:30 PM
Weh...nonton Avatar 2...best

saya tunggu keluar netflix jah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2022 09:14 PM | Show all posts
seribulan replied at 16-12-2022 07:23 PM
HULU SELANGOR: Tiga lagi mayat runtuhan tanah di tiga tapak perkhemahan di sini dipercaya ...

salam takziah kepada keluarga yang terkorban. siapa sangka awalnya ceria dan penghujungnya duka . sedih baca bila ada bayi dan kanak-kanak yang jadi mangsa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:02 PM GMT+8 , Processed in 5.496885 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list