CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farhana008

COVID INFO & DATA WAREHOUSE VOLUME 42

  [Copy link]
 Author| Post time 1-4-2022 09:20 AM | Show all posts
seribulan replied at 30-3-2022 09:39 PM
Ni tab asyik auto correct...ntah hape jadi ejaan dlm post

saya type kat laptop. tak  perasan ada typo. kadang2 eja pun blh  terbalik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2022 09:30 AM | Show all posts
farhana008 replied at 1-4-2022 08:17 AM
maxis pandai tambat hati pengguna

Tahu x pe...itu pun saya terlewat klaim hadiah
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 09:31 AM | Show all posts
farhana008 replied at 1-4-2022 08:20 AM
saya type kat laptop. tak  perasan ada typo. kadang2 eja pun blh  terbalik

Bos saya taip device tukar divorce...kolig le cite
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 09:36 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 11:56 AM | Show all posts
Edited by seribulan at 2-4-2022 06:16 AM

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
1 APRIL 2022
PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 31 Mac 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:
  • Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): (Tiga) 3 negeri iaitu WP Kuala Lumpur (57%), Perlis (55%), dan Selangor (50%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
  • Katil Bukan ICU: Dua (3) negeri iaitu WP Putrajaya (96%), Selangor (63%), dan WP Kuala Lumpur (50%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
  • Katil PKRC: Tiada negeri yang menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1) dan;
  • Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) menurun kepada 164 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator 19%.


Terdapat perbezaan antara Jadual 1 dan Jadual 2  di mana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah juga termasuk untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.

KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital (Jadual 3) berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19.
Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
Pada 31 Mac 2022, sebanyak 750 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital dengan kategori berikut (Rajah 1):
  • 322 kes (42.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 428 kes (57.1 peratus) adalah kategori 1 dan 2.

Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 31 Mac 2022:
  • Kes sembuh: 18,253 kes [3,960,082 kes kumulatif (94.2%)];
  • Kes baharu: 18,560 kes (4,201,919 kes kumulatif);
  • Kes import: 187 kes [175 warganegara (93.6%); 12 bukan warganegara (6.4%)];
  • Kes tempatan: 18,373 kes [17,550 warganegara (95.5%); 823 bukan warganegara (4.5%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 267 kes (128 kes disahkan COVID-19; 139 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 164 kes (79 kes disahkan COVID-19; 85 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19
Daripada 18,560 kes harian yang dilaporkan pada 31 Mac 2022:
  • Kategori 1: 9,473 kes (51.04%);
  • Kategori 2: 8,962 kes (48.29%);
  • Kategori 3: 47 kes (0.25%);
  • Kategori 4: 37 kes (0.20%); dan
  • Kategori 5: 41 kes (0.22%).
Daripada 125 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 31 Mac 2022:
  • 34 kes (27.20%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 50 kes (40.00%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 41 kes (32.80%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 67 kes (53.60%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
  • 66 kes (52.80%) mempunyai komorbid.
KLUSTER COVID-19
  • Jumlah kluster: 6,932 kluster;
  • Jumlah kluster baharu:Tiada;
  • Jumlah kluster yang telah tamat: 6,734 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif: 198 kluster.
NILAI RT
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
Jadual 4: Nilai RT mengikut negeri berdasarkan kes yang dilaporkan pada 31 Mac 2022
NEGERINILAI R[size=12.375px]T
Selangor1.06
Perak0.88
Sarawak0.86
Melaka0.86
WP Kuala Lumpur0.84
Negeri Sembilan0.81
WP Putrajaya0.80
Pulau Pinang0.78
Terengganu0.77
Pahang0.76
Johor0.75
WP Labuan0.75
Perlis0.73
Kedah0.72
Kelantan0.67
Sabah0.64
MALAYSIA0.87
FASA PERALIHAN KE ENDEMIK
KKM ingin menjelaskan bahawa istilah endemik, epidemik, dan pandemik adalah antara istilah dalam bidang kesihatan awam bagi menggambarkan keseriusan kadar penyebaran sesuatu penyakit, terutamanya penyakit berjangkit. Pandemik adalah kejadian penyakit dengan bilangan kes melebihi kadar biasa yang berlaku di seluruh dunia dan melibatkan populasi yang besar, kebiasaannya disebabkan oleh jangkitan penyakit baharu (novel); contohnya, Pandemik COVID-19, Pandemik Plague (kurun ke-14), Pandemik Influenza-Spanish Flu (1918-1919), dan Influenza H1N1 (2009). Istilah endemik pula merujuk kepada kejadian penyakit yang sentiasa wujud dalam masyarakat atau sesuatu tempat tetapi pada kadar yang stabil; contohnya Demam Denggi di lebih 100 negara termasuk Malaysia.
Pada 1 April 2022, Malaysia memasuki fasa peralihan ke endemik. Hal ini dapat dicapai susulan kejayaan program vaksinasi COVID-19 dan sistem perkhidmatan kesihatan yang berada pada tahap yang terkawal. Pengisytiharan Kawasan Jangkitan Tempatan masih lagi dikuatkuasakan di seluruh Malaysia di bawah Seksyen 11 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] sehingga 30 Jun 2022. Selain daripada penguatkuasaan Akta 342 semasa dalam tempoh fasa peralihan ke endemik ini, langkah-langkah kawalan dan pencegahan jangkitan COVID-19 juga dilaksanakan di bawah peruntukan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) (Fasa Peralihan Ke Endemik) 2022 [P.U.(A) 83/2022] yang telah diwartakan pada 31 Mac 2022.
Protokol dan arahan pencegahan dan kawalan tersebut diperincikan dalam prosedur operasi standard (SOP) yang dikuatkuasakan mulai 1 April 2022. SOP yang telah dipermudahkan daripada 181 SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) ini disokong oleh sembilan (9) garis panduan yang menjelaskan risiko jangkitan, penilaian risiko, serta tindakan pencegahan yang perlu diambil oleh individu, pengembara, majikan, dan pihak bertanggungjawab ke atas premis yang diperjelaskan di bawah tajuk:
  • Memakai pelitup muka di tempat awam;
  • Menguruskan kes yang disyaki atau disahkan mengikut garis panduan KKM;
  • Menjaga penjarakan fizikal sekiranya boleh;
  • Memastikan pengudaraan dan sistem ventilasi yang baik;
  • Menjaga kebersihan tangan;
  • Memastikan kebersihan premis;
  • Melakukan ujian pengesanan COVID-1  berdasarkan National Testing Strategy (NTS);
  • Mematuhi keperluan vaksinasi untuk aktiviti tertentu;
  • Memastikan waktu operasi mengikut ketetapan lesen atau permit yang dibenarkan; dan
  • Menggunakan check-in MySejahtera atau MySejahtera Trace untuk membantu pengesanan kontak.
Sebagaimana sedia maklum, kadar kebolehjangkitan varian Omicron adalah lebih tinggi berbanding varian Delta dan kebanyakan pesakit mengalami gejala yang lebih ringan, di mana jumlah kes dengan komplikasi teruk adalah rendah. Keadaan ini disumbangkan oleh tahap imuniti yang tinggi terhadap virus SARS-CoV-2 pada seseorang hasil daripada vaksinasi COVID-19 atau imuniti semulajadi selepas jangkitan COVID-19.
Berbanding dengan gelombang varian Delta yang berlaku dari penghujung Jun 2021 hingga Oktober 2021, gelombang varian Omicron yang bermula dari Januari 2022 hingga kini menunjukkan kadar kematian, kemasukan ke ICU, dan penggunaan alat bantuan pernafasan yang lebih rendah meskipun terdapat peningkatan jumlah pada kes harian (decoupling effect) (Rajah 2).

Walaupun liputan vaksinasi COVID-19 dalam kalangan individu dewasa di Malaysia telah mencapai lebih 90%, program kawalan penyakit yang mantap melalui intervensi kesihatan awam masih perlu diteruskan untuk mengurangkan risiko jangkitan, morbiditi, dan kematian terutamanya bagi golongan yang berisiko tinggi.
PERSEDIAAN MEMASUKI FASA PERALIHAN KE ENDEMIK
Semasa fasa peralihan ke endemik, masyarakat perlu belajar untuk hidup bersama virus COVID-19 atau “Living with COVID-19” dalam keadaan yang paling kurang mengganggu kehidupan harian dengan mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam bagi melindungi diri, keluarga, dan masyarakat. Pengurusan pandemik COVID-19 perlu beralih daripada kebergantungan kepada intervensi Kerajaan seperti SOP dan undang-undang kepada keperihatinan Kerajaan, tanggungjawab individu, dan solidariti komuniti.
1. Keperihatinan Kerajaan
Dalam fasa peralihan ke endemik ini, Kerajaan akan terus memberi perlindungan dan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang terbaik untuk rakyat melalui:
  • Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK);
  • Penggunaan MySejahtera untuk FTTIS (Find, Test, Trace, Isolate, Support);
  • Sistem Amaran dan Tindakan (Heightened Alert System);
  • CAC Maya (Virtual CAC) dan;
  • Perawatan COVID-19.
2. Solidariti komuniti
Solidari komuniti dapat dicapai dengan:
  • Mematuhi langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID-19;
  • Saling mengingati untuk sentiasa mengamalkan norma baharu dalam kehidupan; dan
  • Bersama-sama menjaga dan melindungi golongan berisiko tinggi dengan memastikan mereka mendapatkan vaksin COVID-19 termasuk dos penggalak, menghubungi kes positif yang berada di rumah untuk bertanyakan keadaan mereka, membantu menyediakan keperluan harian seperti makan dan minum kepada mereka, serta memastikan mereka mempunyai akses kepada CAC dan hospital berhampiran sekiranya tahap kesihatan merosot.
3. Tanggungjawab individu
Setiap individu mempunyai tanggungjawab yang tinggi untuk melindungi diri, keluarga, dan komuniti daripada COVID-19. Antaranya adalah:
  • Elakkan berada di tempat awam sekiranya bergejala;
  • Membuat penilaian risiko kendiri (lakukan TRIIS jika bergejala atau merupakan kontak rapat);
  • Elakkan ke tempat sesak dan sempit. Sekiranya berada di tempat sesak dan sempit, sentiasa memakai pelitup muka dengan betul, mengekalkan penjarakan fizikal sekiranya boleh, dan aktifkan MySj Trace untuk pengesanan kontak;
  • Mengamalkan gaya hidup sihat dan;
  • Tahu bertindak sekiranya diri atau ahli keluarga positif COVID-19.
KKM ingin mengingatkan sekali lagi bahawa Negara kini berada dalam fasa peralihan ke endemik dan belum lagi memasuki fasa endemik. Oleh yang demikian, SOP yang ditetapkan semasa fasa peralihan ke endemik ini perlu diamalkan oleh setiap individu supaya dapat mencegah penularan jangkitan COVID-19 dan seterusnya  beralih ke fasa berikutnya dengan lebih selamat.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
  • Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline)   untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi termasuk yang telah mendapat dos penggalak (booster) adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.
Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
1 April 2022 @ 10.00




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 10:19 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2022 12:05 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2022 12:08 PM | Show all posts
farhana008 replied at 1-4-2022 08:20 AM
saya type kat laptop. tak  perasan ada typo. kadang2 eja pun blh  terbalik

Puasa Ramadan kembali menjelang,
Salah & Khilaf mohon di maafkan.
Ramadan datang penuh gemilang
Sengketa lama mohon dilupakan.


Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan 1443H.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2022 12:22 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 3-4-2022 04:42 AM

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
2 APRIL 2022
PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 1 April 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:
  • Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): Satu (1) negeri iaitu WP Kuala Lumpur (67%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
  • Katil Bukan ICU: Dua (2) negeri iaitu WP Putrajaya (88%) dan Selangor (64%) menunjukkan peratusan pengisian  ≥ 50% (Jadual 1);
  • Katil PKRC: Tiada negeri yang menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1); dan
  • Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) menurun kepada 162 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator 18%.


Terdapat perbezaan antara Jadual 1 dan Jadual 2  di mana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah juga termasuk untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.

KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital (Jadual 3) berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19.
Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
Pada 1 April 2022, sebanyak 897 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital dengan kategori berikut (Rajah 1):
  • 429 kes (47.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 468 kes (52.2 peratus) adalah kategori 1 dan 2.

Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 1 April 2022:
  • Kes sembuh: 17,321 kes [3,977,403 kes kumulatif          (94.3%)];
  • Kes baharu: 17,476 kes (4,219,395 kes kumulatif);
  • Kes import: 164 kes [159 warganegara (97.0%); 5 bukan warganegara (3.0%)];
  • Kes tempatan: 17,312 kes [16,401 warganegara (94.7%); 911 bukan warganegara (5.3%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 263 kes (125 kes disahkan COVID-19; 138 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 162 kes (72 kes disahkan COVID-19; 90 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 17,476 kes harian yang dilaporkan pada 1 April 2022:



Kategori 1: 9,813 kes (56.15%);

Kategori 2: 7,552 kes (43.22%);

Kategori 3: 37 kes (0.21%);

Kategori 4: 37 kes (0.21%); dan

Kategori 5: 37 kes (0.21%).

Daripada 111 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 1 April 2022:

22 kes (19.82%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;

45 kes (40.54%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);

44 kes (39.64%) telah menerima dos penggalak (booster);

62 kes (55.86%) berumur 60 tahun dan ke atas;

59 kes (53.15%) mempunyai komorbid; dan

1 kes (0.90%) kes adalah kes ibu mengandung

KLUSTER COVID-19

Jumlah kluster: 6,938 kluster;

Jumlah kluster baharu:6;

Jumlah kluster yang telah tamat: 6,744 kluster; dan

Jumlah kluster aktif: 194 kluster.

NILAI RT
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
Jadual 4: Nilai RT mengikut negeri berdasarkan kes yang dilaporkan pada 1 April 2022
NEGERINILAI RTSelangor1.07Melaka0.87Perak0.86Sarawak0.85WP Kuala Lumpur0.83Negeri Sembilan0.80WP Putrajaya0.79Pahang0.77WP Labuan0.77Pulau Pinang0.76Terengganu0.74Johor0.74Perlis0.72Kedah0.72Kelantan0.67Sabah0.65MALAYSIA0.87
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;

Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;

Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya bergejala;

Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;

Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline)   untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;

Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan

Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi termasuk yang telah mendapat dos penggalak (booster) adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.

Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
2 April 2022 @ 10.00 pagi

Lampiran 1

Jadual 5: Perbandingan gejala COVID-19 Kategori 2A (ringan) dan 2B (sederhana)

Kategori 2AKategori 2BSakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafasDemam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau demam semula selepas sembuhBatuk tanpa demam atau sesak nafasKesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea)Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makanSakit dadaHilang deria bauTidak boleh makan atau minumCirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidurLoya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Memerlukan bantuan untuk berjalanKelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianGejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk atau berterusanSakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianPerubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar     Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam


KES BAHARU MENGIKUT MUKIM NEGERI KEDAH 2/04/2022
BALING - 30
BAKAI 6
BALING 2
KUPANG 5
PULAI 2
SIONG 3
TAWAR 8
TELOI KANAN 4
BANDAR BAHARU - 7
BAGAN SAMAK 2
SELAMA 2
SERDANG 3
KOTA SETAR - 128
ALOR MALAI 8
ALOR MERAH 6
ANAK BUKIT 3
BUKIT PINANG 3
DERGA 6
GAJAH MATI 3
GUNONG 1
HUTAN KAMPONG 1
JABI 9
KANGKONG 3
KOTA SETAR 7
KUALA KEDAH 10
KUBANG ROTAN 5
LANGGAR 6
LEPAI 1
LESONG 1
MERGONG 7
PADANG HANG 1
PADANG LALANG 4
PENGKALAN KUNDOR 26
PUMPONG 3
SALA KECHIK 2
SUNGAI BARU 1
TAJAR 5
TELOK CHENGAI 1
TITI GAJAH 1
TUALANG 4
KUALA MUDA - 107
BUKIT MERIAM 2
GURUN 13
MERBOK 1
PEKULA 1
PINANG TUNGGAL 12
SEMELING 6
SIDAM KIRI 11
SIMPOR 1
SUNGAI PASIR 17
SUNGAI PETANI 40
TELOI KIRI 3
KUBANG PASU - 73
AH 4
BUKIT TINGGI 1
GELONG 2
HOSBA 1
JERAM 1
JERLUN 3
JITRA 20
KEPELU 1
MALAU 4
NAGA 11
PADANG PERAHU 1
PELUBANG 2
PERING 2
SANGLANG 2
SUNGAI LAKA 6
TEMIN 9
TUNJANG 2
WANG TEPUS 1
KULIM - 72
JUNJONG 1
KARANGAN 2
KELADI 14
KULIM 20
LUNAS 6
NAGA LILIT 3
PADANG CINA 10
PADANG MEHA 9
SIDAM KANAN 6
SUNGAI SELUANG 1
LANGKAWI - 10
KEDAWANG 3
KUAH 7
PADANG TERAP - 8
BELIMBING KANAN 4
KURONG HITAM 2
PADANG TERAP KIRI 1
TEKAI KANAN 1
PENDANG - 8
AYER PUTEH 1
BUKIT RAYA 2
GUAR KEPAYANG 3
RAMBAI 1
TOBIAR 1
SIK - 4
JENERI 1
SIK 1
SOK 2
YAN - 17
SALA BESAR 9
SINGKIR 1
YAN 7

KUMULATIF KES - 464







This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2022 01:56 PM | Show all posts
seribulan replied at 1-4-2022 09:30 AM
Tahu x pe...itu pun saya terlewat klaim hadiah

yang penting sempat claim sblm expired date
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2022 01:57 PM | Show all posts
seribulan replied at 1-4-2022 09:31 AM
Bos saya taip device tukar divorce...kolig le cite

sebelum send, kena check balik apa yg kita tulis. kalau tak kesipuan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2022 02:01 PM | Show all posts
seribulan replied at 2-4-2022 12:08 PM
Puasa Ramadan kembali menjelang,
Salah & Khilaf mohon di maafkan.
Ramadan datang penuh gemilang

Salam Ramadan juga untuk Yong. Semoga Allah menerima semua amalan kita
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2022 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 3-4-2022 12:56 PM
yang penting sempat claim sblm expired date

Sahur pe, kome
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2022 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by seribulan at 3-4-2022 03:40 PM
farhana008 replied at 3-4-2022 12:57 PM
sebelum send, kena check balik apa yg kita tulis. kalau tak kesipuan

Saya ada post nasi ayam rupanya kena auto correct national ayam klako...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2022 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 3-4-2022 01:01 PM
Salam Ramadan juga untuk Yong. Semoga Allah menerima semua amalan kita

Ameennn

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2022 06:56 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 3-4-2022 07:11 PM

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
3 APRIL 2022
PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 2 April 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:
  • Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): Dua (2) negeri iaitu WP Kuala Lumpur (67%) dan Selangor (50%) menunjukkan peratusan pengisian  ≥ 50% (Jadual 1);
  • Katil Bukan ICU: Dua (2) negeri iaitu WP Putrajaya (81%) dan Selangor (59%) menunjukkan peratusan pengisian  ≥ 50% (Jadual 1);
  • Katil PKRC: Tiada negeri yang menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1); dan
  • Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) menurun kepada 153 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator17%.


Terdapat perbezaan antara Jadual 1 dan Jadual 2  di mana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah juga termasuk untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.

KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital (Jadual 3) berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19.
Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
Pada 2 April 2022, sebanyak 663 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital dengan kategori berikut (Rajah 1):
  • 285 kes (43.0 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 378 kes (57.0 peratus) adalah kategori 1 dan 2.

Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 2 April 2022:
  • Kes sembuh: 20,383 kes [3,997,786 kes kumulatif (94.4%)];
  • Kes baharu: 14,692 kes (4,234,087 kes kumulatif);
  • Kes import: 218 kes [209 warganegara (95.9%); 9 bukan warganegara (4.1%)];
  • Kes tempatan: 14,474 kes [13,835 warganegara (95.6%); 639 bukan warganegara (4.4%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 261 kes (124 kes disahkan COVID-19; 137 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 153 kes (64 kes disahkan COVID-19; 89 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19
Daripada 14,692 kes harian yang dilaporkan pada 2 April 2022:
  • Kategori 1: 8,557 kes (58.24%);
  • Kategori 2: 6,056 kes (41.22%);
  • Kategori 3: 27 kes (0.18%);
  • Kategori 4: 19 kes (0.13%); dan
  • Kategori 5: 33 kes (0.23%).
Daripada 79 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 2 April 2022:
  • 19 kes (24.06%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 42 kes (53.16%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 18 kes (22.78%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 46 kes (58.23%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
  • 42 kes (53.16%) mempunyai komorbid;
KLUSTER COVID-19
  • Jumlah kluster: 6,940 kluster;
  • Jumlah kluster baharu:2;
  • Jumlah kluster yang telah tamat: 6,750 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif: 190 kluster.
NILAI RT
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
Jadual 4: Nilai RT mengikut negeri berdasarkan kes yang dilaporkan pada 2 April 2022
NEGERINILAI R[size=12.375px]T
Selangor1.06
Melaka0.86
Sarawak0.85
Perak0.84
WP Kuala Lumpur0.81
WP Labuan0.80
WP Putrajaya0.79
Negeri Sembilan0.78
Pahang0.78
Terengganu0.77
Johor0.76
Pulau Pinang0.73
Perlis0.72
Kedah0.72
Kelantan0.68
Sabah0.68
MALAYSIA0.85
NASIHAT KESIHATAN SEMPENA BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK (PEMAKANAN SIHAT, KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN)
Tahun 2022 merupakan tahun ketiga umat islam menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dalam suasana pandemik COVID-19 sejak ia melanda dunia. Bagi warga Malaysia, sudah tentu bulan Ramadhan kali ini amat bermakna memandangkan Malaysia telah memasuki fasa peralihan ke endemik sejak 1 April 2022. Pada bulan yang mulia ini, KKM ingin mengingatkan warga Malaysia supaya menitik beratkan aspek pemakanan yang sihat bagi memenuhi keperluan tenaga sepanjang berpuasa dan memastikan tahap kesihatan berada pada tahap yang optimum.
Amalan pemakanan sihat di bulan Ramadan termasuk:
  • Ambil makanan berkhasiat yang dapat membekalkan tenaga dan nutrien yang diperlukan badan dengan kadar sederhana ketika bersahur;
  • Kawal kalori dengan mengamalkan pemakanan yang sederhana dan seimbang dengan mengikut konsep Suku Suku Separuh ketika bersahur dan berbuka bagi mengelakkan peningkatan berat badan berlebihan, obesiti, dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit (NCD). Suku pinggan daripada kumpulan karbohidrat seperti nasi, roti, atau mi; suku pinggan lagi daripada sumber protein seperti ayam, ikan, dan telur; manakala separuh pinggan lagi adalah sayur dan buah;
  • Ambil makanan yang tinggi serat seperti buah dan sayur bagi mengoptimumkan sistem imuniti badan. Pengambilan sayur dan buah setiap hari di bulan puasa juga penting untuk mengelakkan kejadian sembelit, mengelakkan dari mudah dijangkiti penyakit, dan membantu memberi rasa kenyang lebih lama;
  • Elakkan pengambilan minuman berkafein seperti teh dan kopi yang boleh menyebabkan kehilangan air dalam badan;
  • Minum lapan (8) gelas atau dua (2) liter air antara waktu berbuka hingga ke waktu sahur. Bawalah bekal air kosong ketika menunaikan solat terawih;
  • Makan secara perlahan-lahan dan tidak gopoh ketika berbuka. Ambil makanan yang ringkas terlebih dahulu seperti kurma dan air kosong seterusnya hidangan berat selepas bersolat maghrib. Moreh boleh diambil jika perlu, tetapi elakkan mengambilnya dalam kuantiti yang besar;
  • Hadkan pengambilan makanan yang tinggi gula seperti kuih-muih manis, bubur manis, dan minuman manis dalam kuantiti yang berlebihan; dan
  • Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak, berminyak, dan masin. Utamakan makanan yang disediakan dan masak di rumah dengan mempelbagaikan kaedah masakan yang lebih sihat seperti bakar, kukus, panggang, dan rebus. Makanan yang disediakan sendiri bukan sahaja lebih sihat malah menjimatkan dan kebersihan juga terjamin.
Di samping itu, bulan Ramadhan juga merupakan bulan yang dinanti-nantikan oleh para peniaga makanan terutamanya peniaga bazar Ramadhan bagi menyajikan pelbagai aneka jualan makanan dan minuman. KKM ingin mengingatkan masyarakat agar terus mematuhi SOP dan mengamalkan norma-norma baharu semasa membeli makanan demi memastikan rantaian jangkitan COVID-19 ini dapat diputuskan.
KKM juga ingin menasihati para peniaga supaya sentiasa menitik beratkan aspek kebersihan serta keselamatan makanan dan minuman yang dijual bagi mengelakkan kes keracunan makanan.
Keracunan makananadalah penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar oleh toksin yang terhasil daripada bakteria, virus, atau parasit. Kes keracunan makanan ini tidak boleh dipandang enteng kerana ianya boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan dan seterusnya mengancam nyawa.
Berdasarkan Rajah 2, tren penurunan episod keracunan makanan dicatatkan semenjak tahun 2019 iaitu 516 kes pada tahun 2019, 288 kes pada tahun 2020, dan 197 kes pada tahun 2021. Dalam situasi pandemik COVID-19, kes keracunan makanan terus menurun sebanyak 31.6% iaitu daripada 288 kes pada tahun 2020 kepada 197 kes pada tahun 2021.

Episod keracunan makanan di Malaysia semasa bulan Ramadhan mencatatkan penurunan pada tahun 2020 iaitu 22 kes berbanding 36 kes pada tahun sebelumnya, manakala terdapat peningkatan kes keracunan makanan pada tahun 2021 iaitu sebanyak 39 kes (77.3%) (Rajah 3). Hal ini berkemungkinan besar disumbangkan oleh pembelian juadah makanan di luar setelah kebenaran pengoperasian bazar Ramadhan dilaksanakan pada bulan Ramadhan tahun 2021 bersekali beberapa SOP yang ketat.

KKM memandang serius mengenai kes keracunan makanan dan ingin mengingatkan masyarakat agar mengamalkan lima (5) kunci keselamatan makanan bagi memastikan makanan yang disediakan untuk ahli keluarga yang tersayang adalah bersih dan selamat iaitu:
  • Menjaga kebersihan diri dengan mencuci tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan;
  • Gunakan peralatan yang berasingan untuk makanan   mentah bagi mengelakkan pencemaran kepada  makanan yang telah dimasak;
  • Masak makanan dengan sempurna dan pastikan ianya dimakan dalam tempoh tidak melebihi dari empat (4) jam;
  • Simpan makanan sedia dimakan (ready to eat food) pada suhu yang bersesuaian dan tidak melebihi tiga   (3) hari di dalam peti sejuk; dan
  • Gunakan bahan mentah yang segar dan air yang bersih untuk memasak.
Konsep lihat, hidu, dan rasa sebelum makan juga hendaklah diamalkan supaya dapat mengelakkan memakan makanan yang telah rosak.
Akhir kata, KKM ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menjalani ibadah sepanjang bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Semoga Ramadhan pada tahun ini dapat dijalani dengan penuh kesabaran, keikhlasan, ketakwaan, dan mendapat keberkatan dari yang Maha Esa.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
  • Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline)   untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi termasuk yang telah mendapat dos penggalak (booster) adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.
Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
3 April 2022 @ 10.00 pagi
Lampiran 1
Jadual 5: Perbandingan gejala COVID-19 Kategori 2A (ringan) dan 2B (sederhana)
Kategori 2AKategori 2B
Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafasDemam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau demam semula selepas sembuh
Batuk tanpa demam atau sesak nafasKesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea)
Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makanSakit dada
Hilang deria bauTidak boleh makan atau minum
Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur
Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Memerlukan bantuan untuk berjalan
Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianGejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk atau berterusan
Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianPerubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar
     Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam






WEBSITE POWERED BY WORDPRESS


KES BAHARU MENGIKUT MUKIM NEGERI KEDAH 3/04/2022
BALING - 11
BALING 2
KUPANG 1
SIONG 2
TAWAR 4
TELOI KANAN 2
BANDAR BAHARU - 4
BAGAN SAMAK 1
RELAU 1
SELAMA 1
SERDANG 1
KOTA SETAR - 87
ALOR MALAI 15
ALOR MERAH 2
ANAK BUKIT 1
BUKIT LADA 2
DERGA2
GAJAH MATI 2
HUTAN KAMPONG 1
JABI 1
KANGKONG 2
KOTA SETAR 6
KUALA KEDAH 5
KUBANG ROTAN 4
LANGGAR 7
MERGONG 8
PADANG HANG 1
PADANG LALANG 4
PENGKALAN KUNDOR 10
PUMPONG 4
SALA KECHIK 3
TAJAR 2
TEBENGAU 1
TELOK CHENGAI 1
TUALANG 3
KUALA MUDA - 70
BUJANG 4
BUKIT MERIAM 1
GURUN 7
MERBOK 1
PEKULA 4
PINANG TUNGGAL 5
RANTAU PANJANG 1
SEMELING 8
SIDAM KIRI 7
SUNGAI PASIR 14
SUNGAI PETANI 18
KUBANG PASU - 42
AH 1
BINJAL 1
BUKIT TINGGI 2
JERAM 1
JERLUN 2
JITRA 11
KEPELU 4
NAGA 11
PERING 2
SANGLANG 1
SUNGAI LAKA 3
TEMIN 3
KULIM - 78
BAGAN SENA 1
JUNJONG 4
KELADI 10
KULIM 21
LUNAS 8
MAHANG 6
NAGA LILIT 2
PADANG CINA 8
PADANG MEHA 3
SEDIM 1
SIDAM KANAN 5
SUNGAI SELUANG 6
SUNGAI ULAR 3
LANGKAWI - 13
AYER HANGAT 2
BOHOR 2
KEDAWANG 1
KUAH 6
PADANG MATSIRAT 1
ULU MELAKA 1
PADANG TERAP - 8
BELIMBING KANAN 3
KURONG HITAM 1
PADANG TEMAK 1
PEDU 2
TEKAI KANAN 1
PENDANG - 4
AYER PUTEH 1
GUAR KEPAYANG 1
PADANG PELIANG 1
PADANG PUSING 1
SIK - 4
SIK 3
TELOI 1
YAN - 9
DULANG 1
SALA BESAR 2
SINGKIR 1
SUNGAI DAUN 3
YAN 2

KUMULATIF KES - 330

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2022 12:31 AM | Show all posts
Assalamualaikum,
Ramadhan Mubarak semua

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 05:13 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 3-4-2022 11:31 PM
Assalamualaikum,
Ramadhan Mubarak semua

Ws...
.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 05:20 AM | Show all posts
Edited by seribulan at 4-4-2022 07:00 PM



KEDAH

BONGOR 1
KUPANG 1
PULAI 1
SIONG 3
TAWAR 2
BANDAR BAHARU - 8
BAGAN SAMAK 4
SELAMA 1
SERDANG 3
KOTA SETAR - 86
ALOR MALAI 11
ANAK BUKIT 2
BUKIT PINANG 5
DERANG 2
DERGA 4
GAJAH MATI 3
HUTAN KAMPONG 1
JABI 4
KANGKONG 3
KOTA SETAR 8
KUALA KEDAH 4
KUBANG ROTAN 1
LANGGAR 7
LENGKUAS 1
MERGONG 10
PENGKALAN KUNDOR 12
PUMPONG 4
SALA KECHIK 2
TELOK CHENGAI 1
TITI GAJAH 1
KUALA MUDA - 83
BUJANG 3
GURUN 10
MERBOK 2
PEKULA 1
PINANG TUNGGAL 5
SEMELING 4
SIDAM KIRI 8
SIMPOR 1
SUNGAI PASIR 13
SUNGAI PETANI 34
TELOI KIRI 2
KUBANG PASU - 43
AH 1
BINJAL 1
HOSBA 1
JERAM 1
JERLUN 2
JITRA 11
KEPELU 4
MALAU 1
NAGA 5
PELUBANG 1
PUTAT 2
SANGLANG 2
SUNGAI LAKA 4
TEMIN 5
TUNJANG 2
KULIM - 82
JUNJONG 1
KELADI 7
KULIM 24
LUNAS 5
NAGA LILIT 7
PADANG CINA 12
PADANG MEHA 6
SIDAM KANAN 7
SUNGAI SELUANG 10
SUNGAI ULAR 3
LANGKAWI - 5
AYER HANGAT 1
BOHOR 1
KUAH 1
ULU MELAKA 2
PADANG TERAP - 5
BATANG TUNGGANG KIRI 1
BELIMBING KANAN 1
BELIMBING KIRI 1
TEKAI KANAN 1
TEKAI KIRI 1
PENDANG - 6
PADANG KERBAU 1
PADANG PUSING 4
RAMBAI 1
SIK - 5
JENERI 2
SIK 3
YAN - 6
SALA BESAR 4
SUNGAI DAUN 1
YAN 1


KUMULATIF KES - 338
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
4 APRIL 2022
PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 3 April 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:
  • Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): Dua (2) negeri iaitu WP Kuala Lumpur (60%) dan Selangor (50%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
  • Katil Bukan ICU: Dua (2) negeri iaitu WP Putrajaya (66%) dan Selangor (55%) menunjukkan peratusan pengisian  ≥ 50% (Jadual 1);
  • Katil PKRC: Tiada negeri yang menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1); dan
  • Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 157 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator18%.


Terdapat perbezaan antara Jadual 1 dan Jadual 2  di mana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah juga termasuk untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.

KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital (Jadual 3) berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19.
Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga. Pada 3 April 2022, sebanyak 562 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital dengan kategori berikut (Rajah 1):
  • 220 kes (39.1 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 342 kes (60.9 peratus) adalah kategori 1 dan 2.
Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 3 April 2022:
  • Kes sembuh: 20,635 kes [4,018,421 kes kumulatif (94.6%)];
  • Kes baharu: 12,380 kes (4,246,467 kes kumulatif);
  • Kes import: 462 kes [326 warganegara (70.6%); 136 bukan warganegara (29.4%)];
  • Kes tempatan: 11,918 kes [11,408 warganegara (95.7%); 510 bukan warganegara (4.3%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 253 kes (122 kes disahkan COVID-19; 131 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 157 kes (61 kes disahkan COVID-19; 96 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19
Daripada 12,380 kes harian yang dilaporkan pada 3 April 2022:
  • Kategori 1: 7,559 kes (61.05%);
  • Kategori 2: 4,736 kes (38.26%);
  • Kategori 3: 32 kes (0.26%);
  • Kategori 4: 20 kes (0.16%); dan
  • Kategori 5: 33 kes (0.27%).
Daripada 85 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 3 April 2022:
  • 24 kes (28.24%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 33 kes (38.82%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 28 kes (32.94%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 57 kes (67.06%) berumur 60 tahun dan ke atas dan;
  • 49 kes (57.65%) mempunyai komorbid.
KLUSTER COVID-19
  • Jumlah kluster: 6,940 kluster;
  • Jumlah kluster baharu:tiada;
  • Jumlah kluster yang telah tamat: 6,759 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif: 181 kluster.
NILAI RT
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
Jadual 4: Nilai RT mengikut negeri berdasarkan kes yang dilaporkan pada 3 April 2022
NEGERINILAI R[size=12.375px]T
Selangor1.05
Sarawak0.85
Melaka0.85
Perak0.83
WP Kuala Lumpur0.83
Negeri Sembilan0.79
WP Putrajaya0.77
Terengganu0.77
WP Labuan0.77
Pahang0.75
Johor0.74
Pulau Pinang0.73
Kedah0.73
Perlis0.72
Sabah0.70
Kelantan0.69
MALAYSIA0.85
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
  • Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline)   untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi termasuk yang telah mendapat dos penggalak (booster) adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.
Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
4 April 2022 @ 10.00 pagi
Lampiran 1
Jadual 5: Perbandingan gejala COVID-19 Kategori 2A (ringan) dan 2B (sederhana)
Kategori 2AKategori 2B
Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafasDemam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau demam semula selepas sembuh
Batuk tanpa demam atau sesak nafasKesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea)
Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makanSakit dada
Hilang deria bauTidak boleh makan atau minum
Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur
Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Memerlukan bantuan untuk berjalan
Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianGejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk atau berterusan
Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianPerubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar
     Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam










This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2022 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 3-4-2022 02:44 PM
Sahur pe, kome

nasi tak berapa sangat nak makan masa sahur.baru2 ni beli jam online pak mat( ayah ashraf sinclair).masa sahur makan roti dgn jam pak mat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 5.349001 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list