CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farhana008

COVID INFO & DATA WAREHOUSE VOLUME 42

  [Copy link]
Post time 21-12-2022 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 20-12-2022 09:36 PM
kaki tengah cramp. nak jalan tegak pun tak boleh

Uik...bahaya tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2022 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 20-12-2022 09:37 PM
Alhamdulillah. risau kalau kena covid 19.

Mujo tak ye
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 20-12-2022 09:40 PM
ada tengok mechamot?. banyak betul publisiti dan ada yang kata best.

Nonton the making je
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 20-12-2022 09:43 PM
9 lagi mangsa tak dijumpai bila dah mula persekolahan, pasti rakan-rakan guru dan rakan-rakan te ...

Duh...tu yg tahu& ada rekod...yg x tahu kot
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 01:32 PM | Show all posts
Mayat mangsa ke-25 ditemukan pada kedalaman 17 meter, di sebalik batu besar


PASUKAN SAR menemukan mayat ke-25 tragedi tanah runtuh Batang Kali. FOTO ihsan bomba


Hulu Selangor: Mayat kanak-kanak perempuan yang ditemukan di lokasi pencarian tragedi tanah runtuh tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali di sini, malam tadi berada pada kedalaman 17 meter di bawah tanah.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, mayat ditemui pada jam 10.49 malam di Sektor C selepas kerja pengorekan tanah dilakukan oleh jengkaut (excavator).

"Dalam operasi sebelum ini, jentera mengorek kira-kira 12 meter runtuhan tanah dan berhenti selepas menemui batu besar di tanah.

"Ketika itu, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menyangkakan sudah berada di tanah asal, namun pengiraan tanah dilakukan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) mendapati tanah tertimbus masih dalam lagi.

"Oleh itu, pengorekan tanah diteruskan semula sehingga kedalaman lima meter dan menemui mayat kanak-kanak terbabit di sebalik batu besar," katanya dalam sidang media di lokasi, hari ini.

Mengulas lanjut, Hafisham berkata, misi SAR disambung semula pada jam 8 pagi ini dan pihaknya yakin akan menemui mangsa lain di kawasan berdekatan susulan penemuan mayat kanak-kanak berkenaan.

Bagaimanapun, operasi yang memasuki hari keenam hari ini membabitkan kekuatan 106 pegawai dan anggota iaitu berkurangan berbanding 135 anggota sebelum ini.

Ditanya mengenai jumlah anggota SAR yang dikurangkan, beliau berkata, keadaan tanah yang lembut dan berair dikhuatiri berisiko kepada pasukan keselamatan sekiranya jumlah keanggotaan yang ramai di lokasi selain lebih memfokuskan kepada penggunaan jentera berat.

"Kita menggunakan teknik menebang pokok dan meletakkan kayu di kawasan pengorekan. Kerja pengorekan dilakukan dalam keadaan bahaya kerana air membuak keluar.

"Kita terpaksa menghentikan operasi. Jika pasukan ramai pasti membahayakan. Jadi hari ini kita akan mengehadkan pergerakan masuk di lokasi," katanya.

Selain itu, katanya, anggota keselamatan turut ditugaskan di lokasi untuk memantau keadaan tanah dan sekiranya ada pergerakan atau gelinciran tanah, mereka akan membunyikan siren.

Beliau berharap orang ramai mendoakan keselamatan pasukan SAR dan berharap baki lapan mangsa yang hilang dapat ditemui hari ini.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -sebalik-batu-besar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 02:42 PM | Show all posts

BATANG KALI – Satu mayat ditemukan pada hari keenam operasi tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Jalan Genting di sini pada Rabu.
Mayat lelaki dewasa itu dijumpai kira-kira jam 11.15 pagi di sektor B (riverside).

Ini menjadikan jumlah mangsa korban tanah runtuh yang berjaya ditemui adalah sebanyak 26 orang.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada Rabu masih diteruskan lagi bagi mencari baki tujuh mangsa yang masih hilang.
Untuk info, jumlah mangsa yang terlibat dalam tragedi pada awal pagi 16 Disember lepas seramai 94 orang.
Daripada jumlah itu, 61 selamat, 26 meninggal dunia manakala tujuh masih hilang.
Mangsa yang meninggal dunit terdiri lima lelaki dewasa, 13 wanita dewasa, lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2022 05:45 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 09:45 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2022 01:43 PM | Show all posts
farhana008 replied at 20-12-2022 09:43 PM
9 lagi mangsa tak dijumpai bila dah mula persekolahan, pasti rakan-rakan guru dan rakan-rakan te ...

Mungkin berkat azan

BATANG KALI: Empat mayat mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, di sini ditemukan selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan pagi tadi.
Penemuan terkini itu menjadikan keseluruhan 30 mayat mangsa ditemukan sehingga kini sejak tragedi berlaku awal pagi Jumaat lalu, dengan tiga lagi mangsa masih hilang.
Berdasarkan pihak polis, empat mayat terkini itu membabitkan dua kanak-kanak serta dua dewasa termasuk seorang wanita ditemukan dalam satu khemah di Sektor C (Riverside) pada kedalaman tujuh meter.
Semua mayat yang belum dikenal pasti identiti itu ditemukan lengkap berpakaian, namun keadaannya sudah mula mereput.


Terdahulu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melalui kenyataan di Facebook mengesahkan penemuan empat mayat itu.
"agi ini petugas SAR telah berjaya menemui empat lagi mayat yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh Father's Organic Farm," katanya.
Satu sidang media berkenaan perkara itu akan diadakan pihak Bomba dan polis di lokasi dalam masa terdekat.
Sebelum ini, dua mayat ditemukan masing-masing membabitkan seorang kanak-kanak perempuan dan seorang lelaki bersama dua anjingnya, masing-masing mangsa ke-25 dan ke-26 tragedi itu.
Mayat lelaki dewasa itu ditemukan jam 11.16 pagi semalam di Sektor B (Farm View), manakala mayat kanak-kanak perempuan berkenaan ditemukan jam 11.15 malam kelmarin di Sektor C (Riverside).


Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 03:01 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2022 10:56 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2022 11:16 AM | Show all posts
farhana008 replied at 20-12-2022 09:40 PM
ada tengok mechamot?. banyak betul publisiti dan ada yang kata best.

Puss in Boots best best watak2 dia...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2022 03:30 PM | Show all posts


From the Desk of the Director-General of Health MalaysiaA NATION WORKING TOGETHER FOR BETTER HEALTH

SEARCH FOR...

[size=0.8em]FOODKenyataan Media KPK 23 Disember 2022 – Isu Penarikan Semula Produk Sos Pasta Berkrim Carbonara Cendawan Berjenama Prego Yang Didapati Telah Rosak[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON DECEMBER 23, 2022
ISU PENARIKAN SEMULA PRODUK SOS PASTA BERKRIM CARBONARA CENDAWAN BERJENAMA PREGO YANG DIDAPATI TELAH ROSAK
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu penarikan semula produk sos pasta berkrim carbonara cendawan berjenama Prego keluaran Malaysia kerana terdapat tanda-tanda kerosakan seperti bau yang tidak menyenangkan, warna berubah, rupa berair dan lapisan cecair yang terpisah.
KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan turut menerima notifikasi dari syarikat Campbell Cheong Chan (M) Sdn. Bhd. yang mengesahkan produk tersebut turut dijual di Malaysia. Pihak syarikat telah mengenalpasti punca kerosakan produk tersebut disebabkan kesilapan semasa pemprosesan dan sedang dalam proses penarikan balik produk terlibat di pasaran secara sukarela.
Produk yang terlibat dalam penarikan balik adalah Prego Sos Pasta Berkrim Carbonara Cendawan (665 gram) dengan nombor batch 2022081716 bertarikh luput 17 Ogos 2023 dan kod masa 22:18 hingga 23:20.

Dalam hal ini, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sedang memantau proses penarikan balik produk berkenaan.
Sehubungan itu, penjual hendaklah menghentikan penjualan produk terlibat dengan serta-merta. Manakala pengguna yang telah membeli hendaklah tidak memakan produk tersebut dan bagi yang telah mengambilnya dinasihatkan berjumpa pegawai perubatan sekiranya berasa tidak sihat atau mengalami gejala keracunan makanan.
Orang ramai disarankan mengamalkan Lihat, Hidu dan Rasa bagi mencegah kejadian keracunan makanan. KKM sentiasa peka dan prihatin ke atas perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sebarang maklumat atau kemusykilan berhubung isu ini, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat, menyalurkan melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di www.facebook.com/bkkmhq
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
23 DISEMBER 2022




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2022 01:00 AM | Show all posts

ward saya ni penuh dgn Covid+ dan juga Flu +
2 hari lepas, mati sorang pakcik umur 86 tu sbb Covid
tak sempat dia sambut Xmas
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2022 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 24-12-2022 12:00 AM
ward saya ni penuh dgn Covid+ dan juga Flu +
2 hari lepas, mati sorang pakcik umur 86 tu sbb Covid ...

Oloh RIP...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2022 08:13 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2022 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuala Lumpur: Kes harian baharu Covid-19 negara kekal tiga angka sepanjang minggu ini (17-23 Dis 2022) dengan jumlah kes susut 19 peratus kepada 6,121 kes berbanding 7,571 kes untuk tempoh yang sama minggu lepas.

Sebanyak 902 kes harian baharu dilaporkan semalam termasuk enam kes kematian dan lima kes import.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 negara menurut data KKMNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat 11.59mlm 23 Dis 2022 adalah sebanyak 5,022,144 kes.

Kes aktif menurun kepada 14,382 dan 94.3 peratus (13,562 kes) daripada jumlah itu menjalani kuarantin di rumah.

Untuk pecahan kes mengikut negeri, daripada 902 kes, Selangor mendahului dengan 365 kes.

Tiga belas negeri mencatat kes dua angka iaitu WP Kuala Lumpur (91), Sarawak (76), Pulau Pinang (53), Kedah (48), Melaka (46), Perak (42), Negeri Sembilan (39), WP Putrajaya (34),Sabah (29), Pahang (24), Johor (23), Kelantan (16) dan Terengganu (10).

Kes satu angka dilaporkan di WP Labuan (4) dan Perlis (2).
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2022 04:23 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2022 07:05 PM | Show all posts
[size=0.8em]MENU


From the Desk of the Director-General of Health MalaysiaA NATION WORKING TOGETHER FOR BETTER HEALTH

SEARCH FOR...

[size=0.8em]FOOD SAFETYKenyataan Media KPK 25 Disember 2022 – Isu Viral Video Tikus Menjamah Ayam Goreng[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON DECEMBER 25, 2022
ISU VIRAL VIDEO TIKUS MENJAMAH AYAM GORENG
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu sebuah video yang merakamkan seekor tikus sedang menjamah ayam goreng di sebuah kedai makan yang viral di media sosial. KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) telah menjalankan siasatan berhubung video yang viral dan mengenalpasti lokasi premis yang terlibat berada di Pandan Indah, Kuala Lumpur.

Pasukan penguatkuasa kesihatan BKKM dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor serta Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat telah menjalankan pemeriksaan terhadap  premis terlibat pada 24 Disember 2022. Hasil pemeriksaan mendapati tahap kebersihan makanan premis tersebut tidak memuaskan. Sehubungan itu, tindakan penutupan di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 dan arahan penutupan selama 14 hari telah dikeluarkan. Di samping itu, sebanyak 6 notis kompaun telah dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 kerana gagal dalam beberapa aspek kawalan penyediaan makanan yang bersih dan selamat.

KKM memandang serius isu kebersihan dan keselamatan makanan. Justeru KKM menyeru orang ramai terutama pengusaha dan pengendali makanan untuk menjalankan tanggungjawab bersama dalam memastikan aspek keselamatan makanan terjaga bagi mengelakkan keracunan dan wabak penyakit bawaan makanan berlaku. Pengguna turut disarankan memilih premis makanan yang mempunyai logo BeSS (Bersih, Selamat dan Sihat) apabila membeli atau menjamu makan di luar rumah.
Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui melayari laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq .
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
25 Disember 2022








Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2022 03:08 PM | Show all posts
[size=0.8em]MENU


From the Desk of the Director-General of Health MalaysiaA NATION WORKING TOGETHER FOR BETTER HEALTH

SEARCH FOR...

[size=0.8em]COMMUNICABLE DISEASEKenyataan Media KPK 26 Disember 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi 51 (18-24 Disember 2022)[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON DECEMBER 26, 2022
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
MINGGU EPIDEMIOLOGI 51 TAHUN 2022
(18 DISEMBER – 24 DISEMBER 2022)
STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengumumkan bahawa secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC) bagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 13.0 peratus pada Minggu Epidemiologi ke-51 tahun 2022 (ME 51/2022) berbanding ME 50/2022 (Rajah 1);
Rajah 1: Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk
dari ME 1/2022 sehingga ME 51/2022
Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi  setiap 100,000 populasi pada ME 51/2022 berbanding ME 50/2022 adalah seperti berikut (Rajah 2);
  • Pesakit kategori 1 dan 2 menurun sebanyak 20.0 peratus; manakala
  • Pesakit kategori 3, 4, dan 5, menurun sebanyak 5.0 peratus.
Rajah 2: Taburan jumlah kemasukan pesakit COVID-19 mengikut kategori ke hospital awam mengikut kategori bagi setiap 100,000 penduduk dari ME 1/2022 hingga ME 51/2022
Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 51/2022 berbanding ME 50/2022 (Rajah 3) adalah seperti berikut:
  • Katil bukan kritikal menurun sebanyak 4 peratus; dan
  • Katil Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun sebanyak 6 peratus.
Rajah 3: Peratusan pengisian katil fasiliti COVID-19
dari ME 1/2022 hingga ME 51/2022
Peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) menurun sebanyak 0.8 peratus (Rajah 4) pada ME 51/2022 berbanding ME 50/2022.
Rajah 4: Peratus pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan dari ME 1/2022 hingga ME 51/2022
PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC)
Untuk makluman, kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara telah menunjukkan penurunan.
Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 50/2022 dan ME 51/2022 (Rajah 5):
  • Bilangan kedatangan pesakit ke CAC menurun sebanyak 22.0 peratus;
  • Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah menurun sebanyak 31.0 peratus; dan
  • Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke hospital menurun sebanyak 21.0 peratus jika dibandingkan dengan minggu sebelumnya.
Rajah 5: Trend kedatangan pesakit ke CAC fizikal, kes baharu COVID-19 menjalani pemantauan di rumah dan kes rujukan CAC ke hospital dari ME 37/2022 hingga ME 51/2022
Untuk CAC Maya, jumlah kes yang melengkapkan penilaian kendiri (HAT) menurun sebanyak 28.9 peratus pada akhir ME 51/2022 berbanding ME 50/2022; iaitu dari 9,702 kepada 6,516 kes. Dari jumlah tersebut, peratusan individu dengan Kategori 2b dan ke atas adalah 6 peratus (392 kes) seperti Rajah 6:
Rajah 6: Pecahan Individu Dalam Pemantauan CAC Maya Yang Melengkapkan HAT Mengikut Kategori Untuk
ME 50/2022 (11 Disember hingga 17 Disember 2022) dan ME 51/2022 (18 Disember hingga 24 Disember 2022)
STATUS TERKINI KES COVID-19
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 24 Disember 2022 (ME 51/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
  • Kumulatif kes baharu: 5,022,910;
  • Kumulatif kes sembuh: 4,972,325 kes;
  • Kumulatif kes kematian: 36,831 kes; dan
  • Kumulatif kluster: 7,164 kluster (kluster aktif: 14 kluster).
Perbandingan antara ME 50/2022 dan ME 51/2022:
  • Bilangan kes sembuh pada ME 51/2022 menurun sebanyak 24.6 peratus (10,330 kes kepada 7,791 kes) (Rajah 7);
  • Bilangan kes baharu pada ME 51/2022 menurun sebanyak 18.7 peratus (7,249 kes kepada 5,894 kes) (Rajah 8);
    • Bilangan kes tempatan menurun sebanyak 18.7 peratus (7,232 kes kepada 5,880 kes); dan
    • Bilangan kes import menurun sebanyak 17.6 peratus (17 kes kepada 14 kes).
  • Bilangan kes kematian pada ME 51/2022 menurun sebanyak 34.0 peratus (47 kes kepada 31 kes); dan
  • Purata kes aktif setiap hari bagi ME 51/2022 menurun sebanyak 13.7 peratus (16,895 kes kepada 14,580 kes) (Rajah 9).
Rajah 7: Taburan kes baharu, kes sembuh, dan kes  kematian COVID-19 dari ME 1/2022 hingga ME 51/2022
Rajah 8: Taburan kes baharu, kes tempatan, dan kes  import COVID-19 dari ME 1/2022 hingga ME 51/2022
Rajah 9: Purata 7 hari kes aktif harian COVID-19 dari ME 1/2022 hingga ME 51/2022
NILAI RT
Nilai RT pada ME 51/2022 adalah 0.84 (Rajah 10).
Rajah 10: PurataNilai RT mingguan tahun 2022 dari ME 1/2022 hingga ME 51/2022
SURVELAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19
KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 51/2022, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati:
  • Sebanyak 65 sampel ILI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 8.97 peratus pada ME 51/2022 (Rajah 11); dan
  • Sebanyak 13.33 peratus sampel SARI dikesan positif COVID-19 pada ME 51/2022 (Rajah 12).
Rajah 11: Kadar positif sampel ILI bagi COVID-19 dari Klinik Kesihatan sentinel sehingga ME 51/2022
Rajah 12: Kadar positif sampel SARI bagi COVID-19 dari hospital sentinel sehingga ME 51/2022
SITUASI SEMASA BENCANA BANJIR
Sehingga jam 3.00 petang, 25 Disember 2022, KKM ingin memaklumkan:
  • Jumlah negeri dilanda banjir – Lima (5) (Kelantan, Terengganu, Perak, Sabah, dan Sarawak);
  • Jumlah Pusat Perpindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi – 63 PPS; dan
  • Jumlah mangsa terjejas banjir ditempatkan di PPS – 13,101 orang.
Pada ME 51/2022, KKM juga ingin memaklumkan:
  • Kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir – enam (6) kes. Semua kes adalah kes ringan (kategori 2) dan meneruskan isolasi di rumah setelah PPS ditutup;
  • Kes positif COVID-19 di PPS – Tiada;
  • Jumlah mangsa banjir yang diperiksa oleh pasukan perubatan di PPS – 11,593 orang;dan
  • Kes penyakit berjangkit yang dikesan dalam kalangan mangsa banjir – 3,212 kes (Jadual 1).Semua kes yang dilaporkan adalah kes terpencil dan tiada kejadian wabak penyakit berjangkit berlaku di PPS.
Jadual 1: Pecahan kes penyakit berjangkit yang melibatkan mangsa banjir pada ME 51/2022
PENYAKIT BERJANGKITBILANGAN KES
Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI)1,749
Penyakit Kulit1,232
Konjunktivitis124
Acute Gastroenteritis (AGE)106
Chicken-pox1
JUMLAH3,212
Pada ME 51/2022, sebanyak 19,214 aktiviti pendidikan kesihatan dijalankan (Jadual 2).
Jadual 2: Pecahan aktiviti pendidikan kesihatan pada
ME 51/2022
AKTIVITI PENDIDIKANBILANGAN AKTIVITI
Cetakan dan edaran bahan10,509
Tunjuk cara1,117
Nasihat individu5,043
Hebahan awam1,042
Perbincangan kumpulan kecil878
Posting media sosial390
Media luar169
Ceramah35
Taklimat16
Pameran14
Gotong-royong kendiri1
JUMLAH19,214
Sebanyak 11 fasiliti tidak beroperasi iaitu sebanyak lapan (8) di Terengganu dan tiga (3) di Kelantan melibatkan 10 Klinik Desa (KD) dan satu (1) Klinik Pergigian (KP). Bagi fasiliti kesihatan yang tidak beroperasi, pesakit boleh mendapatkan perkhidmatan rawatan di fasiliti kesihatan alternatif yang telah ditentukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).
SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL
KKM ingin mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua rakyat Malaysia yang menyambut perayaan ini, khususnya kepada mereka yang beragama Kristian. Sempena sambutan Hari Natal ini, KKM ingin menasihatkan orang ramai supaya terus mengamalkan norma baharu iaitu memakai pelitup muka terutamanya di kawasan sesak dan sempit terutama bagi individu yang berisiko tinggi dan tidak sihat. Selain itu, setiap orang dinasihatkan agar melakukan TRIIS dan jalankan penilaian kendiri sebelum menziarahi sanak saudara yang lain.
Bagi yang ingin pulang ke kampung halaman pula, sentiasa berhati-hati semasa memandu di jalan raya dengan mengikuti had kelajuan yang ditetapkan terutamanya pada musim Monsun Timur Laut (MTL) ini. Dapatkan perkembangan cuaca terkini di media sosial Jabatan Meteorologi untuk merancang perjalanan yang selamat. Semoga perayaan ini membawa keamanan, keharmonian, kemakmuran, serta perpaduan yang utuh kepada negara Malaysia yang berbilang kaum.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
Sejak 1 April 2022, Malaysia telah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam. Peralihan fasa ini juga disebabkan oleh kejayaan program vaksinasi COVID-19 di seluruh negara.
Walaupun demikian, KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S;
  • Amalkan 3W;
  • Amalkan TRIIS;
  • Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2A (yang berisiko tinggi) dan ke atas atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Individu yang belum menerima dos penggalak vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
26 Disember 2022 @ 10.00 pagi




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:56 AM GMT+8 , Processed in 5.285106 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list