View: 1874|Reply: 30
|
[Sarawak]
Update : Operasi mencari kanak-kanak hilang dihentikan
[Copy link]
|
|
Edited by Vellfire at 20-3-2022 06:56 AM

Kanak-kanak lelaki hilang di Bintawa
KUCHING: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan hilang dari rumah keluarganya di Taman Riverview, Jalan Daya di Bintawa sejak Ahad, 7 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, Eric Chang Wei Jie (gambar) dilaporkan hilang oleh keluarganya sekitar jam 7.42 malam.
Susulan itu katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilancarkan dengan dibantu penduduk setempat dan Unit Anjing Pengesan (K9) PDRM.
"Anggaran tinggi sekitar 100cm, bentuk badan kurus, berkulit kuning langsat, rambut pendek dan pakaian terakhir sebelum hilang memakai baju-T berwarna biru gelap dan seluar pendek paras lutut warna hitam," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung mangsa boleh menghubungi Inspektor Hasmah Abdul Jalil menerusi talian 013-6852210 atau IPD Kuching (082-244444).
utusanborneo.com.my/2022/03/09 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Dua ditahan berhubung kehilangan EricKUCHING: Dua individu ditahan polis berhubung kes kehilangan seorang budak lelaki berusia empat tahun di Taman Riverview, Jalan Daya di Bintawa.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, kedua-dua suspek merupakan penjaga kepada kanak-kanak terbabit yang dikenali sebagai Eric Chang Wei Jie (gambar).
Menurutnya, suspek ditangkap untuk siasatan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak.
Eric dilaporkan hilang sekitar jam 7.42 malam Ahad, 7 Mac lalu.
Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilancarkan dengan dibantu penduduk setempat dan Unit Anjing Pengesan (K9) PDRM.
Anggaran tinggi kanak-kanaka terbabit adalah sekitar 100cm, bentuk badan kurus, berkulit kuning langsat, rambut pendek dan pakaian terakhir sebelum hilang ialah baju-T berwarna biru gelap dan seluar pendek paras lutut warna hitam.
Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung mangsa boleh menghubungi Inspektor Hasmah Abdul Jalil menerusi talian 013-6852210 atau IPD Kuching (082-244444).
utusanborneo.com.my/2022/03/10
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kehilangan Eric, empat suspek dengan pelbagai rekod jenayah ditangkap
KUCHING: Empat suspek ditangkap polis berhubung kehilangan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, Eric Chang Wei Jie (gambar).
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, kesemua suspek terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita berusia dalam lingkungan 24 hingga 49 tahun, termasuk penjaga kanak-kanak terbabit.
Menurutnya, mereka ditangkap di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 atas aspek kecuaian dan pengabaian terhadap penjagaan kanak-kanak terbabit.
“Hasil semakan rekod juga mendapati kesemua suspek mempunyai 17 rekod jenayah iaitu 14 kesalahan dadah, dua jenayah harta benda dan satu jenayah komersial. Hasil saringan air kencing juga mendapati kesemua suspek positif dadah jenis syabu," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Tambahnya, kesemua suspek dihadapkan ke Mahlamah Majistret Kuching untuk permohonan reman bagi memboleh soal siasat dijalankan.
“Pada masa sama, polis juga telah menubuhkan satu pasukan khas bagi memperluaskan usaha pencarian,” katanya.
Eric dilaporkan hilang sekitar jam 7.42 malam, 7 Mac lalu di sebuah kawasan perumahan di Jalan Daya, Bintawa.
Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilancarkan dengan turut dibantu penduduk setempat dan Unit Anjing Pengesan (K9) PDRM.
Anggaran tinggi kanak-kanak terbabit adalah sekitar 100cm, bentuk badan kurus, berkulit kuning langsat, rambut pendek dan pakaian terakhir sebelum hilang ialah baju-T berwarna biru gelap dan seluar pendek paras lutut warna hitam.
Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung mangsa boleh menghubungi Inspektor Hasmah Abdul Jalil menerusi talian 013-6852210 atau IPD Kuching (082-244444).
utusanborneo.com.my/2022/03/11 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FanTasyCreaTioN at 13-3-2022 06:12 AM
Kemungkinan tinggi dah kena bunuh ... harap hukuman bunuh juga kepada mereka. Kejam!!!~
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
UPDATE :

Polis cari Eric di Sungai Muara Tebas
KUCHING: Polis dilihat menjalankan aktiviti pencarian seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun yang dilaporkan hilang sejak 7 Mac lalu di jeti Muara Tebas hari ini.
Pencarian Eric Chang Wei Jie dijalankan sekitar jam 2 petang tadi oleh sepasukan polis diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintenden Merbin Lisa.
Nasib kanak-kanak malang itu masih belum disahkan, namun pengasuh dan suaminya telah ditahan oleh polis baru-baru ini.
Selain pasukan PDRM , Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching dan pasukan Polis Marin juga membantu mencari kanak-kanak tersebut.
Sebelum ini, Eric dilaporkan hilang pada pagi 7 Mac lalu semasa dijaga pengasuhnya di Taman Riverview, Bintawa.
Selain pengasuh dan suaminya, ibu dan bapak kanak-kanak tersebut juga ditahan untuk siasatan.
Kesemua mereka ditahan mempunyai rekod jenayah lampau dan positif dadah.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah ketika dihubungi media berkata "Kes Eric siasatan masih dijalankan. Kita akan keluarkan kenyataan rasmi kelak."
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
让人心碎的结果…失踪4岁男童郑伟杰证实已遭遇不测,古晋警区刑事罪案调查组于今午近2时,在青山岩码头展开调查工作,
嫌犯保姆夫妇被押到被指为弃尸现场的码头协助调查工作,而古晋副警区美斌里沙警监和刑事罪案调查组主任哈菲兹副警监,也亲临现场指挥调查,与此同时也安排水警船艇在附近水域进行搜寻工作。
Google translate :
Heartbreaking results... The missing 4-year-old boy Li Weijie Jiang confirmed to have been found without suspect, the Kuching Police District Criminal Crime Investigation was conducted at the Aoyama River Pier at around 2 pm today.
The suspected nanny couple were pushed to the dock of the alleged abandoned scene to assist the investigation work while the Kuching Police Department Meerisha Police and Police Harper, Director of the Criminal Crime Investigation Team, also kissed the scene command for the investigation, while arranging water patrol boats for search work in nearby waters.
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sin chew daily mengesahkan Eric 4 tahun disahkan meninggal dunia, polis menbawa kedua dua suspek penjaga suami isteri ke tempat pembuangan mayat di wharf muara tebas kat kpg muara tebas
Salam Takziah rest in peace anak syurga


credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 13-3-2022 06:34 PM
Sin chew daily mengesahkan Eric 4 tahun disahkan meninggal dunia, polis menbawa kedua dua suspek pen ...
i cari thread ni kat isu semasa tapi tak jumpa pula.. so siapa yang bunuh budak ni? pasangan pengasuh or parents dia? kesian comel budaknya.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kata nya pasangan pengasuh ... 
Suspek iaitu suami isteri penjaga yg diamanahkan menjaga adik Eric dibawa ke Muara Tebas oleh pihak PDRM.

|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kuching : Suspek iaitu suami isteri penjaga yang diamanahkan menjaga adik Eric telah dibawa ke jeti Muara Tebas oleh pihak polis petang ini. Turut kelihatan ke lokasi adalah Ibu Eric dan juga keluarganya. Setakat ini usaha mencari dan mengesan sedang digerakan, melibatkan Pasukan Polis Marin, Bomba dan Maritim Malaysia.
Kuching : The suspect, the husband and wife of the guardian who was entrusted to take care of Eric's brother, was taken to the Muara Tebas jetty by the police this afternoon. Also visible to the location were Eric’s mother and also his family. So far, search and tracking efforts are underway, involving the Malaysian Marine, Fire and Maritime Police Force.

credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 14-3-2022 05:58 PM
Kata nya pasangan pengasuh ...
Suspek iaitu suami isteri penjaga yg diamanahkan menjaga adi ...
kesiannya.. kalau tak nak jaga, perlu ke sampai membunuh?  |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tak terjangkau akal kita dengan orang2 seperti ini ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Public urged not to speculate on Eric Chang murder case
By Nur Ashikin Louis
KUCHING, March 14: Sarawak United Peoples’ Party (SUPP) Youth Central secretary-general Milton Foo is urging the general public to not speculate over the alleged murder of four-year-old Eric Chang.
While he empathised with the public’s mixed feelings of anxiety, anger and sadness over the boy’s death, he reminded them to stay calm and be patient.
“Do not make any speculations or wild allegations (regarding the case). Give room to the police to investigate the case thoroughly and professionally.
“Let justice be seen and be done for little Eric Chang Wei Jie and prosecute the suspects, if any, to the Court of Law. We will leave it to the police to review their final investigation on this matter,” he said at a press conference at SUPP Headquarters in Kuching today.
He also thanked all parties including the police, Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA) and Fire and Rescue Department (Bomba) for their help in the search for the missing boy in and around Muara Tebas.
Yesterday, the police released a statement at 8pm confirming they are reclassifying the investigation from under Section 31(1)(1) of the Child Act 2001 for negligence and neglect of child care to Section 302 of the Penal Code for murder.
Eric Chang is believed to have been murdered and his body was placed in a polystyrene box before it was dumped at Muara Tebas Wharf on Sunday (March 6).
The search for his body around the Muara Tebas River and the vicinity entered its second day today.
He was first reported missing from Taman Riverview, Bintawa on March 7 while under the care of a friend of his mother, Dynasty Chang. – DayakDaily
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KUCHING (14 Mac): Ibu kepada Eric Chang Ka Hui, empat tahun, yang didakwa dibunuh, sebak dan menangis di Dermaga Muara Tebas ketika hari kedua pencarian mayat anaknya sedang dijalankan.
Sebelum ini dikenali sebagai Dinasti Chang, dia dibenarkan ke dermaga bersama suaminya, yang namanya tidak diketahui serta-merta, dan dua saudara mara pada 3.45 petang.
Ibu Eric, yang dikatakan hamil tujuh bulan, meratap tanpa kawalan dan menangis kerana anaknya, yang hilang sejak 7 Mac 2022, ketika suaminya menyokongnya di dermaga.
Dia hampir pengsan ketika dibawa oleh keluarganya dan terpaksa dibantu ke pusat operasi mencari berhampiran.
Difahamkan bahawa ibu bapa dan saudara mara Eric telah tiba pada tengah hari tetapi ditolak oleh polis kerana mereka tidak mengenal pasti diri mereka. Dermaga telah dikepung oleh pihak polis.
Operasi mencari yang melibatkan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia itu meliputi jarak dua hingga tiga batu nautika dari dermaga.
Operasi bermula semalam selepas penjaga Eric, yang ditahan pada 9 Mac, kononnya mengaku kepada polis bahawa dia tahu apa yang berlaku kepada kanak-kanak itu.
Dia dan suaminya kemudian mengetuai polis ke Dermaga Muara Tebas di mana mayat kanak-kanak itu dipercayai dibuang.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ashmon Bajah dalam satu kenyataan semalam berkata kes itu telah diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, sambil menambah penjaga dan suaminya akan direman lanjut bagi membantu siasatan.
Ibu bapa Eric juga ditahan ketika penjaga dan suami dibawa masuk oleh polis pada Jumaat lalu.
Eric dilaporkan hilang oleh ibunya pada 7 Mac di balai polis Bintawa pada 7.42 malam selepas dia hilang sejak 9 pagi hari itu.
Salam takziah kepada anda dan keluarga anda - kekal ketabahan, doa kami sentiasa bersamamu
 Suara Sarawak
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ibubapa mangsa juga turut ditahan ...procedure biasa rasa nya ...
lepas tu baru dibebaskan bila dah didapati tidak terlibat ...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 13-3-2022 06:24 PM
UPDATE :
Mak pak eric pon positif and ade kes jenayah? 
Dah jumpa ke jasadnye? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|