CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 340|Reply: 0

Bertengkar Ketika Mabuk, Lelaki Parah Ditikam Rakan

[Copy link]
Post time 8-3-2022 09:38 AM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun cedera parah ditikam dalam satu pergaduhan di Simpang Empat di sini malam Isnin.


Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, polis menerima panggilan daripada sebuah hospital swasta di daerah ini yang memaklumkan menerima seorang pesakit dengan beberapa kesan tikaman.




Gambar hiasan




Katanya, mangsa bekerja sebagai jurujual itu mendapatkan rawatan di hospital terbabit kira-kira jam 9 malam dengan kesan tikaman di bahagian badan serta pendarahan di paru-paru kanan.


"ihak hospital merujuk mangsa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan lanjut pada jam 12.30 malam," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.


Ahmad Shukri memberitahu, hasil soal siasat mangsa dipercayai bertengkar mulut dengan seorang rakannya yang bekerja sebagai mekanik ketika mereka sedang minum di sebuah kedai di Jalan Simpang Empat.


"Kedua-dua mereka yang dipercayai dalam keadaan mabuk kemudiannya bergelut sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan.


"olis bagaimanapun sudah menahan suspek berusia 60-an dan merampas sebilah gunting.


"Kes disiasat mengikut Akta 326 Kanun Keseksaan," katanya.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.180997 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list