CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 379|Reply: 0

New Zealand Kenakan Sekatan, Bekukan Aset Rusia

[Copy link]
Post time 8-3-2022 09:32 AM | Show all posts |Read mode
Kerajaan New Zealand akan memperkenalkan undang-undang baharu untuk mengenakan sekatan terhadap Rusia.


Tindakan itu susulan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dan jika diluluskan, ia kali pertama New Zealand mengenakan sekatan secara individu ke atas sesebuah negara, lapor CNA NEWS.




Kredit foto: newshub.co.nz




Perdana Menterinya, Jacinda Ardern berkata, sekatan itu akan membekukan aset Rusia di New Zealand, menghalang orang dan syarikat daripada memindahkan wang dan aset mereka untuk melepaskan diri daripada sekatan yang dikenakan oleh negara lain dan menghalang kapal dan pesawat daripada memasuki negaranya.


Kerajaan New Zealand juga telah mengeluarkan senarai yang melarang sebanyak 100 individu daripada melancong ke negara tersebut.


“Akhirnya jika kami mempunyai majlis keselamatan yang lebih berfungsi, kami tidak akan menghadapi masalah ini sejak awal,” katanya.


Dalam pada itu, pencerobohan Rusia ke atas Ukraine telah mengundang kecaman hampir  seluruh dunia dan mencetuskan sekatan menyeluruh Barat terhadap Rusia bagi melumpuhkan ekonominya.




Sumber: MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.036709 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list