CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 462|Reply: 0

[Sabah] Polis Sabah buat penelitian semula perintah berkurung, tingkat keselamatan perairan

[Copy link]
Post time 4-3-2022 07:06 PM | Show all posts |Read mode


SAKSI: Idris menyaksikan serah terima tugas salah satu jawatan di IPK di sini semalam.

KOTA KINABALU: Polis Sabah akan membuat penelitian semula perintah berkurung bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan di kawasan perairan negara.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata tindakan itu dilaksanakan berikutan timbulnya beberapa isu selepas arahan pembayaran pampasan bernilai kira-kira RM63 bilion kepada waris sultan Sulu dibangkitkan baru-baru ini.

“Kita akan membuat satu penelitian semula dan akan memanggil beberapa pihak termasuk peringkat tertinggi dari Bukit Aman sebelum memaklumkan keputusan kepada umum.

“Tindakan ini adalah bagi mengambil kira pandangan dari pelbagai aspek serta jabatan di dalam PDRM sendiri selain agensi keselamatan lain termasuklah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan sebagainya,” katanya semasa sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini semalam.

Bercakap lanjut berkenaan isu pembayaran pampasan terbabit, Idris berkata pihaknya meningkatkan keselamatan di perairan negara dengan mengerakkan penugasan semua elemen dalam PDRM.

“Disebabkan isu berkenaan pihak negara jiran yang ingin membuat tuntutan terhadap Sabah yang menjadi tular baru-baru ini, PDRM sabah akan melipatgandakan lagi usaha di dalam kesiapsiagaan kita menghadapi apa juga kemungkinan serta ancaman luar yang menganggu kedaulatan Sabah,” katanya.

Beliau berkata setakat ini Sabah belum menerima apa-apa ancaman bagaimanapun isu yang dibangkitkan kembali itu menaikkan semangat kepada pihak yang menyimpan tujuan serta niat untuk mengambil Sabah sebagai negara mereka.

“Pada asalnya isu ini suda menjadi sunyi dan ianya ditimbulkan kembali apabila adanya pemilihan presiden dan naib presiden di negara jiran yang dijangka berlangsung pada Mei depan kepada pihak sebagai provokasi bagi membuat tuntutan terhadap Sabah.

“Setakat ini tidak ada ancaman di negeri ini dan semuanya berjalan seperti biasa termasuklah dari segi ekonomi yang sedang rancak.

“Saya mohon semua pihak tidak panik serta bimbang dan orang ramai bolehlah menjalani kegiatan seharian seperti biasa dan tidak menyebarkan perkara tidak sahih yang boleh mewujudkan kegusaran awam,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/03/04
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.310766 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list