CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 366|Reply: 0

Lelaki OKU Hilang Ketika Main Banjir

[Copy link]
Post time 2-3-2022 01:30 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang mempunyai masalah pembelajaran dikhuatiri hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus banjir dalam kejadian di Kampung Tok Sangkut di sini, pada Selasa.


Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, kehilangan Muhamad Faizal Abd Rahman disedari ibunya Che Fatimah Che Kob, 62, pada jam 9 pagi.




Seorang lelaki OKU mempunyai masalah pembelajaran dikhuatiri hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus banjir dalam kejadian di Kampung Tok Sangkut, Pasir Mas, pada Selasa.





"Semasa kejadian, ibu mangsa sedang membersihkan kedai makan miliknya di Kampung Tok Sangkut manakala Muhammad Faizal sedang bermain berhampiran kedai milik ibunya itu," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.


Menurut Mohd Nasaruddin, selepas itu wanita berkenaan menyedari Muhammad Faizal sudah tiada di kawasan tersebut.


Beliau berkata, Che Fatimah kemudian bertanya kepada cucunya berusia 12 tahun yang memberitahu melihat Muhammad Faizal berada di kawasan masjid berhampiran kedai makan miliknya.


Mohd Nasaruddin berkata, Che Fatimah kemudian mencari anaknya di kawasan sekitar namun gagal ditemui.


"Che Fatimah datang ke Balai Polis Jeram Perdah untuk membuat laporan. Dia mengesyaki anaknya lemas dihanyutkan air banjir yang melanda kawasan sekitar," katanya.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.367823 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list