Semakin hangat warganet membahaskan kes drama yang mengetengahkan isu percintaan kaum sejenis, Suamiku Lelaki Pendosa.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/01/155927kwkx3r73ij7kl3pj.jpg) Kredit foto: FB Ustazah Asmak
Perkara ini turut mendapat perhatian Ustazah Asmak Husin yang menggesa agar drama tersebut diboikot kerana tidak wajar ditayangkan berikutan terdapat unsur negatif dan boleh memberi pengaruh negatif terhadap pemikiran kanak-kanak.
Katanya lagi, semua pihak termasuk media, pelakon dan juga penerbit filem atau drama perlu bekerjasama dalam memberi kesedaran mengenai normalisasi kehidupan songsang ini kepada pengikut dan juga peminat masing-masing di media sosial.
Ekoran itu, pengarah Shahrulezad atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat tampil mendakwa masih ramai di luar sana yang berfikiran jumud terhadap isu sebegini.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/01/155926ho4dnngzrajr6e4c.jpg) Kredit foto: IG Budak Ijat
Ujarnya, ketika ada pihak cuba memberi pemahaman dan pendidikan mengenai isu LGBTQ, selalunya mereka-mereka ini akan dianggap jahat dan melanggar hukum alam.
Sepatutnya, orang ramai harus bersikap lebih terbuka dalam memahami sesuatu masalah agar punca dan cara mengawal masalah tersebut dapat dikenal pasti kerana golongan LGBTQ memang wujud dalam kalangan masyarakat, jelasnya.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/01/155926jzzts4pwtfw8be9t.jpg) Add Image Caption Here
Sumber: BeautifulNara |