CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3573|Reply: 24

Selamba Tolak Banyak Tawaran, Nadhir Nasar Besar Kepala?

[Copy link]
Post time 1-3-2022 03:33 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon Nadhir Nasar, 25, bersikap selektif dalam memilih naskhah drama bukan disebabkan sudah 'besar kepala', sebaliknya, mahu nama kekal lama dalam industri lakonan.


Pelakon baharu yang menjadi sebutan selepas watak Syafiq Hambali dalam drama bersiri, i-Tanggang : Mother Of All Lies menjadi bualan itu berkata, dia tidak berniat 'main-main' apabila mengambil keputusan menceburi bidang lakonan sejak dua tahun lalu.


Bagaimanapun, Nadhir menafikan bersikap besar kepala apabila hanya memilih naskhah dimahukan sahaja sejak namanya menjadi perhatian ramai.




Foto: IG




"Saya bukan mengejar karya yang bagus atau hanya ingin bekerja dengan produksi tertentu. Sebenarnya, saya tidak kisah menerima tawaran daripada mana-mana produksi, tetapi biarlah karya berkualiti dan kena dengan jiwa.


"Saya tidak mahu dilihat sekadar 'main-main' dalam industri, jadi apabila menerima tawaran, saya tidak mahu buat sekadar asal boleh. Sebaliknya, saya perlu ada 'hati' terhadap naskhah yang ingin dijayakan.


"Jika naskhah tidak kena dengan jiwa, saya akan menolaknya," katanya kepada BH Online.




  



Pernah membolosi pencalonan bagi kategori Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular (BH) ABPBH 34, Nadhir berharap keputusannya menolak sesetengah naskhah tidak salah erti.


Nadhir atau nama sebenarnya, Ahmad Nadhir Ahmad Nasar berkata, ada masanya terpaksa menolak tawaran diberikan kerana tidak yakin mampu membawakan watak, selain merasakan ada pelakon lain yang lebih layak berbanding dirinya.


Selain itu, jejaka yang dilahirkan di Michigan, Amerika Syarikat berkata, dia juga bimbang mengecewakan syarikat produksi andai tidak berjaya membawa watak diberikan seperti dikehendaki pengarah.






  



"Saya bukan sesiapa, malah saya juga sedar diri ini baru hendak merangkak dalam industri seni. Bukan banyak pun tawaran ditolak. Ada yang ditolak kerana saya sendiri kurang yakin membawakan watak diberikan.


"Macam dikatakan, saya tidak kisah berlakon dengan sesiapapun. Bukan bermakna saya kena bawa watak jahat dan mendalam sahaja. Asalkan watak bersesuaian, saya tiada masalah untuk melakonkannya," kata Nadhir yang mula dikenali melalui drama Projek: Anchor SPM.


Sementara itu, Nadhir menafikan dirinya anak emas kepada stesen Astro apabila sering dilihat menghiasi drama disiarkan di stesen berkenaan.




  



Katanya, dia menerima banyak tawaran untuk saluran berkenaan, namun, tidak juga menolak tawaran drama stesen TV lain.


"Saya akui, kebanyakan drama saya ditayangkan di Astro, begitu juga dua drama yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.




  



"Namun, saya ada juga membintangi drama siaran RTM. Apa yang boleh dikatakan, ini semua rezeki.


"Tambahan pula, saya dicungkil menerusi pertandingan pencarian bakat Hero Remaja yang juga diterbitkan stesen berkenaan. Bagaimanapun, saya sentiasa amalkan bersikap baik dengan sesiapa sahaja," katanya. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2022 03:49 PM | Show all posts
elok pun. pilih yang elok-elok ja.
cerita tv ni banyak ntah apa-apa

tapi kalau condemn, kang pengarah butthurt update kat IG macam tulis karangan SPM

harap tak terjebak berlakon dengan cerita tiga suku, skrip ke laut
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2022 05:21 PM | Show all posts
popular ker, akak tak kenal nok
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2022 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
giyomi: popular ker, akak tak kenal no ...
saya pun xknl.... Ke sbb nk watak hero atau main actor je???
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2022 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia adik Beto kan
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2022 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpe Nadhir. Teruskan memilih. Chuols mmg boleh berlakon. Later naskhah2 yg baik yg akan cari chuols.
Kembar chuols pun baru menang best actress for drama kat SAG.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2022 08:03 PM | Show all posts
Edited by aldinaa at 1-3-2022 08:06 PM

oh ye ke. baru tahu...

[edited] tapi sis gugel keluar ni pulak

bukan siblings?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2022 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Mulotkoyak replied at 1-3-2022 07:00 PM
saya pun xknl.... Ke sbb nk watak hero atau main actor je???

Jrg tgk drama melayu, tp x pnh nmpak dia jd hero. Jd watak tambahan je. Mcm dlm i tanggang jd anak kpd kaki tabligh, tp x jaga isi rumah. So dia yg jaga adik2 dia, smpai dia x sekolah jd food rider. Pastu ada jd watak tmbahan jd kwn azrel ngan hannah delisha. Pastu dlm anchor spm pun mcm x jd hero, tp main lead.
X pnh lg nmpak dia jd hero cinta kawin paksa ke, cinta cinta ke. Teringin gak nk tgk klu dia boleh jd watak cinta2. Amek la heroin dewi remaja yg cantik2 tu ke.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2022 08:56 PM | Show all posts
Nadhir who?
X kenal dik.
Maaf
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2022 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka dia ni berlakon..keep it up. Yg x kenal tu mesti bangla yg keje malaysia  
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2022 05:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia nie xhensem....tapi ada xfactor (bg aku je kot LOL) BTW suka betul gan lakonan kat Anchor SPM & I tanggang.....Ada jiwa lah dia nie kalau berlakon
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2022 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
kenal dia ni masa tgok itanggang..lakonan dia best+menjadi..
teruskan memilih chuols..karang kau main rembat je tawaran asik muka kau keluar tv dgn cite tah hape2 netizen bising pulak..
iols setuju dgn komen2 kt atas ni yg kata dia ni xde la hensem gila tp ada aura/xfactor.. kipidap deknon
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni bakalan beto/zahiril in the making
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 12:16 AM | Show all posts
again, heshe kena buang sikap poyo acah best dan suka berslang English yang nan hado ittew...cakap ajelah BM dikkk. Rancangan BM pon ko sibuk nak berEnglish bagai dah kenapa? Bosanlah. Sejenis Amir Masdi gitu tahap bosannya
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Bertuah ya kamu bila skrip banyak sampai dan dapat memilih. Teruskan memilih karya berkualiti. Ada orang takde pilihan pun terpaksa sauk je apa yang sampai.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Nadhir ni ada kualiti untuk jadi star bukan sekadar actor. Kalaulah dia dijaga orang yang betul dlm industri ni. Orang yang connection yg power macam iman tang atau orang yang boleh guide dia untuk jaga image bagi proper sikit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2022 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn memilih sgt dik.atleast setiap tahun kene ada nafkah baru.nnt org lupa muka awak tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 01:45 PM | Show all posts
ada potensi. hrp jgn merepek meraban mcm yg lain2 yg lapar likes dan kasih sayang........
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 02:40 PM | Show all posts
iols suka nengok dia berlakon.. takde cover2 bajet hensem.

baik la dia pilih elok2, kang dpat skrip tak semenggah lagi sakit hati.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 02:53 PM | Show all posts
ok la tu ada prinsip.
ms hero remaja dl pn dia ada ckp nk jadi director & pelakon bjaya.
selektif pilih watak dan tak gila glamour asal blh je mcm bbnu lain.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.335419 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list