CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3680|Reply: 63

Tak Kisah Beg Berat, Janji Dapat Jamu Kucing Di Makkah!

[Copy link]
Post time 1-3-2022 03:13 PM | Show all posts |Read mode
Kunjungan kali pertama lelaki ini ke tanah suci Makkah pada Januari lalu ternyata meninggalkan memori cukup bermakna.


Lebih istimewa, Mohd Izamal Mohd Noor, 37, turut membawa sebungkus makanan kucing seberat 1.8 kilogram (kg) untuk diagihkan kepada haiwan comel itu di sekitar Makkah dan Madinah.


Bercerita kepada mStar, bapa kepada dua cahaya mata itu mendedahkan dia sudah lama memasang niat berkenaan memandangkan dirinya juga merupakan pencinta kucing.




  



"Keluarga saya dan keluarga mentua, kedua-duanya memang keluarga pencinta kucing. Kami selalu bagi makan kepada kucing-kucing di kedai, mahupun kucing jalanan.


"Alang-alang nak pergi umrah bersama isteri dan ibu, saya pun bawa makanan kucing dari Malaysia. Sebelum ini, ada kenalan pernah buat juga. Saya bawa satu beg saja, memang dari awal dah niat nak sedekah untuk kucing-kucing di sana.


"Sepanjang berada di tanah suci, saya temui banyak kucing-kucing jalanan. Ada kucing yang cukup sifat, ada juga kucing buta dan sebagainya.


"Ketika bagi makan, ada juga orang yang pandang pelik, tapi saya tak kisah sebab memang suka kucing," ujarnya berseloroh.


Senang disapa Izamal, dia yang berangkat ke Makkah pada 4 Januari lalu telah kembali ke tanah air pada 16 Januari.


Menurut Izamal, isterinya Lubaina Muha, 37, turut berkongsi rakaman video ketika dia menyantuni kucing-kucing di Madinah menerusi aplikasi TikTok.


Tanpa disangka-sangka, video itu sehingga kini meraih hampir 80,000 tontonan dan dibanjiri dengan pelbagai komen netizen.


"Isteri saya yang kongsi video ke TikTok. Tiba-tiba ia dapat perhatian ramai. Alhamdulillah, mungkin rezeki kucing. Kami pun tiada niat nak riyak, cuma nak tunjukkan kebaikan yang kita boleh lakukan.


"InsyaAllah murah rezeki kalau kita beri makan pada haiwan. Haiwan ini seperti pokok, mereka sentiasa berzikir. Mungkin dalam secebis rezeki yang kita kongsi, ia akan doakan kita juga," ujar Izamal yang mengusahakan bisnes tudung bersama isterinya.








Menurut Izamal, dia dulu pernah membela kucing, namun sudah berhenti kerana tidak sampai hati melihat haiwan-haiwa peliharannya mati dilanggar kereta dan dimakan anjing.


"Dulu memang saya bela, tapi banyak mati kena langgar, ada yang kena makan dengan anjing. Saya jadi kesian. Jadi sekarang saya hanya main dengan kucing-kucing di rumah ibu saya dan rumah mentua.


"Walaupun dah tak bela, saya memang sentiasa sediakan makanan kucing. Memang ada kucing-kucing jalanan yang selalu datang ke rumah saya," ujarnya.


Bercerita mengenai pengalaman pertama kali mengerjakan umrah, Izamal akui bersyukur dapat menjadi tetamu Allah biarpun dalam kunjungan yang singkat.


"Ini kali pertama ke sana. Awalnya saya fikir isteri main-main saja. Memang kelam kabut, persiapan dibuat dua minggu sebelum berangkat.


"Dalam hati rasa takut, takut tersalah rukun dan sebagainya, maklumlah kali pertama nak buat umrah. Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun ada SOP (Prosedur Operasi Standard) di sana.


"Hiba hati ini dapat tengok Kaabah, dapat ziarah makam Rasulullah dan berkunjung ke tempat sirah nabi. Dulu saya belajar dan tengok di TV, akhirnya dapat lihat dan rasai sendiri," ujarnya lagi.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2022 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kucing dimekah layeen layeen....tak macam kucen dimalaysia.....begiteww juga tasbih yg dibeli dimasjid india tak sama nilainya dgn tasbih yg dibeli ditanah suci mekah.....

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2022 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Content menunggang haiwan....
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2022 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Perlu ke nak bagitau satu dunia ko pencinta kucing?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2022 03:46 PM | Show all posts
Mungkin di sana tiada undang-undang tinggalkan makanan merata-rata. Sesetengah tempat tak boleh kerana nanti tikus datang makan sisa makanan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2022 04:14 PM | Show all posts
pecinta kucing tapi kucing sendiri tak terbela sampai kena langgar kena makan anjing..
orang sayang binatang tak gitu gayanya..
siap pastikan semua selamat..
bukan takat bagi makan tapi lepas tu biar lepa merayau entah mana..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2022 04:26 PM | Show all posts
kt sn xde jual mknn kucen ke

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2022 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry nk tegur sikit..mmg bagus bg mkn tp letakla atas tissue ke bekas ke..yg Jenis sepah2 ni org punya Kaki Lima sepah pastu xpsl2 Kang ada muntah tahik kucing xpon kucing gaduh situ...dorg Pon ada territory..so be reasonable letak atas tissue or dlm bekas..

Ni kadang situ ko mkn..situ juga ko nk tabur kibbles xpon ikan seketul bawa meja ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2022 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg penting kena up socmed biar satu dunia tau...biar satu dunia puji pujian...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2022 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru replied at 1-3-2022 04:28 PM
Sorry nk tegur sikit..mmg bagus bg mkn tp letakla atas tissue ke bekas ke..yg Jenis sepah2 ni org pu ...

Biasanya i letak gitu je kt tepi mcm tu setompok sbb takut kalau letak tisu or bekas, bila habis makanan tu jd sampah pulak bekas or tisu tu.

Btw, dia x rasa awkward ke ek share benda mcm ni? Kalau i dah rasa lain dekat hati bila merekod tu then upload pulak dekat ig.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2022 05:19 PM | Show all posts
Niat dah baik tapi lagi baik kalau tak hebahkannya lain ler memang berniat nak dijadikan content
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2022 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Oooo....dia bawak 1.8 kg
Ingatkan dia bawak sebanyak 18 tan sampai diangkat jadi isu semasa
Pastu nanti jadi ikutan pulak dek jemaah lain bawak jugak berkilo makanan tucen
Pastu habis bersepah 2 kota suci dengan makanan kucing
Pastu makanan kucing jadi bahan larangan dari dibawa masuk oleh jemaah luar
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2022 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 1-3-2022 07:12 PM
Biasanya i letak gitu je kt tepi mcm tu setompok sbb takut kalau letak tisu or bekas, bila habis m ...

Biasa klu ko bg dia makan kibbles tu habis ke?x kan..
Lama2 jadi busuk x kawasan tu? Esp klu terkena hujan ke apa

Let say ada tisu org nk buang pun senang..lg2 yang jenis sambil makan sambil campak makanan kt kucing..klu kucing dh hbs makan xperlu lalat hurung..kutip tisu tu Dan buang
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2022 05:53 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 1-3-2022 04:14 PM
pecinta kucing tapi kucing sendiri tak terbela sampai kena langgar kena makan anjing..
orang sayang  ...

Ehh jangan! Ada orang kata kurung kucing dalam rumah ni tak baik. Kena bagi bebas. Lepas je pandai-pandai lah nak hidup sendiri kata mereka.Kalau menyusahkan jiran tetangga tak apa, yang penting jangan kurung kucing.
Bila kucing kena langgar, kena racun ada lah content nak meratib di social media kan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2022 05:58 PM | Show all posts
masjid kucing pun dah demolished tu yang bnyk kucing berkeliaran....ehh related ke tak ekkkk
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2022 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan bwk royal canin, kibbles kaler² jgk dihidang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2022 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ler ingat yg seguni 15-20kg tu. Takat 1.8kg je apa beratnya. Nnt bak blk ruang tu kosong leh le letak jubah ke apa. Balik tanah air kompom beli goidies lg berat dr itu kan.
Tu pun nak kecoh2
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2022 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 1-3-2022 04:26 PM
kt sn xde jual mknn kucen ke

Mcm xde or susah nk dpt kot. Ramai yg p sana ckp susah nk dpt. Ntah lerr.. Seingat iolss dlu mmg x jumpa kedai jual mknn kucing.

Now ramai gak jemaah msia bwk mknn meow kalo p sana. Alhamdulillah rezeki ank2 bulus ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2022 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru replied at 1-3-2022 05:48 PM
Biasa klu ko bg dia makan kibbles tu habis ke?x kan..
Lama2 jadi busuk x kawasan tu? Esp klu terke ...


Xpasti habis ke x. Mmg xtggu la kucing tgh mkn. Tp bila lalu next time bersih je x sepah2. Biasanya elok x busuk pulak. Sbb kibbles x naik ulat mcm maknan fresh. Cuma risau naik semut dkt kibbles. Klau alas tisu mmg i xsetuju sbb ada risk kucing tersangkut kat tisu tu nnti habis bersepah kibbles tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2022 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
TeropongThaico replied at 1-3-2022 06:11 PM
Ler ingat yg seguni 15-20kg tu. Takat 1.8kg je apa beratnya. Nnt bak blk ruang tu kosong leh le leta ...

Beras 5 kg pun x brp berat...hancing punya content
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 12:59 AM GMT+8 , Processed in 1.064275 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list