CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 755|Reply: 2

Netizen Pertikai Keputusan Selaraskan Lesen Motosikal Untuk Semua Kelas!

[Copy link]
Post time 1-3-2022 02:31 PM | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini, Penyatuan Pemain Industri Pengangkutan Darat Malaysia ataupun PPDM memberi cadangan penyelarasan lesen motosikal yang terdiri daripada kelas B, B1, B2 dan C untuk menjadi satu lesen sahaja. Cadangan itu telah dibawa ke dalam Majlis Penyerahan Memorandum PPDM kepada Perdana Menteri dan juga ketua-ketua parti politik.


kredit foto: Arinah Holdings



Menurut laporan dari Beautifulnara, ramai netizen berpendapat ia cadangan yang baik kerana memudahkan orang untuk membawa motosikal pelbagai kapasiti enjin dengan satu lesen.




Tetapi, ada yang tidak bersetuju sebab kemalangan akan meningkat untuk penunggang tidak mempunyai pengalaman membawa motosikal berkuasa tinggi dan setiap motosikal mempunyai kapasiti enjin yang lain.



Malahan, ia memerlukan pengedalian yang berbeza.


kredit foto: TikTok



Difahamkan, PPDM juga memberitahu perkara lain seperti harga yuran untuk pengambilan lesen motosikal tidak boleh melebihi RM400 dan untuk motokar pula tidak boleh melebihi RM800.



kredit foto: Vocket



Sehubungan dengan itu, mereka juga ingin membuat kesama rataan di antara pemandu teksi dan e-hailing, mereka juga mahu membela nasib pemandu lori dan bas dengan mengurangkan pemeriksaan Puspakom untuk lori dan bas menjadi sekali setahun sahaja dan lesen PSV dan GDL boleh diperbaharui sehingga 5 tahun lamanya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2022 02:53 PM | Show all posts
aku tgk yg takde akal pun boleh senang2 je dpt lesen motor dan kereta.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2022 04:45 PM | Show all posts
polis tgk lesen
jpj tgk lesen
trafik tgk lesen

cubalah sekalikan....atau sorang je tgk lesen...yg lain x valid....errr aku x serius ehh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 09:35 AM GMT+8 , Processed in 1.399650 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list