Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan menyiasat bekas ketua pegawai eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan buat masa ini, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan.
Beliau berkata, polis akan menunggu perkembangan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum menentukan sebarang tindakan lanjut.
Foto: mStar
"Setakat ini, kita belum menerima maklumat mengenai perkara itu.
"Jika ada bukti yang memerlukan kita siasat, kita akan menelitinya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri persidangan agensi penguatkuasaan dan Pejabat Peguam Negara di Georgetown, Selasa.
Dilaporkan, SPRM memanggil Rohana untuk merekodkan keterangannya pada 24 Februari.
Ia susulan pendedahan bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner, dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Amerika Syarikat, berkaitan pemberian sebuah rumah di London bernilai AS$10 juta (kira-kira RM41.8 juta).
Minggu lalu, aset dan akaun bank milik Rohana dibekukan menerusi perintah yang dikeluarkan oleh SPRM, selepas Leissner mendakwa rumah itu dibeli menggunakan wang daripada 1MDB. - CARI
dah pelopor dan pengerusinya jibun... mestilah siasat kepala dia dulu... haiyoh... dalam company pun kalau ada isu enquire org atasan, x ada nya enquire anak buah dlu...
konklusi apa dekkk ??? yang duit 2.6bil tu TAK TERANG LAGI KE MASUK AKAUN NAJIB ??? jwab dlu soklan ni...
65juta dlm acc company laki zeti vs 2.6billion dlm acc jibun mana kes lg besar n mn perlu settle dlu ?
Post time 2-3-2022 02:43 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Orix replied at 2-3-2022 02:40 PM
kau hengat org nk sumbat someone gitu2 suka suki jah dlm penjara tanpa bicara dan bukti ?? mestila ...
sebab tu lah org dah pressure suruh siasat Zeti...
haritu knp pandai pulak nak siasat Azam Baki tu...beriya nak berarak bagai..
bila org tny Zeti..senyap..
ko paham ke tak ....
Dah kena dakwa ke ??? lah.... ingatkan atok saja suka2 nk msukkan dia dlm penjara mcm kau cakap tu... saja suka suki... rupanya ada dakwaan....
kau igt nak dakwa senang2 gitu jah tanpa bukti mcm kau kata senang2 jah nk sumbat org dlm penjara.. pengumpulan bukti kena ada baru boleh dakwa... pegi lah dakwa family Zeti kalau kau dh ada cukup bukti... penat la nk ulang ayat kalau setakat cakap2 je babi pun boleh terbang...