CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 312|Reply: 0

[Sabah] Lelaki hilang sejak Rabu ditemukan lemas di Sungai Padas

[Copy link]
Post time 25-2-2022 08:53 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 25-2-2022 01:04 PM



LEMAS: Mangsa ditemukan lemas di Sungai Padas di sini pada jam 1.10 petang oleh pasukan SAR.

TENOM: Seorang lelaki yang hilang sejak Rabu lalu ditemukan lemas di Sungai Padas berhampiran Kampung Pangi di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom Mohd Zainal Sinsian berkata mangsa ditemukan kira-kira jam 1.10 petang oleh pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR).

“Maklumat awal kejadian adalah apabila mangsa yang dikenalpasti sebagai Kriston Jukiring, 19 datang ke rumah salah seorang penduduk di Kampung Kalandos pada jam 5 petang 23 Februari.

“Mangsa datang ke rumah itu untuk meminjam kayak bagi tujuan menjala ikan di Sungai Padas berhampiran Kampung Pangi,” katanya.

Menurutnya mangsa bagaimanapun tidak pulang ke rumah sebelum operasi SAR dilancarkan sejak Khamis lalu dengan dibantu penduduk kampung serta beberapa agensi keselamatan lain termasuk pihak polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Operasi dijalankan menggunakan kaedah pencarian di sepanjang permukaan serta tebing sungai membabitkan kawasan 10 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Pasukan bomba juga terpaksa menggunakan perkhidmatan pengangkutan kereta api untuk ke lokasi bagi mendapatkan maklumat berikutan ketiadaan liputan telefon di lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata mangsa kemudiannya berjaya ditemukan oleh pasukan SAR pada jam 1.10 petang semalam dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang menjalankan pemeriksaan di lokasi.

“Pasukan bomba mengangkat mayat mangsa ke kawasan tebing sungai dan dibawa ke stesen menaiki kereta api.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya sambil menambah operasi keseluruhan ditamatkan jam 3.20 petang.


utusanborneo.com.my/2022/02/25

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 8809 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.054317 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list