CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 812|Reply: 5

[Tempatan] Setelah 20 tahun sepi, Stesen Keretapi Mela, Kuala Lipis beroperasi semula dengan tren DMU yang selesa

[Copy link]
Post time 24-2-2022 11:19 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Rockafella at 24-2-2022 03:54 PM







LIPIS: Sejak lebih 20 tahun lalu, Stesen Keretapi Mela di sini sunyi sepi kerana tiada lagi persinggahan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di situ.

Difahamkan, tren KTMB hanya lalu di laluan di kampung itu tetapi tidak lagi singgah di stesen berkenaan selepas siap dibina jalan luar bandar iaitu jalan raya Kerambit ke Kuala Lipis.

Kini, KTMB mengembalikan perkhidmatan tren Diesel Multiple Unit (DMU) di luar bandar Lipis khususnya singgah di Stesen Keretapi Mela sekali gus menggembirakan penduduk di situ.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, penduduk Mela, Mohd. Safri Salleh berkata, kemudahan yang kembali disediakan oleh KTMB itu dapat merancakkan kembali ekonomi penduduk setempat berasaskan pasaran hasil pertanian dan pelancongan.

“Saya amat menghargai usaha KTMB yang mengembalikan perkhidmatan tren ini semula di luar bandar Lipis khususnya singgah di stesen Mela berbanding sebelum ini terhenti sejak lebih 20 tahun berikutan selepas siap dibina jalan raya Kerambit ke Kuala Lipis.

“Perkhidmatan semula tren DMU KTMB ini amat signifikan kepada penduduk luar bandar khususnya mereka yang tidak mempunyai kenderaan, warga emas, pelajar ke sekolah malah mereka yang berminat untuk perjalanan secara santai dan selamat ke destinasi pilihan masing-masing,” katanya semalam.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/433869 , https://www.utusan.com.my/nasion ... elah-20-tahun-sepi/

Comments

Tajuk usah terlalu panjang bagi memudahkan pencarian ya. Seperkara lagi, amalkan amalan memperkemaskan artikel anda sebelum menekan butang publish. Terima kasih.  Post time 24-2-2022 03:55 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2022 11:24 AM | Show all posts
Sesiapa dah cuba eloklah bagi review
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 11:26 AM | Show all posts
wei sedap naik keretapi rasa macam di Jepun
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 11:29 AM | Show all posts
wei aku nak naik la ketapi ni tapi kena booster duluuu
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 12:10 PM | Show all posts
'kemudahan yang kembali disediakan oleh KTMB itu dapat merancakkan kembali ekonomi penduduk setempat berasaskan pasaran hasil pertanian dan pelancongan.'

jgn ko bawak kambing naik ketapi lak nanti dek. Sian dia sejuk tak tahan ekon.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.687007 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list