CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3439|Reply: 51

[Tempatan] Isu anak mualaf: Bimbang kembali kepada agama asal. Patutkah dikembalikan kepada ibu bukan Islam?

[Copy link]
Post time 23-2-2022 10:43 PM | Show all posts |Read mode
Single Polls, Total 37 Users voted
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2022 10:46 PM | Show all posts
Edited by Punat_button at 23-2-2022 10:48 PM

Isu anak mualaf: Bimbang kembali kepada agama asal
Oleh NAZRIN BIN ZULKAFLI & MUHAMMAD YUSAINY MOHAMAD YUNUS 23 Februari 2022 |


Aminuddin

SHAH ALAM - Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) tidak bersetuju untuk mengembalikan tiga kanak-kanak yang mualaf kepada pangkuan ibu mereka yang bukan beragama Islam.

Pengerusinya, Aminuddin Yahya berkata, ini kerana berdasarkan sejarah sebelum ini, kebanyakan anak yang telah memeluk Islam dan diperintah untuk diserahkan kepada ibu mereka didakwa akan kembali memeluk agama asal.

“Kita faham dan menghormati perasaan ibu dalam konsep keluarga, memang ibu ada hak. Tetapi pengalaman kita, sejak dahulu lagi membuktikan apabila anak-anak yang sudah Islam kembali kepada ibu, mereka terdedah dan kembali ke agama asal.

“Ini yang kita bimbang. Ia bukan satu persepsi, tetapi memang betul-betul berlaku. Sebab itu kita mengharapkan pihak tertentu dapat memantau perkara ini,” katanya dalam Wacana Sinar edisi ke-325 yang bertajuk Anak Mualaf: Agama, Undang-undang dan Keluarga pada Selasa.

Turut menjadi panelis, Peguam Maha Lawyers, Zulsyahmi Husaini Kamarulzaman dan Yang Dipertua Yadim, Nasrudin Hassan manakala Amin Idris sebagai moderator.


Program Wacana Sinar Edisi ke-325 yang bertajuk Anak Mualaf: Agama, Undang-undang dan Keluarga pada Selasa.

Pada Isnin, Mahkamah Tinggi mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyerahkan tiga kanak-kanak kepada ibu kandungannya berkuat kuasa serta-merta.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan habeas corpus yang difailkan seorang ibu tunggal, Loh Siew Hong, 34.

Menurutnya, mahkamah berpuas hati bahawa Siew Hong telah diberikan hak jagaan, pemeliharaan dan kawalan tunggal terhadap ketiga-tiga anaknya melalui perintah Mahkamah Tinggi pada 31 Mac 2021.

Selain itu, Aminuddin turut tidak bersetuju dengan sikap sesetengah parti politik yang turut membangkitkan dan memberi kecaman terhadap isu tersebut.

Dalam masa sama, beliau berharap agar pemimpin Islam dapat bersuara dan mempertahankan perkara tersebut memandangkan ia telah menyebabkan kerisauan pelbagai pihak.

“Perundangan banyak kelompongan. Kita juga seru dan desak supaya kerajaan menaikkan taraf mahkamah syariah sekurang-kurangnya sama tahap dengan mahkamah sivil,” ujarnya.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2022 11:44 PM | Show all posts
Hemmm serba salah nak bagi pendapat..
Abis tu nak bagi budak2 ni kat sape..biarlah diorang memilih islam tu sendiri bila cukup 18 nanti.
Islam pak depa pun aku ragu2 je
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh, dah anak dia, kasi blk la kt mak dia ape punya soklan lah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 01:10 AM | Show all posts
patut... sebabnya kalau tak bagi kepada maknya pun belum tentu hanak tu jadi islam helokkkk...
contoh terdekat kak km dan cek non.. sekian...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 05:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko ingat pemimpin2 Islam Malaysia ni dah kuat rasuah merompak duit rakyat ..songlap harta negara..buat negara ni mcm hak harta sendiri..hidup pemuh maksiat...menipu rakyat apa beza hidup mcm org kafir yg x berlandaskan Islam?

Knp nk paksa hidup org lain ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2022 05:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah itu mak diaorang, mmg patut la maknya yg bela
Titik
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 07:02 AM | Show all posts
Dah mak dia...bagaimana kalau benda ini terbalik...tentu ramai yang marah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2022 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak bawah umur, biar duk dgn mak lah..nnt dh cukup umur terpulang anak tu lah
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedarlah wahai pejuang islam bahawa agama islam diperguna orang bukan islam untuk dapatkan hak penjagaan anak atau saja-saja nak balas dendam kepada pasangan. Ada rasional kenapa perlu kedua-dua pasangan bersetuju untuk tukar agama anak,bukannya satu pihak aje
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 07:59 AM | Show all posts
dah anak dia, bagi je lah. Pasal agama tu, biarlah diorang yang tentukan sendiri. Lagipun budak tu kecik lagi dan tak faham apa-apa.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
tk bg pd ibu kandung tapi jkm yg bela.
baik la ibu sendiri. depa bukan beranak muslim pun.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
who cares
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 08:11 AM | Show all posts
of course lah ibu mereka
puak puak yang konon pembela islam ni
sila bela dan fix  yang sedia ada yang hidup islam pada IC saja
kehidupan seharian tidak berlandaskan islam pun
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 08:28 AM | Show all posts
biarla mak depa tentukan.. xpaham aku dengan org yg kehulur kehilir membela islam dkm kes budak ni

tuh kes sumbang mahram....anak bini bersepah sbb bapak lari... tahfiz aiaya anak org.. korg g la buat demo pasal tuh
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagi jer la mak dia
Dah mmg mak biologi dia
Biar mak dia jaga pulak
Kisah dulu2 tu pandai2 la...

Isu agama tu, biar la budak2 tu tentukan nanti
Budak tu pun kira dah besar, dah boleh fikir mana yg baik utk dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2022 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang betul nya ko cuma kisah nak meramaikan ummah so that you have numbers.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Better mak jaga daripada tinggal kat insitusi. Kasih sayang dan belaian mak tu lagi genuine.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 09:33 AM | Show all posts
Edited by Hizert at 24-2-2022 09:34 AM

Common sense la, anak dia kot darah daging dia. takkan sama orang lain jaga dengan mak sendiri jaga.


Kena faham cerita, diorang budak2 lagi yang diubah agama oleh ayah diorang yang kena penjara.


Hidayah milik Allah, kita buat keje kita sudah yang lain berserah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2022 09:43 AM | Show all posts
ultra78 replied at 24-2-2022 07:51 AM
Sedarlah wahai pejuang islam bahawa agama islam diperguna orang bukan islam untuk dapatkan hak penja ...



terkilan dan sedih juga dgn kes ni..

sebab aku rsa jabatan agama islam telah di perbodohkan oleh seorang penagih dadah yg konon2nya masuk islam, bawak anak masuk islam, pastu masuk lokap / jel  semula,  

pukul x wife smpai patah kaki..


so jabatan agama islam yg dipenuhi oleh alim2 fulamak ni, diperbodohkan oleh seorang crack head ,



aku tak rasa budak2 tu ikhlas masuk islam ,   ni mungkin di manupulasi oleh bapak nya si crak head tu,  jabatan agama islam pn dia boleh kencing hancing, apatah lagi budak2

apa2 pn bg la budak tu umur 18 tahun dulu,  buat masa ni biar la dia duduk dgn mak dia...






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.349775 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list