Pasukan badminton lelaki Malaysia akhirnya berjaya menewaskan juara bertahan Indonesia pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Setia City Convention and Centre (SACC), Shah Alam.
Bagaimanapun, sebelum berjaya merangkul gelaran juara BATC 2022, kecoh di media sosial mengenai sebuah rakaman di mana seorang wanita mengejek salah seorang pemain beregu negara, Aaron Chia.
 Kredit foto: IG Aaron/Twitter
Menerusi video itu, jelas kedengaran suaranya memanggil Aaron dengan panggilan ‘Jelek gendut’ saat atlet berusia 25 tahun itu melangkah masuk ke lokasi kejohanan.
Tindakan tidak bermoral wanita terbabit bukan sahaja dikecam rakyat Malaysia malah penyokong dari Indonesia turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap sedemikian.
 Kredit foto: IG Aaron
Menurut mereka, setiap penyokong perlulah mempunyai semangat kesukanan dan bersaing secara sihat, bukannya dengan melemparkan kata-kata kesat kepada pihak lawan.
Sumber: OhBulan |