CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 450|Reply: 1

[Kedah] Penganggur didakwa eksploitasi anak saudara tujuan persundalan

[Copy link]
Post time 21-2-2022 03:14 PM | Show all posts |Read mode

Musa Abu Seman, 45, diiringi polis untuk pertuduhan mengeksplotasi anak saudaranya bagi tujuan seks di Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini. - NSTP/ZULIATY ZULKIFFLI

ALOR SETAR: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan mengeksploitasi anak saudara perempuannya bagi tujuan persundalan.

Musa Abu Seman, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Harmi Thamri Mohamad.

Dia didakwa bertindak sebagai orang tengah dengan memperkenalkan mangsa yang ketika itu berusia 16 tahun kepada seorang lelaki untuk tujuan persundalan di sebuah rumah tidak bernombor di Pendang, sekitar Mac hingga April 2020.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa sekali lagi bertindak sebagai orang tengah dengan memperkenalkan mangsa kepada seorang lelaki untuk tujuan persundalan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sukamari, juga di Pendang pada Mei 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 373(1)(f) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun serta sebatan dan denda. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nurul Suhaila Baharin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Siti Nurul memohon mahkamah tidak membenarkan ikat jamin berikutan kes terbabit menarik perhatian awam dan kesalahan serius. Hakim kemudian memutuskan tertuduh tidak boleh diikat jamin dan menetapkan 15 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2022 10:18 PM | Show all posts
x nmpak mangsa pun....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.472098 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list