CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1159|Reply: 1

AS rekodkan lebih sejuta kematian akibat Covid-19

[Copy link]
Post time 20-2-2022 05:36 PM | Show all posts |Read mode
London: Amerika Syarikat (AS) merekodkan lebih sejuta kematian ketika pandemik Covid-19 melanda negara itu, lapor agensi berita Xinhua memetik The Guardian, baru-baru ini.

Kematian kebanyakannya akibat Covid-19, termasuk lambat mendapat rawatan ekoran sistem kesihatan dibebani jumlah pesakit terlampau ramai, menurut laporan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS

Sekurang-kurangnya 923,000 rakyat Amerika disahkan meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19, manakala kematian melebihi jangkaan termasuk disebabkan penyakit jantung, hipertensi dan Alzheimer.

The Guardian menjelaskan, korban yang lebih ramai juga dikenali sebagai kematian lebih "awal," daripada jangkaan, berlaku dalam kalangan individu berumur 65 tahun ke atas, sedangkan mengikut anggaran, rakyat Amerika mempunyai beberapa tahun lagi menjalani kehidupan.

Pertambahan kematian dikira berdasarkan rekod kematian tahun-tahun sebelumnya.

Pada 2019, sebanyak 2.8 juta kematian direkodkan di AS, manakala pada 2020, angka korban mencecah 3.3 juta.

Menurut laporan itu lagi, ramai rakyat Amerika menangguhkan untuk mendapat rawatan ketika penularan wabak itu, dan kualiti penjagaan kesihatan bertambah buruk akibat bebanan sistem kesihatan negara akibat Covid-1
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2023 03:40 PM | Show all posts
mungkin lebih banyak angka yg sbenar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.047469 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list