CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 355|Reply: 0

[Sabah] Julung kalinya pertandingan TikTok Budaya Rumpun Bajau Sama diadakan

[Copy link]
Post time 18-2-2022 11:51 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Persatuan Setiakawan Sabah (SETIAKAWAN) serta Majlis Belia Sabah (MBS) dengan kerjasama Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah (PRBSS) akan mengadakan Pertandingan TikTok Budaya Rumpun Bajau Sama Sabah.

Pengarah Program Azrul Ibrahim berkata, pertandingan diadakan sempena perasmian Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Sabah.

"Ini buat julung kalinya diadakan bertujuan untuk memelihara dan memartabat budaya rumpun Bajau Sama agar terus berkembang sejajar dengan perkembangan globalisasi digital.

"Selain itu, usaha ini juga memberi peluang kepada warga Sabah untuk mencungkil bakat dan mengetengahkan kreativiti mereka dalam penghasilan video ringkas berkenaan kebudayaan rumpun Bajau Sama Sabah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, hadiah menarik menanti para pemenang dengan johan akan menerima RM1,000, naib johan sebanyak RM700, manakala tempat ketiga akan mendapat RM500. Hadiah sagu hati sebanyak RM200 turut disediakan.

Katanya, antara syarat adalah video yang dihasilkan mestilah bertemakan budaya Rumpun Bajau Sama Sabah. Sebagai contoh, bidang tarian, nyanyian, pakaian, makanan atau sejarah nama tempat dan sebagainya.

"Karya mestilah karya asli, tidak  diciplak atau menggunakan karya orang lain. Durasi video 1 minit. Terbuka kepada semua warga Sabah.

"Tidak menimbulkan unsur-unsur negatif dalam menghasilkan karya. Kongsikan hasil video di akaun Tik Tok peserta disertakan #RumpunBajauSama.

"Mengisi dan melengkapkan borang penyertaan (Google Form). Masukkan hasil video anda dalam google drive folder dan kongsikan link google drive dalam borang penyertaan yang disediakan bagi proses penilaian juri sebelum atau pada 20 Feburari 2022," katanya.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus Izan (0168493209) dan Iskandar (0128523411).


utusanborneo.com.my/2022/02/18

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.105110 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list