CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1260|Reply: 5

Artis Gred A Naik Tocang, Susah Bertolak Ansur, Letak Harga Tidak Masuk Akal

[Copy link]
Post time 18-2-2022 11:29 AM | Show all posts |Read mode
Sikap artis gred A naik tocang, sukar bertolak ansur, malah meletakkan harga tidak masuk akal menyebabkan golongan penerbit semakin tersepit.


Dalam situasi industri kreatif baru pulih selepas hampir dua tahun lumpuh, ada sesetengah artis gred A bagaikan 'lupa diri' apabila beroleh banyak projek kerja.


Ada sesetengah pelakon bersikap 'demand' keterlaluan, minta bayaran belasan ribu, malah apabila tidak suka dengan harga ditawarkan, pelakon terbabit terus letak telefon tanpa boleh berbincang lagi.


Foto: Kosmo






Tidak tahan sikap keterlaluan pemain industri, pengarah dan penerbit terkenal, Rashid Sibir bersuara dalam laman Facebook, baru-baru ini.


Bagi pengarah drama Tanah Kubur itu berkata, dia bukan sengaja mahu menimbulkan polemik, sebaliknya perlu bersuara agar sikap artis yang mementingkan diri tidak terus berleluasa.


"Industri kreatif baru sahaja bernafas selepas dua tahun terjejas, jadi tidak bolehkah bersikap bertolak ansur dengan memikirkan nasib produser, pelakon dan kru lain.


"Bayangkan, penerbit masih menerima bayaran sama daripada stesen televisyen (TV) sejak 20 tahun lalu.


"Rata-rata stesen TV membayar RM100,000 kepada produser untuk sebuah telefilem. Bayangkan, jika dua pelakon utama minta bayaran RM15,000 untuk kerja selama tujuh hari, jadi apa yang tinggal kepada produser?," katanya kepada BH Online.


Rashid berkata, dia tidak akan mempertikaikan artis letak harga jika penerbit dibayar RM200,000 hingga RM300,000 untuk satu telefilem.


"enerbit tiada masalah untuk membayar artis mengikut harga diminta, namun dalam keadaan sekarang bukanlah masa yang sesuai kerana semua orang sedang berjuang untuk hidup.


"Bagi saya, tidak adil bersikap mementingkan diri sendiri kerana kita bekerja umpama satu keluarga. Mereka bukan tidak tahu keadaan industri kreatif yang nyawa-nyawa ikan. Jadi, jangan sesuka hati letak harga tinggi.


"Lagipun, mereka bukan pelakon yang menang banyak anugerah. Apa salahnya fikirkan nasib pelakon dan kru produksi yang bekerja lebih teruk.


"Lebih menyedihkan, pengarah menerima upah lebih rendah berbanding pelakon," kata Rashid.




  



Rashid berkata, sesetengah pelakon berani meletakkan harga tinggi kerana beranggapan menjadi 'anak emas' kepada stesen TV.


Pada waktu sama, katanya, kesanggupan sesetengah penerbit memberikan bayaran lumayan kepada pelakon menjadi faktor mereka lupa diri.


"Saya tidak menafikan, sikap sesetengah penerbit tidak bersatu menyebabkan isu artis letak bayaran tinggi masih belum berjaya diselesaikan sehingga hari ini.


"Dalam dunia penerbitan, terdapat dua jenis penerbit. Pertama, ikhlas mencari makan, manakala satu lagi jenis penerbit yang memang banyak duit.


"enerbit banyak duit tidak memikirkan soal keuntungan kerana sudah kaya-raya. Mereka hanya ingin melihat nama terpampang di kaca TV sebagai penerbit.


"Sebab itulah, mereka mampu membayar pelakon pada harga tinggi agar stesen TV membeli naskhah. Dalam masa sama, ia dapat menjamin terus bekerjasama dengan adanya hubungan baik," katanya.


Jadi, katanya, apabila ada produser yang sanggup berhabis untuk pelakon, itu menyebabkan pelakon 'naik tocang' letak harga tinggi kerana menyangkakan semua produser berduit.


"Ada sesetengah produser tidak sanggup bayar harga tinggi, jadi pelakon menolak tawaran bulat-bulat tanpa memberi peluang kepada penerbit berbincang. Penghujungnya, penerbit hanya mampu makan dedak," kata Rashid.


Berisiko gulung tikar, Rashid menggesa Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) bertindak bagi membela nasib golongan penerbit.


Selain itu, katanya, penerbit harus bersatu hati untuk memperjuangkan nasib mereka.


Bagaimanapun, katanya, stesen TV seharusnya ada budi bicara untuk menaikkan harga.


"Mungkin disebabkan sikap penerbit yang terus berdiam diri menyebabkan stesen TV tidak mempedulikan situasi dihadapi penerbit.


"RTM ada menaikkan harga sebanyak RM125,000 untuk satu karya tetapi, jumlah ini masih belum mencukupi. Dalam keadaan kenaikan sekarang, seharusnya bayaran diberikan membabitkan RM200,000 untuk satu karya agar dapat menerbitkan telefilem berkualiti.


"Untuk drama episod, stesen TV membayar sebanyak RM45,000 satu episod, sedangkan kos menerbitkan satu episod mencecah RM40,000," katanya.


Rashid berkata, jumlah keseluruhan dibayar untuk menerbitkan drama 13 episod mencecah lebih RM500,000, dengan kos bayaran pelakon utama sahaja sudah mencecah RM100,000.


"Jadi, bayangkan apa yang tinggal untuk produser? Saya tidak salahkan stesen TV memilih pelakon gred A kerana mereka ingin menjual produk, tetapi perlulah mengambil kira nasib penerbit.


"Kita bukan mahu untung puluhan ribu, namun biarlah berbaloi kerana kami juga menjalankan perniagaan.


"Stesen TV mengeluarkan modal RM100,000 membayar penerbit untuk satu telefilem, tetapi meraih keuntungan jutaan ringgit menerusi iklan.


"Saya berharap stesen TV dapat mempertimbangkan kenaikan harga kerana harga sama digunakan sejak 2001 lagi," katanya.


Beliau berkata, dia bukanlah mahu berbalah, cuma berharap perkara ini dapat diselesaikan dalam keadaan aman.


"Kalau boleh saya mahu semua orang dapat menikmati 'kek' yang sama. Bukan pelakon sahaja yang patut menikmatinya, tetapi kasihan juga pada kru yang menjadi tulang belakang produksi dan bekerja kuat, tetapi bayaran yang diterima tidak setimpal," katanya. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2022 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang pun, dah ler perasan gred A, letak harga mahal. Tapi wajah masing2 kepam dan kian kusam berbanding mula2 masa rate rega murah dulu. Penonton pun lari nak tengok sampai kalih ke channel animal planet.

Lepastu pengarah ke producer pun jangan ingat chuols tak salah yach, chuols tu dah la sangkak tapi nak jugak jadi producer eh kossser dah la tumbuh macam cendawan. (Bukan RS la)

Iols tak kisah nak ambik pelakon ke ambil instafamous berlakon sekali pun, janji herlokkkkk dikkkk... Herlokk tu penting untuk tarik penonton, percayalah acik2 kertu pencen kerja basuh pinggan pakai sabun joy guna sabut kelapa tu mana tau pun kayu jati ke kayu balak lakonan pelakon2 tu, janji herlok... Yang tengok lakonan pun kalau nampak pelakon nan herlok terus di maafin, tup tup menang anugerah terus tau.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 11:40 AM | Show all posts
That's why kena hired resident artis mcm David Te'o buat Tu..ada ramai talent yg perlukan ruang dan platform..
TV station pun X perlu nak masuk campur ambik artis itu ini kalau bajet yg diberi kat producer mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 02:20 PM | Show all posts
orang stesen tv sebenarnya yg paling berkuasa dan makan untung... kalau 20 tahun dulu harga tak berubah sampai sekarang, dorang la yg "makan" banyak... patutla hadiah AJL takat gitu jahh... prestij kemain tapi 50k jah??  
contoh lain astro masukkan iqbal dlm big stage... pastu apa guna juri2 buat audition noks? boleh tak iols speku iqbal bayar orang dalam stesen tv utk marketing heols? entah berapa ramai lagi la kaki kipas orang dlm stesen tv yach

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Nsb baik iol dah kertu so dh x berapa lyan produk hiburan tempatan.. klu ada yg best tgk klu xde lantak p lah… tgk netflix dah memadai bg iolsss
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias: Memang pun, dah ler perasan gr ...



betul beb…kat pilipina dah guna teknik ni…dak2 muda yg helok2 tu disuruh berlakon wlpn kayu tp badan sixpack, yg pompuan nenen sembol, sure ramai yg nk tonton hahaha takperlu la cari pelakon kertu konon gred A bayar mahal2…muakkk orgg
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.038241 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list