CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 604|Reply: 0

Rezeki Pengacaraan Dah Tak Rancak, Tapi Faizal Ismail Lebih Tenang Tanpa Terkejar-kejar

[Copy link]
Post time 18-2-2022 11:22 AM | Show all posts |Read mode
Sumber Harian Metro


Pengacara, Faizal Ismail, 46, menjalani kehidupan tenang selepas mendekatkan diri ke jalan Allah SWT. Bekas penyampai stesen radio HotFm itu melalui transisi perubahan sebaik pulang dari United Kingdom pada 2019.


Mengakui pernah lalai suatu ketika dulu, Faizal bagaimanapun lega melihat anak-anaknya juga semakin dekat dengan ilmu akhirat sehingga mampu menghafal al-Quran.


Walaupun sibuk bekerja dan mengajar anak-anak ilmu dunia, Faizal tidak mahu melupakan bekalan akhirat untuk keluarganya.


"Doakan saya terus istiqamah dan menjadi ketua keluarga yang baik selain tetap dikekalkan niat dekat dengan Allah SWT," katanya kepada Harian Metro.




  



Bakal mengusahakan pusat pengajian agama sendiri, Faizal tidak menyangka permintaan mentua untuk membangunkan dan menguruskan pusat pengajian agama khusus untuk warga emas dipermudahkan.


Kata Faizal, proses pembinaan bangunan asrama dan dewan belajar bertempat di Kuala Selangor itu bagaimanapun dijangka siap tiga tahun lagi. Dia sangat menghargai keikhlasan pemilik tanah yang memberikan kepercayaan dengan mewakafkan lokasi berkenaan.


"Atas permintaan mentua, saya dan isteri mencari tempat mengaji untuk warga emas di Lembah Klang. Rupanya, tidak banyak pusat pengajian seperti itu di sini berbanding di sebelah utara.


"Kami mula mencari lokasi mengikut kriteria mentua. Walaupun lambat tetapi Allah memudahkan urusan kami dan dipertemukan dengan seorang ustaz yang menawarkan tanah untuk saya bina pondok sebaik saya nyatakan tujuan," kata Faizal.





  



Tambahnya lagi, pondok berkenaan dibina berkonsepkan bangunan moden untuk penghuni berusia 50 tahun ke atas yang ingin menginap sambil belajar agama dan mengaji di situ.


Sebahagian besar pembiayaan pusat terbabit adalah daripada wang simpanan Faizal sekali gus sebagai saham akhirat untuk dikongsikan bersama individu lain.


Masih menerima tawaran sebagai pengacara, Faizal bagaimanapun menolak baik pelawaan menjadi hos rancangan televisyen berunsurkan hiburan. Walaupun rezeki dalam bidang pengacaraan tidak lagi semeriah dulu namun dia bersyukur kerana hidupnya lebih tenang tanpa perlu terkejar-kejar.





  




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.037134 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list