Selepas penyanyi Siti Nordiana, nampaknya netizen kini mahu menjodohkan Shuib Sepahtu dengan pelakon Wan Sharmila Wan Muhamed, 41 pula.
Sebelum ini video satu-satunya anak perempuan Shuib, Dzahira Talita Zahra, 9 atau Dekta dipeluk seorang wanita menjadi bualan netizen.
Nama pelakon Wan Sharmila disebut-sebut sebagai perempuan dalam video itu.
Kredit foto - mStar
Terbaru, menerusi perkongsian video di akaun Instagram Siti Sarah Raissuddin, Dekta dilihat bertemu dengan Wan Sharmila di sebuah pusat membeli belah.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen dilihat teruja dan merestui sekiranya Wan Sharmila bertemu jodoh dengan Shuib.
Kredit foto - Instagram Siti Sarah
Shuib ada memberitahu dia kini sedang berkawan dengan seorang wanita namun dia mengakui hubungan mereka masih belum serius.
Malah, ibunya juga seolah-olah sudah memberi restu jika Shuib mahu berumah tangga kembali.
Shuib mendirikan rumah tangga dengan arwah Siti Sarah pada 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia enam bulan.
Manakala Sharmila pernah mendirikan rumah tangga dengan penerbit drama TV, Fazli Bahrom pada tahun 2007 namun perkahwinan mereka tidak kekal lama dan bercerai pada 23 Oktober 2009. Perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Sehingga kini, netizen masih berteka-teki siapakah yang bertuah menjadi pemilik hati bapa kepada empat orang cahaya mata itu. - CARI
|