CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 934|Reply: 0

Pretty Ugly Rakam Semula 'Jangan Kau Mimpi' Sebagai Tribute Buat Siti Sarah

[Copy link]
Post time 17-2-2022 02:23 PM | Show all posts |Read mode
Menjangkau angka 21 tahun pembabitan di persada seni tanah air, kumpulan 'psychedelic rock' iaitu Pretty Ugly kini hadir dengan sebuah album istimewa buat peminat mereka.


Penyanyi merangkap pemain gitar rythm, Neves berkata, album terbaharu berjudul Pretty Ugly 21 ini mengandungi 11 buah lagu.




Kredit foto: Harian Metro




"Ia adalah album kelima Pretty Ugly yang diterbitkan selepas album 'Abstrak Versi Fantasi' 2001, 'Transformasi Ke Stereo' 2003, 'Rockaholic' 2006 & 'Darabkan Sejuta' 2011.


"Berlainan dengan album-album terdahulu, album Pretty Ugly 21 adalah rakaman semula lagu-lagu yang dimainkan di radio dan juga di televisyen.


"Boleh dikatakan semua lagu yang terkandung di dalamnya pernah menjadi hit, antaranya CD Bagasi Honey, Francis Ford Coppola, Nanti. En Ronald Moore dan Superstar.


"Kami juga memuatkan lagu Jangan Kau Mimpi dan Dirimu Tetap Ku Cinta Walaupun COVID Melanda di dalam album Pretty Ugly 21 ini.




Kredit foto: IG Sarah




"Jangan Kau Mimpi hasil ciptaan saya sepenuhnya, dirakam semula sebagai 'tribute' buat Allahyarham Siti Sarah Raisuddin yang meninggal dunia pada Ogos tahun lalu, akibat Covid-19.


"Lagu ini diterbitkan oleh saya yang pernah dimuatkan dalam album Sarah berjudul Mimpi Pun Sama," katanya.


Sementara itu, lagu Dirimu Tetap Ku Cinta Walaupun Covid Melanda pula adalah sebuah karya baharu mengisahkan mengenai bagaimana sepasang kekasih menempuh dugaan hidup di kala pandemik Covid-19 berlaku.




Kredit foto: Harian Metro




"Album ini diberi nama Pretty Ugly 21 bukan saja untuk meraikan 21 tahun Pretty Ugly berada di persada muzik 'arus perdana' Malaysia, tapi juga kerana album ini dihasilkan pada tahun 2021.


"Buat masa ini, album Pretty Ugly 21 hanya dipasarkan secara digital sejak 31 Januari lalu. Namun pada masa akan datang, kami juga merancang untuk memasarkannya dalam bentuk fizikal pula," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40091 Replies : 321
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 14874 Replies : 12
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 39953 Replies : 9
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 76441 Replies : 508
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 26548 Replies : 13
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 44124 Replies : 86
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 359805 Replies : 3537
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55185 Replies : 1069
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 5021 Replies : 59
Puteri Balqis tertekan hingga rambut beruban
tatodPuteri Balqis tertekan hingga rambut ber
Views : 5813 Replies : 43

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.150600 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list