CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2543|Reply: 20

Tumor Semakin Besar, Aaron Aziz Tangguh Bedah Kerana Kerja

[Copy link]
Post time 17-2-2022 01:44 PM | Show all posts |Read mode



Antara lakonan Datuk Aaron Aziz yang tersemat rapi di hati penggemar filem tanah air pastinya karakter sebagai Malek dalam cerita KL Gangster arahan Syamsul Yusof.


Babak pergaduhan serta auranya sebagai gengster yang dipaparkan dalam filem berkenaan cukup meyakinkan hingga peminat tetap memanggilnya dengan nama itu sampai ke hari ini.


Bagaimanapun, disebalik ketangkasannya terselit kesakitan yang dia tanggung. Pelakon kelahiran Singapura itu mendedahkan dia mengalami masalah ketumbuhan di bahagian leher.




  



Menerusi Instagram, Aaron memuat naik video memaparkan dirinya sedang menjalani pemeriksaan menggunakan kaedah pengimejan resonans magnetik (MRI) bagi menilai tahap kesihatannya.


"90 minit berada dalam benda ni. Doktor maklumkan saya memerlukan pembedahan dan berehat selama dua bulan. Tapi tak boleh sebab banyak projek yang sedang berjalan sekarang ini.


"Kamu tengok saya senyum sana ketawa sini tapi kamu tidak melihat hati saya menangis kesakitan. Doktor maklumkan tumor semakin besar," katanya.




  



Aaron turut berkata, dia bergantung pada ubat tahan sakit bagi mengurangkan kesakitan ketika waktu bekerja.


"Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa," katanya.


Aaron turut meletakkan tanda pagar #cervicalspondylosis dan #schwannoma merujuk kepada masalah kesihatan yang dialaminya.






  



Menurut flexphysiotherapy.my, 'Cervical Spondylosis' kebanyakkan terjadi kepada orang yang berumur atau orang yang bekerja kuat seperti mengangkat simen di atas bahu atau yang menghadap komputer lebih dari 12 jam.


Ceria Sihat pula menjelaskan 'Schwannoma' adalah sejenis tumor yang terbentuk di sarung saraf (nerve sheath). Ia menyebabkan kerosakan saraf dan kehilangan kawalan otot. Kesakitan akan dirasai apabila saraf di bahagian itu terjejas.




Sumber Health Jade



Semoga semuanya baik-baik buat Aaron. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2022 03:40 PM | Show all posts
oooo patutlah leher dia besor... rupanya ada tumorr..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 03:57 PM | Show all posts
"Kamu tengok saya senyum sana ketawa sini tapi kamu tidak melihat hati saya menangis kesakitan. Doktor maklumkan tumor semakin besar," katanya.

Dah tu salah peminat dengan netizen jugak ke paksa dia bekerja keras di bumi Malaysia ini?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
2 bulan rehat kejap je. Yang sepatutnya sekejap je rehat nanti jadi berbulan2 sebab degil.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 04:20 PM | Show all posts
semoga cepat sembuh.
klu pikir kerja sampai mati pon tak hbes kerja. baiklah gi berehat. klu dah sakit bkn peminat nak bg mkn pon.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 05:23 PM | Show all posts
salah bantal pun kemain lagi sakit leher, ini kan pula bila ada tumor. tak dapat nak bayang. Get well soon
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2022 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
laksmanabentan replied at 17-2-2022 03:40 PM
oooo patutlah leher dia besor... rupanya ada tumorr..

baru nk komen mcm ni. hahhaahhaa. nampak bagakk je.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat sembuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2022 05:39 PM | Show all posts
Health is wealth. Kejar harta sampai sakit.



Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Baiklah buat rawatan dulu. Kalau tangguh2 satgi makin melarat kan susah. Terus tak boleh kerja
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 06:28 PM | Show all posts
pernah seseorang cakap, ko mati harini, harini jugak HR akan cari pengganti lain...  beribu2 tengah tunggu spot ko...  yang akan merana, keluarga ko...  dont be stupid...

so aaron, aku bagi ayat ni kat ko jugak...   berlambak2 BBNU, PBNU, MBNU, etc yang terhegeh2 nak jadi pelakon yang akan ganti tempat ko anytime je...  pi la berubat...  2 bulan tu kejap je berbanding ko hilang terus kat mukabumi Allah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 06:49 PM | Show all posts
Alahai Aaron. Kesian plak. Mohon ketepika projek2 tu. Jgn la pikir sangat. Gi rehat betul2.
Sehatkan badan tu. Lama lagi nak pakai. Rezki di mana2 inshaAllah. Ingat nak baik je lah.

Padanla awat tegang dan keras je bila heols bediri. Rupernya leher bertumor. Sakit la weh.  

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 08:44 PM | Show all posts
masa keje bgantung dekat painkiller je ke?
2 bulan je kot... bukan 2 tahun...
pakai jela insurans heols tu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 08:46 PM | Show all posts
pergi je la buat rawatan dulu...

duit cari kemudian...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Sakit2 jgk vape tetap onz..pffttt
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 17-2-2022 10:46 PM
pergi je la buat rawatan dulu...

duit cari kemudian...

Setelah dia 'mengemis makan tepi tong sampah' Dan tepek conversation psl Anu kucing..kaka percaya benda ni mild je n lebih pada propa Aron ajis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2022 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 17-2-2022 05:57 PM
"Kamu tengok saya senyum sana ketawa sini tapi kamu tidak melihat hati saya menangis kesakitan. Dokt ...

Kaka speku br amik 1st MRI scan utk tgk symptom..belom confirm baru suspected and doctor bg ubat painkiller utk monitor dlm dua bln ni in case tumor tu kecut so xperlu operate

Tp dia kan kuat drama
So twist la konon bkorban demi kerjaya demi family so tahan sakit

Believe me utk orka mcm dia..

If it is that severe and too painful xdenye sempat nk post bagai..confirm straight away operate..tok sah caya sgtlaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 03:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru replied at 17-2-2022 09:26 PM
Kaka speku br amik 1st MRI scan utk tgk symptom..belom confirm baru suspected and doctor bg ubat p ...

Entah kenapa i lg percaya telahan kakanorm ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 04:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Syafakallah abg aaron..org tu kje cri duit sb pkir kalau die opeate meninggal kurg2 ank2 bini de duit nk truskan hidup..dia byk tanggungan kita mn tau ssh die.pkp lme gler brp byk saving abis..ni je ms peluang cri rezeki..semoga baik2 je abg aaron
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 08:28 AM | Show all posts
tangguh rawatan sbb nak cari duit. habis tu kalau dah melarat, sampai tak boleh bekerja, mcmana nak cari duit??
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.063672 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list