CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1869|Reply: 26

8 Bulan Majikan Tak Bayar Gaji, Suruh Pekerja Berhentikan Anak Sekolah

[Copy link]
Post time 17-2-2022 10:28 AM | Show all posts |Read mode
Ipoh: Seorang wanita menitiskan air mata kesedihan apabila majikan yang tidak membayar gajinya sebagai pekerja di sebuah kilang kosmetik di Jelapang di sini memintanya memberhentikan anak-anaknya daripada bersekolah.


Wanita itu, M. Krishnaveni, 57, yang sudah bekerja selama 17 tahun di kilang itu berkata, dia kecewa terhadap respons majikannya itu ketika dia menuntut gajinya.


Menurutnya, dia dan beberapa pekerja lain di kilang itu sudah lapan bulan tidak menerima gaji.


M. Krishnaveni, Foto: Utusan




“Sudah lapan bulan berturut-turut syarikat tidak membayar gaji saya. Saya ada dua anak yang perlu ditanggung dan masih belajar.


“Apabila saya meminta gaji yang sudah lama tertunggak dan bercerita tentang tanggungan saya, mereka mencadangkan supaya anak saya berhenti belajar dan bekerja,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.


Menurutnya, dia tidak akan membiarkan anak-anaknya berhenti sekolah kerana mereka sangat berdedikasi dan bijak pelajaran.


“Anak-anak saya bijak, tak mungkin saya hendak menyuruh mereka berhenti belajar kerana mereka akan mengubah nasib keluarga,” katanya.


Krishnaveni berkata, dia juga terpaksa membantu suaminya untuk membayar sewa rumah RM660 sebulan dan melunaskan pinjaman bank.


Katanya, suaminya sering sakit menyebabkan dia perlu membantu suaminya bekerja untuk mereka sekeluarga.


“Sebelum ini syarikat membayar gaji kami secara tidak konsisten dan selalu lambat,” katanya.


Krishnaveni yang bekerja di situ sejak kilang itu dibuka berkata, apabila pekerja bertanya soal gaji, majikan tidak mahu menjawab tetapi apabila soal kerja, banyak tugas yang diberikan.


Katanya, dia tetap bekerja di syarikat itu kerana masih menunggu gajinya yang belum dibayar.


“Selama ini kami masih bertahan kerana ada duit bantuan daripada kerajaan seperti i-Sinar dan i-Lestari tetapi sekarang duit simpanan sudah berkurang,” katanya.


Sementara itu, Ahli Parlimen Ipoh Barat yang juga bekas Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran berkata, pihaknya akan membela nasib enam pekerja kilang tersebut.


“Saya akan membantu mereka secara pro bono dari segi undang-undang untuk menyelesaikan kes ini. Paling mustahak, kes ini perlu dipercepatkan kerana khuatir pemilik kilang lari,” katanya. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2022 10:56 AM | Show all posts
tahniah dan syabas...kilang yg culas nie kena ajar je...

btw nape aunty nie awl2 x report kesatuan buruh? mgkn takut kena berenti kot
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
musangbodoh: tahniah dan syabas...kilang yg ...


slalu aunty mcm ni tak tahu option yg ada..takut byk soalan...takut kena buang tak dpt gaji terus... kesian.sedang yg sedikit terpelajar pun jarang nk menyusahkan diri dgn benda2 remeh..byk sgt redtape...apatah lg aunty mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kilang kosmetik mana tu..produk jenama sendiri ke..jilaker betul. Ponder produk kaya raya.pekerja kilang tak dibayar gaji
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
lamanya acik ni bertahan, maybe kenangkan susah nak dpt kerja lain berdekatan area rumah kot.celaka sgt guna buruh free suruh org brentikan anak dari sek plak tu .
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 11:07 AM | Show all posts
cilaka punya majikan...viral kan kes ni kpd umum, bagi menteri jgn tido lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2022 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Sampai 8bulan. Cmnela aunty ni survive
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 11:52 AM | Show all posts
kesiannya 8 bulan tak gaji tapi kerja tetap jalan mcm biasa.
majikan dari neraka ni.. kalau kerja masih cam biasa, maksudnya bisnes masih on
kenapa tak dpt bayar gaji.. hairan betul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2022 12:01 PM | Show all posts
Harap2 dokumen lantikan auntie ni lengkap semuanya baru mudah jalan nak buat tuntutan mahkamah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Syabas semoga aunty mendapat justice. Tak guna punya kilang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
dedah kan je kilang jilake yg naye pekeje smpi mcm ni sekali. kau igt org beli beras bayar pakai batu ke? lame tu 8bln. salute acik ni bole tahan kemaen lame mcm tu. mcmane la die survive.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 12:30 PM | Show all posts
Lebih baik karajaan kasayangan adik2 memaksa orang mengambil vaksin daripada menghukom majikan lahanat
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 01:56 PM | Show all posts
Semoga majikannya diberikan perintah mahkamah untuk membayar ganti rugi dan pampasan kepada aunty ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 02:08 PM | Show all posts
Sesetengah majikan suka bersikap macam tu sebab mereka ingat pekerja mereka tak tahu pasal undang2.  Tak berani nak ambil apa2 tindakan pada mereka.  
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kang Msia dituduh..'membenarkan buruh paksa'...bkn dh 'kena' ke aritu???
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Majikan mana tu? Sesuka suruh anak orang benti sekolah

Report kat labour dept pastu tuntut semua gaji & pampasan. Gila 8 bulan tak bayar gaji. Aniaya betul.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2022 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Giler 8bln tak byr gaji...tabah betol aunty n pekerja2 lain...bgtau je laa nama kilang n tokey skali senang netizen nak buat keje...huh
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 04:27 PM | Show all posts
kurang hajar btl.. haram hasil kalau culas bayar gaji pekerja
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini ker majikan dok demand takleh bg gj minimum..yg dok pongpang nak bawak msk pekerja asing tu?bila local keje..peluh free ja dekat sethn?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
lamanya aci ni tahan, 8bulan ko takde gaji, kita ni sehari lewat pun bising mcm apa
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.056535 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list