View: 1293|Reply: 19
|
Lelaki Obses Emas Sanggup Pakai Barang Kemas 2KG, Sadur Di Motosikal Dan Kereta
[Copy link]
|
|
Sumber Oddity Central
Di Vietnam, tular seorang lelaki berusia 39 tahun kerana obsesinya terhadap emas. Dia memakai barang kemas seperti cincin dan rantai leher dengan jumlah berat hampir dua kilogram dan memandu kereta atau menunggang motosikal yang turut disaluti emas.
Tran Duc Loi , usahawan yang berasal dari wilayah An Giang mendapat perhatian ramai di negara asalnya kerana kegilaannya terhadap logam berharga paling popular di dunia.
Sepanjang tiga tahun lalu, Tran yang menampung kehidupannya dengan menjual biawak Amerika Selatan dijadikan sebagai haiwan peliharaan mewah, mula mengumpul emas kerana mempercayai ia adalah cara meningkatkan keberuntungan dan kemakmurannya.
Memetik laporan Odity Central, Tran yakin emas mampu menarik 'luck' dalam perniagaan, Tran akan memastikan dirinya keluar rumah dengan memakai barang kemas sebanyak yang mungkin.
Sumber Oddity Central
"Mulanya, saya hanya memakai beberapa utas barang kemas. Perlahan-lahan saya menambah sedikit demi sedikit. Awalnya memang rasa berat tetapi kini saya sudah terbiasa.
"Bagaimanapun, saya cuba mencari keseimbangan. Emas kecil mudah pecah manakala aksesori yang tebal pula terlalu berat sekiranya dipakai dalam tempoh yang lama," katanya.
Selain perhiasan mewah yang dipakainya, Tran juga memiliki kereta jenama Lexus dan motorsikal yang disadur emas. Tran mendakwa, lapisan luaran kedua-dua kenderaan itu diperbuat daripada emas.
Sumber Oddity Central
Bagaimanapun, perkara itu sukar dipercayai kerana bukan mudah meninggalkan kenderaan tersebut tanpa pengawasan. Proses penyaduran emas juga menelan belanja mencecah ratusan juta dong Vietnam.
Tran mendedahkan, dia memakai rantai leher dengan loket berbentuk naga dengan berat 250gram, 10 bentuk cincin emas bersaiz besar, gelang tebal serta jam tangan disaluti emas.
"Berdasarkan feng-shui, takdir saya adalah diktafsirkan sebagai emas. Oleh itu, ia sesuai dengan warna emas yang saya pakai," katanya.
Sumber Oddity Central
|
|
|
|
|
|
|
|
Harap bukan sembang kencang kencing la mcm usahawan kat malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak takut ke. Kat Malaysia jangan |
|
|
|
|
|
|
|
mula2 ok
lama2 sakit
perempuan pakai emas ok ler
lelaki pakai emas. badan tak ngam. |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah jika itu yang membuatkan dia gembira. |
|
|
|
|
|
|
|
sukajan tiger tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Adrif replied at 16-2-2022 07:41 PM
mula2 ok
lama2 sakit
Menarik penyakit ke apa |
|
|
|
|
|
|
|
Kereta tu betolke saduran emas? Macam buruk betol Kaler emas dia
Makna kata dia ni jutawan emas lah ya
Tapi rupa dia macam buruh bina rumahlah
Orang kaya baru ek |
|
|
|
|
|
|
|
tudia.. tauke bewok mendunia |
|
|
|
|
|
|
|
Dgn bertatoo tu jd x berseri emas nya..sekali tumbuk org mau berdarah kena cincin heols..iols pakai cincin tebal nk tulis sakit jari nk pegang pen. |
|
|
|
|
|
|
|
Kaya betul jual biawak ye. Dia jual kat Vietnam ke export ke luar? |
|
|
|
|
|
|
|
dari segi Islam, memang lelaki takleh pakai emas. unless untuk tujuan tertentu, seperti kemudaratan, kesihatan, atau darurat.mesti ada hikmahnya kan Allah tak benarkan lelaki dengan emas.
sama ada penyakit hati, seperti riak dan takbur,
atau penyakit fizikal.
sampai sekarang banyak perbezaan pendapat tentang kesan emas pada lelaki ni.
ada yang kata takda masalah, takda side effect.
ada yang kata kulit kita mudah absorb emas tu, terutama yang tak tulen,
perempuan boleh keluarkan darah kotor semula jadi. so poisoning effect tu kurang la risikonya.
lelaki tak cuci darah tiap bulan macam perempuan. kalau badan absorb terlalu banyak emas, katanya, nanti protein bergumpal la, effect otak, seperti penyakit Alzheimer, etc. ada yang kata nanti effect sperma, atau kesuburan. boleh mandul.
kajian demi kajian, tapi hujung-hujungnya, takde conclusion kesan sebenarnya. takde kata sepakat, sorang kata yes, sorang kata no.
wallahualam bissowab.
buat masa ni, Allah je yang tahu.
satu hari nanti, sains dah maju, mungkin kita sempat tahu.
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Emas pulut dakap tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
kehidupan lepasnya dulu mungkin org kelantan atau P.P.. |
|
|
|
|
|
|
|
Adrif replied at 16-2-2022 09:31 PM
dari segi Islam, memang lelaki takleh pakai emas. unless untuk tujuan tertentu, seperti kemudarata ...
Oh cmtu..thanks chuols share ilmu.. |
|
|
|
|
|
|
|
hahah muka btl btl vietnam kat malaysia ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|