CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 534|Reply: 1

[Kedah] Lepat bunga chica sumber rezeki pada musim panas

[Copy link]
Post time 16-2-2022 05:13 PM | Show all posts |Read mode
Padang Terap: Setiap kali cuaca panas melanda, suri rumah atau peniaga kuih di sekitar daerah ini menjadikan bunga chica sebagai sumber pendapatan untuk menghasilkan lepat bunga chica.

Bunga chica atau nama saintifiknya stereospermum fimbriatum hanya boleh diperoleh pada bulan Disember hingga Mac setiap tahun.

Pokok chica yang hanya tumbuh di kawasan hutan dan belukar lebih banyak berbunga ketika musim panas dan bunganya luruh apabila ditiup angin dan mudah diperoleh di daerah ini.

Suri rumah, Norma Abdul Manaf, 44, bersama adik iparnya, Raihan Safirah Saad, 32, menjadikan lepat bunga chica sebagai sumber pendapatan setiap kali musim kemarau melanda.


NORMA Abdul Manaf (kiri) Dan adik iparnya, Raihan Safirah Saad menunjukkan bunga Chica yang dikutip di kawasan belukar di Kampung Pisang untuk dibuat lepat. FOTO Zuliaty Zulkiffli

Menurutnya, mereka mencari bunga chica di kawasan hutan sejauh antara satu hingga 1.5 kilometer dari rumah di Kampung Pisang, di sini.

"Nak cari bunga chica ni memang mencabar kerana apabila masuk ke hutan, perlu tahu selok belok kawasan itu berikutan bimbang ada ular atau binatang berbisa.

"Zaman sekarang susah nak cari bunga chica dan biasanya kami keluar mencari antara sejam atau dua jam kerana ramai suri rumah dan peniaga kuih turut mencarinya.

"Lepat bunga chica dijual pada harga antara 40 sen hingga 50 sebiji," katanya ketika ditemui, hari ini.

Norma berkata, walaupun tidak bekerja, sekurang-kurangnya dia dapat menjana pendapatan membantu suaminya menyara keluarga dengan menjual lepat bunga chica mengikut tempahan.

Warga emas, Bashah Abdullah, 62, berkata lepat bunga chica lebih sedap apabila terus dimasak sebaik dikutip pada hari sama sehingga aromanya menarik minat sesiapa saja.

Menurutnya, bunga chica boleh dikeringkan selama dua hari di bawah panas terik sebelum dikisar menjadi serbuk yang boleh disimpan sehingga setahun.

Katanya, bagi menghasilkan lepat, bunga chica siap dikisar dicampur dengan santan, tepung pulut, garam serta gula sebelum dibungkus dengan daun pisang dan dikukus sehingga 15 minit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2022 08:45 PM | Show all posts
eh bkn bunga tepi jln tu ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 8809 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.051928 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list