View: 612|Reply: 7
|
Kerja Senang Je Pimpin OKU Jual Tisu, Warga Asing Dapat Upah RM100 Sehari
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Kerja senang, dengan hanya menjadi tukang pimpin atau penarik mengurus pergerakan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan yang menjual tisu di sekitar ibu kota, warga asing mampu memperoleh untung lumayan sehingga lebih RM2,000 sebulan.
Seorang tukang pimpin dikenali sebagai Maria, 38, yang berasal dari Madura, Jawa Tengah, Indonesia mengakui ada kalanya dia boleh mendapat lebih RM100 sehari, bergantung hasil kutipan penjual tisu yang bekerja.
"Waktu kerja tak tentu dan biasanya bergerak bersama-sama dengan rakan pimpin lain untuk bawa orang buta jual tisu.
"Hasil pendapatan saya boleh kirim RM300 kepada keluarga di kampung dan bayar sewa rumah RM450 sebulan," kata Maria ketika disoal polis selepas ditahan dalam Operasi Op Pintas Bersepadu (Pengemis) di ibu negara baru-baru ini.
 Foto: Harian Metro
Bernama dalam laporan khas hari ini mendedahkan aktiviti mengemis khususnya di Kuala Lumpur dan Shah Alam, Selangor tidak membabitkan kegiatan sindiket sebaliknya dilakukan secara 'sukarela' untuk mendapatkan sumber pendapatan dengan cara mudah.
Maria walaupun cuba berdolak-dalik ketika disoal siasat, mengaku masuk ke negara ini menggunakan permit pembantu rumah pada 2018 sebelum menjadi tukang pimpin kepada OKU penglihatan yang dikenali sebagai Mustaqim sejak 2019.
Lebih mengejutkan, wanita yang berperwatakan lembut dan sentiasa bersolek itu juga mengaku menggunakan ilmu hitam dan pengasih untuk mengahwini Mustaqim yang sehingga kini menjadi sumber pendapatan utama beliau walaupun mereka sudah bercerai.
Maria kini ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa di negara ini.
Menurut sumber polis, Maria akan bertemu Mustaqim atau rakan sekutunya di sebuah restoran di Brickfields untuk mengatur gerak kerja mereka.
"Maria dan Mustaqim biasanya akan duduk di restoran itu sebelum mengaturkan tugas bersama Mustaqim. Berdasarkan risikan, penjual tisu ini akan bertugas mengikut syif bermula 9 pagi, ada waktu rehat dan akan berakhir sebelum tengah malam," katanya yang menambah setiap syif dipercayai membabitkan tujuh OKU penglihatan dan tujuh pengiring.
Selepas selesai tugasan mengemis, kumpulan ini akan kembali ke restoran berkenaan untuk pembahagian sama rata hasil kutipan antara penjual tisu dengan tukang pimpin.
Hasil pemerhatian wartawan Bernama yang turut menjejaki 'modus operandi' Maria, restoran berkenaan mungkin menjadi pilihan kerana kedudukannya yang strategik dan agak terlindung selain berhampiran jalan utama dan pengangkutan awam seperti monorel, sekali gus memudahkan Maria mengatur pergerakan operasi.
Maria juga turut bekerjasama dengan pemandu teksi yang dipercayai warga tempatan untuk membawa penjual tisu dan 'tukang pimpin' ke lokasi mengemis di sekitar ibu kota.
Menurut polis, aktiviti mengemis menggunakan OKU penglihatan ini turut melangkaui sempadan negeri, termasuk hingga Seremban, Negeri Sembilan, semata-mata untuk mendapat hasil yang lumayan.
"Dipercayai kumpulan ini bukan membabitkan sindiket, tiada elemen paksaan kerana kita percaya OKU ini sukarela bekerja sebagai penjual tisu.
"Namun, hasil siasatan dipercayai wanita ini juga ada kemungkinan menggunakan ilmu hitam untuk memujuk OKU bersama beliau.
"Siasatan lanjut masih dijalankan bagi membongkar kegiatan mengemis membabitkan tukang pimpin warga asing ini," katanya.
Sementara itu, Mustaqim, 56, yang turut ditahan dalam operasi mengaku melakukan kerja menjual tisu secara sukarela kerana pendapatan yang lebih lumayan mencecah RM2,000 sebulan.
Bapa kepada empat anak ini yang tinggal di Damansara berkata, setiap pagi dia akan ke Brickfields menemui Maria dan menganggap kerja menjual tisu sebagai punca rezeki utama untuk menampung kehidupan.
Operasi bersepadu selama empat hari bermula 9 Februari itu bertujuan membersihkan Kuala Lumpur daripada aktiviti pengemis yang memberi imej kurang baik kepada negara selain menjadi kebimbangan masyarakat. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Ni la yg diorg nk bawak masuk pekerja2 warga asing kan....duk kecam locals lps tu sanjung warga asing kan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ari tu aku tgk kt pasar tani, penjual tisu ni mcm memaksa penjaja2 ni beli tisu diorg..pls la jgn bagi diorg masuk kalau nmpk...setakat ni aku tgk pasar tani yg aku selalu gi tu dh tak bagi pengemis2 masuk, diorg duk kat luar tepi2 je, bagus acik2 rela yg jaga kt situ. Cuma yg terlwpas ni org2 buta jual tisu ni je la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang masyukkkk... Org tgh makan sibuk mintak sedekah. Org malaysia kan cepat kesiannn. Income hari2 dari org biasa hujung bulan baru dapat gaji |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm..tiber iolllss nak tukar profesion ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tgh syok2 makan ada yg menyemak. Mmg xla nk bg. Semakkkk. Nasib xbg rupanya dpt kat indon gak. Mmg sial la pati ni semua |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi tapiii, dodol kalau makan mmg bersepah, so time dia dtg jual tisu mmg dodol bercukur lah  |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 16-2-2022 04:28 PM
Ari tu aku tgk kt pasar tani, penjual tisu ni mcm memaksa penjaja2 ni beli tisu diorg..pls la jgn ba ...
teringat iols kes org 'bute' jual tisu dr meja ke meja. sekali kantoi laki tu bole drive. |
|
|
|
|
|
|
| |
|