CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 961|Reply: 8

'Demi Allah...' - Jururawat Nafi Cucuk Angin Anak Bongsu KJ

[Copy link]
Post time 16-2-2022 03:45 PM | Show all posts |Read mode
Petugas kesihatan yang bertanggungjawab memberikan vaksin kepada anak bongsu Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin baru-baru ini, tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan memberi cucuk angin yang dilemparkan terhadapnya.


Menerusi video berdurasi 4.03 minit yang dimuat naik di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jururawat berkenaan dengan tegas menafikan tuduhan golongan antivaksin kononnya dia mengeluarkan cecair vaksin yang sepatutnya diberikan kepada anak Khairy.


Tegasnya, vaksin yang sudah berada dalam picagari tidak boleh dikeluarkan melainkan dengan tekanan.








“Demi Allah saya tidak ada keluarkan apa-apa vaksin yang tidak masuk dalam badan budak tu.


“Bila saya pegang dia, saya tidak tunjukkan dia jarum, saya terpaksa distract (alihkan perhatian) dia sebab nanti dia takut, saya suruh dia kira satu hingga 10.


“Bila saya tengok dia tak move (bergerak) saya cepat-cepat jab sambil kira one to ten.


“Saya tidak boleh buang vaksin daripada bekas jarum melainkan saya tekan. Prosedur kita memang kena tarik sedikit jarum untuk pastikan jarum tidak terkena salur darah.. boleh google, you can find it,” jelas beliau.


Katanya lagi, prosedur pemberian vaksin kepada anak bongsu Menteri Kesihatan berkenaan dijalankan sama seperti kana-kanak yang lain.


Oleh kerana kanak-kanak lebih cenderung takut kepada jarum maka tugas pemberi vaksin adalah memastikan kanak-kanak sentiasa dalam keadaan selesa dengan  berinteraksi dengan mereka.


Petugas kesihatan itu menambah, dia mematuhi semua prosedur yang ditetapkan iaitu  mengambil vial vaksin untuk tunjuk jenis vaksin dan dos vaksin  kepada ibu bapa, selain turut menunjukkan cara mengeluarkan vaksin dari picagari.


Untuk kanak-kanak dosnya adalah 0.2 mililiter.


Petugas kesihatan yang kini berdepan dengan fitnah golongan antivaksin mengingatkan mereka agar tidak membuat andaian dan tuduhan yang tidak berasas.


Ini kerana, isu ini boleh mencetuskan trauma dalam kalangan kanak-kanak khususnya, untuk menerima vaksin Covid-19.


“Kalau perkara ini jadi pada kamu apa kamu akan rasa, tidak selesa, geram, saya hanya buat kerja saya.


“Siasat dulu sebelum kamu nak buat andaian, nak kata saya kena menjawab apa lah, saya telah menjalankan tanggungjawab, saya sudah terangkan kepada ibu bapa dan kanak-kanak itu


“Tolong, kalau kamu tidak mahu (vaksin anak-anak) tidak mengapa tapi jangan tuduh orang tanpa asas,” katanya lagi.


Sebagai rekod, anak bongsu Khairy iaitu Raif pada Ahad yang lalu selesai menerima suntikan vaksin dos pertama di pusat pemberian vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).




Sumber: MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2022 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian . fitnah berleluasa.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Wabillahi watallahi


... ke dalam lubang dubur saya
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha acik misi pun kena angkat sumpah
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 17-2-2022 12:29 AM
Wabillahi watallahi



Makin ramai dh angkat sumpah laknat angkara cucuk mencucuk
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak cukup bantai KJ, tukang jarum anak KJ pun kena
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2022 02:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Sumpah2 ni dah jadi mainan je zaman ni, dah macam sesumpah je
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 06:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangang ni sume ni sume inject kosong sekadar angin dalam badan xsakit gak nya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2022 06:28 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 17-2-2022 02:39 AM
Sumpah2 ni dah jadi mainan je zaman ni, dah macam sesumpah je

Tu politican yg mencucuk dubur dan cucuk atm sbb rasuah. Misi ni mmg tugas dia dok mencucuk. Kesian dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.115287 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list