View: 674|Reply: 4
|
PM Kanada Beku Akaun Bank Halang Protes Antivaksin
[Copy link]
|
|
Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengambil langkah mengejutkan dengan melaksanakan Akta Darurat bagi menghalang protes antivaksin berlanjutan di negara itu.
Lapor BBC, Trudeau berkata, skop sekatan itu tidak mempunyai ‘had masa’, ‘munasabah’ serta tidak akan berlaku sebarang kerahan anggota tentera.
Kredit foto: CBC
Jelasnya, akta yang tidak memerlukan perintah mahkamah itu akan memberikan kebenaran kepada pihak bank membekukan akaun peribadi bagi sesiapa yang terlibat dalam protes.
“Langkah ini bertujuan membuatkan rakyat Kanada lain berasa selamat dan melindungi pekerjaan setiap individu.
“Undang-undang akan digunakan buat sementara waktu dengan cara sangat khusus,” katanya dalam sidang akhbar.
Sementara itu, ratusan peserta demonstrasi antivaksin dilihat masih kekal berhimpun di ibu negara Kanada yang memasuki minggu ketiga.
Trudeau berkata, pihak polis akan diberikan ‘lebih banyak kelengkapan’ untuk memenjarakan atau mendenda peserta protes serta melindungi infrastruktur kritikal di bandar ini
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Aku sudah lama tahu ini akan berlaku. |
|
|
|
|
|
|
|
Ohhhhh savageeee |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tak paksa, orang pun tak protes.
itu pun susah nak paham. bodoh. |
|
|
|
|
|
|
|
Jap.. kalau diorang protes dan presiden biarkan je diorang protes sampai AJM.. apa akan jadi? Protes kat kanada tu protes aman je cuma kadang2 kena kawal jgn bagi jalan tersekat je. |
|
|
|
|
|
|
| |
|