CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 715|Reply: 1

Rasa Terkait Kisah Peribadi bila bawa watak Wanita Ada Masalah Rumah Tangga - Siti Saleha

[Copy link]
Post time 15-2-2022 10:21 PM | Show all posts |Read mode

Sumber IG



Melalui episod perceraian pada pada bulan lalu, pelakon, Siti Saleha mengakui karakter sebagai Doktor Suzana iaitu seorang isteri dan ibu yang berhadapan masalah rumah tangga sedikit sebanyak memberi gambaran kisah peribadinya.


Walaupun emosinya tercuit sama, aktres berlesung pipi itu bagaimanapun kekal profesional dan tidak mahu masalah peribadi mempengaruhi lakonannya menerusi drama baharu berjudul Love In Lockdown.


"Ya, ada sedikit seperti kisah peribadi tetapi saya sentiasa bersikap profesional dan tolak tepi hal peribadi. Dalam apa jua komitmen lakonan, saya berikan sepenuh jiwa bagi menjayakan sesebuah watak," katanya kepada Mstar.




  



Menyentuh sedikit mengenai projek baharunya itu, kata Saleha, dia teruja membawakan watak itu apatah lagi dalam situasi pandemik yang banyak menonjolkan pasukan perubatan yang bertungkus-lumus di hospital merawat pesakit yang dijangkiti virus Covid-19.


Saleha turut menjadikan watak Meredith dalam cerita Grey's Anatomy sebagai rujukan.


Terdahulu, Saleha sah bercerai dengan Ahmad Lutfi Azhar di Mahkamah Rendah Syariah Klang. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017 dan tidak dikurniakan cahaya mata.




  


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2022 12:24 PM | Show all posts
Salah board ni... pindah ye...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.134480 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list