CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1541|Reply: 12

Erra Fazira Nak Buka Saluran Youtube, Kongsi Kehidupan Peribadi Di Rumah

[Copy link]
Post time 15-2-2022 04:02 PM | Show all posts |Read mode
Mengikut perkembangan dan trend semasa, pelakon dan penyanyi Erra Fazira akui dirinya agak ketinggalan kerana belum mempunyai saluran YouTube sendiri seperti mana kebanyakan selebriti popular masa kini.


Mengambil langkah proaktif dan sedar akan keperluan tersebut, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 48, bakal membuka saluran YouTube dan berkongsi kandungan bermanfaat kepada peminatnya.


Foto: IG




“Ramai artis yang sudah bergerak hebat dengan saluran YouTube mereka sendiri, manakala saya pula baru sahaja nak bermula.


“Kandungannya nanti akan lebih tertumpu kepada gaya hidup dan motivasi. Ia tidak terlalu serius kerana saya mahu beri manfaat kepada penonton.


“Saya tidak kisah untuk kongsi kehidupan peribadi di rumah, namun perlu ada garis panduannya,” ujarnya kepada mStar.




  



Selain itu, pelakon yang mendapat jolokan primadona ini turut berkongsi pendapat perlunya seseorang artis itu tahu memasarkan diri dan produk seni mereka.


Dalam masa sama, Erra bersetuju selain bakat, nilai komersial juga perlu ada dalam diri seseorang artis untuk pergi lebih jauh.




  



“Apabila menjadi seorang artis tetapi tidak tahu nak ‘jual diri’, itu adalah satu masalah. Mereka perlu tahu untuk seimbangkan kerjaya dan nilai komersial dalam diri.


“Begitu juga dalam program televisyen yang mencari bakat nyanyian contohnya, akan ada juri profesional dan juri yang mewakili suara penonton,” ujarnya.




  



Erra ditemui ketika majlis tayangan perdana filem terbaharu lakonannya berjudul Rumah di Petaling Jaya pada Isnin.


Bercakap tentang filem kali ini, Erra terbuka menerima sebarang kritikan jika penonton kurang berpuas hati dengan lakonannya.


“Kritikan itu adalah asam garam dalam dunia seni. Ada masa orang akan suka dan ada masa penonton tidak berpuas hari dengan sesebuah filem.


“Sebagai pelakon saya sudah melakukan yang terbaik dan jika ada kritikan dari sudut lakonan, itu adalah perkara yang saya perlu beri perhatian,” katanya.




  



Filem yang membawa kisah seorang ibu tunggal ini turut menampilkan Puteri Balqis dan Mak Jah sebagai pelakon utama.


Filem Rumah bakal ditayangkan bermula 24 Februari di seluruh pawagam tanah air. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2022 04:04 PM | Show all posts
kalau ada sesi mandi manda dlm bath tub ok juga...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 04:53 PM | Show all posts
masih cantik yach ratu walaupun muka pelik sebab kesan ps... cantik sheols dalam gambar natural lepas gym tu... buka je la channel... boleh jana income melalui youtube...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 05:03 PM | Show all posts
bukak la exercise channel
sure ramai folo
mcm channel yes2next
anak dgn mak exercise
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 07:24 PM | Show all posts
buka tiktok pun boleh acik....
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Termasuk kongsi skendel2 gosip?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2022 09:25 AM | Show all posts
Erra ni cantik betul
wlpn ade make over muka tp tak lah seteruk mcm bff dia..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
ibu_haritz replied at 16-2-2022 09:25 AM
Erra ni cantik betul
wlpn ade make over muka tp tak lah seteruk mcm bff dia..

Erra ni dah semulajdi cantik..cuma upgrade sikit2 aje nak bg nampak lebih cantik..bff dia x cantik bila upgrade terus jd hodoh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2022 09:48 AM | Show all posts
ok la tu jgn lupa tayang laki sekali noh. kalu betul la da kawen kan
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 11:30 AM | Show all posts
tayang sekali kehidupan hi-tea bersama para-para vvip ke? ehhh!! btw cantekkk kan...ko tayang apa je orang nak tengok. walaupun primadona katanya...ratus filem pun kejung je kayu kan..tapi sebab cantekk terus primadona ye...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 11:43 AM | Show all posts
ibu_haritz replied at 16-2-2022 09:25 AM
Erra ni cantik betul
wlpn ade make over muka tp tak lah seteruk mcm bff dia..

bff dia si Zahida dgn Ummie tu teruk ye kesan cosmetic surgery, muka nampak pelik
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 11:44 AM | Show all posts
apa punca pendapatan kak erra skrg, sambar la sorang politikus bole hidup senang mcm haflin, zizie, zahida rafik even ummie aida tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Muntahhh hijau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-9-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.061753 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list