View: 1783|Reply: 12
|
"Bagusnya Chef Wan Menjaga Ibu Tercinta, Nampak Cik Ani Begitu Gembira"
[Copy link]
|
|
Sebagai seorang anak, tiada apa yang lebih bermakna buat kita jika kita dapat memberikan yang terbaik untuk ibu bapa kita yang telah banyak berjasa untuk membesarkan kita. Namun, tidak semua anak 'mampu' untuk merealisasikan impian itu. Sungguhpun begitu, nampaknya Chef Wan berjaya membuktikan pada semua yang dia mampu menggembirakan ibunya.
Chef Wan bukan hanya tahu memasak, tetapi dia juga telah berjaya menunjukkan contoh yang baik kepada orang ramai iaitu dengan menjaga ibunya yang tua. Chef Wan bukan sahaja menjaga ibunya, tetapi dia seringkali membawa ibunya ke mana-mana program atau majlis yang dihadiri.
Baru-baru ini, Chef Wan telah memuat naik video berkenaan ibunya. Kelihatan Chef Wan dan ibunya berada di sebuah majlis perkahwinan. Walaupun ibunya yang digelar Cik Ani menghidap penyakit dementia, ia tidak menjadi penghalang kepada Chef Wan untuk memggembirakan ibunya.
Di dalam video itu kelihatan Cik Ani begitu seronok berjoget dengan pelakon popular iaitu Zahida Rafik. Bersinar-sinar wajah ibu Chef Wan.
Menurut Che Wan, tidak mudah untuk dia menjaga ibunya ditambah lagi dengan penyakit yang dihadapi oleh ibunya yang menyebabkan ibunya ibarat hidup di dalam dunia sendiri.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dan peminat meluahkan rasa terharu mereka melihat Chef Wan yang sanggup menjaga ibunya. Ada juga netizen yang terhibur dengan gelagat Cik Ani yang begitu gembira menggoyangkan badannya mengikut rentak lagu.
Apa pun, kami mendoakan semoga Chef Wan dapat menjaga ibunya dengan baik. Besar pahala menjaga ibu dan bapa kita. Semoga kita semua dapat menjaga ibu bapa kita juga satu hari nanti. -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
alhmdulillah syukur dapat berbakti lg dgn bonda tcinta.. |
|
|
|
|
|
|
|
chef wan mmg tip top jaga pompuan2 dalam hidup dia..
dulu arwah janda dia.. skrg ni dia jaga mak dia n tanggung sorang kakak dia..
sebab tu rezeki dia melimpah..
ai perasan lelaki yang lupa tanggungjawap pada perempuan2 penting dalam hidup selalu hidup susah tak cukup duit. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yg Chef Wan lakukan seharusnya menjadi contoh kpd sekalian lelaki lainnya. Miskipun tak mungkin mencontohi 100%, at least buatlah sekadar yg terdaya agar ibu tidak terasa kalau dia diabaikan. Keberkatan hidup anak2 akan sentiasa ada dlm doa seorang ibu sementara keberkatan hidup seorang suami dn ayah ada dlm doa isteri dn anak2. |
|
|
|
|
|
|
|
khennn... herlok sungguh chef wan jaga mak dia... siap makan mak dia pun dia suap... pernah la jumpa dia kat event...
perempuan memang pandai jaga perempuan... contohnya aliffah syukrina... herlok je jaga bini heshe...
|
|
|
|
|
|
|
|
TQ Chef Wan. Dapat tgk muka perempuan lain tanpa filter. Tu ke muka Datin E tanpa filter. I mmg adore him bab kebajikan. kucing pon dpt layanan 6 star kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga anak2 laki ku mcm ni lah |
|
|
|
|
|
|
|
makadek replied at 15-2-2022 05:01 PM
Semoga anak2 laki ku mcm ni lah
Sama la..so far my sons caring dan bagi duit. Memang murah rezeki kalau baik dengan parents |
|
|
|
|
|
|
|
hihii pompuan chuols kata kat chepone.. tapi dia pun kadang2 fefeeling woman , sebab tu dia cakap dia dah menopause 2 round
|
|
|
|
|
|
|
|
Pic dgn Cik Ani tu, Zahida Rafik ka? Slimmm gila dia. Mantap sungguh body.. |
|
|
|
|
|
|
|
That's one thing yang mmg bagus pasal chef 1 ni.
Semua wanita dalam hidup die die jaga betul2
On the flip kan, Zahida x perlu la kot sentuh2 camtu.
Skrg masih dalam pandemik kan
Tkt kite bawa penyakit je kat org2 tua ni |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan chepone yang drag jadi ponen ala-ala zaman citcat azwan ponen dulu tu....zaheda niyang rapik rupanya... kusss semangat... biasalah...dah mak dia...dia jaga la elok...takkan nak jaga mak korang pulak... anak perempuan kan rapat dengan ibunya.... tibehhh!! |
|
|
|
|
|
|
|
zahida ni try hard sgt, maklum lah takpayah bersusah payah cari duit hidup di sponsor. masa lapang sheols membsarkan muscle2 dan menjaga mukanya saja. muke sheols nmpk fake, muka datin E tu nampak natural pd iols. |
|
|
|
|
|
|
| |
|