|
Siapa tidak kenal pelakon dan pengacara popular Malaysia Alif Satar dan Sherry Alhadad.
Setiap kali melihat mereka berdua bergandingan, pasti kelihatan begitu serasi. Baru-baru ini mereka juga merupakan pengacara program pertandingan nyanyian iaitu Big Stage.
Namun apa yang menyebabkan mereka begitu serasi apabila bekerja bersama? Alif Satar nampaknya telah berkongsikan antara 'amalan' yang merapatkan hubungan mereka sebagai rakan sekerja di akaun Instagram miliknya.
Mesti pelik pada kedengaran orang, namun aktiviti bermain badminton nampaknya mampu untuk mengeratkan lagi hubungan mereka. Akui Alif, tidak perlu pun mereka berada di court badminton, lawan badminton di belakang pentas pun boleh.
Kelihatan Alif dan Sherry fokus bermain badminton sehinggakan tidak memakai kasut. Kata Alif, mereka akan melakukan aktiviti ini 30 saat sebelum persembahan.
Bagus juga kan kalau ia benar-benar dilakukan oleh Alif dan Sherry. Walaupun hanya bermain dalam keadaan tidak serius, namun secara tidak langsung ia dapat menyihatkan badan dan aktiviti ini menjadi 'warm up' sebelum bermulanya persembahan.
Semoga Alif dan Sherry dapat berganding bahu lagi di dalam program yang lain. Seronok dapat lihat pengacara yang sporting dan santai dengan cara yang tersendiri. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan artis terhibur melihat gelagat mereka berdua. -CARI
|
|