CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1059|Reply: 0

"Sejuk Perut Ibu," – Netizen Terharu Lihat Kasih Sayang Syafie Naswip Terhadap Ibu

[Copy link]
Post time 15-2-2022 02:13 PM | Show all posts |Read mode

Sumber: Instagram Syafie Naswip





Anak merupakan kurniaan yang terindah buat ibu bapa. Sebagai seorang anak, kita sentiasa mempunyai impian untuk memberi kegembiraan kepada ibu bapa kita. Dan sudah semestinya setiap ibu bapa juga mahukan anak mereka menjadi orang yang baik dan mencapai kejayaan.


Tahun lalu, Syafie Naswip telah memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya. Video yang dikongsikan telah menerima pujian ramai netizen. Dalam video itu kelihatan Syafie sedang melayan ibu tersayang.


  



Video yang berdurasi selama 14 saat itu memaparkan beberapa memori indah yang dirakam semasa Syafie bersama ibunya. Antaranya ialah video ketika dia menyuapkan ibunya makan di wad hospital.


Sumber: Instagram Syafie Naswip







Ini bukanlah kali pertama Syafie berkongsi video sebegini di Instagramnya. Baru-baru ini juga Syafie juga memuat naik video bersama ibunya.


  



Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Syafie kerana selalu mengutamakan ibunya.


Sumber: Instagram Syafie Naswip







Ternyata ramai yang terharu melihat hubungan Syafie bersama ibunya yang nampak penuh dengan kasih sayang. Semoga dipermudahkan segala urusan Syafie Naswip dan terus berbakti kepada kedua orang tuanya. -CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.054283 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list