CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 692|Reply: 2

Bakar Al-Quran, Lelaki Direjam Dan Mayat Digantung Pada Pokok

[Copy link]
Post time 15-2-2022 11:01 AM | Show all posts |Read mode
Multan: Sekumpulan individu dilaporkan merejam seorang lelaki hingga mati kerana didakwa ‘merosakkan’ kitab suci al-Quran di sebuah kampung di timur Pakistan.  


Jurucakap polis, Chaudhry Imran berkata, seorang penjaga masjid mendakwa melihat lelaki itu membakar kitab suci berkenaan di dalam masjid pada Sabtu lalu.


Kata Chaudhry, penjaga masjid itu memberitahu orang ramai mengenai insiden tersebut sebelum melaporkan kepada polis.




Foto: AP




Kejadian itu berlaku di sebuah kampung yang terletak di daerah Khanewal di wilayah Punjab.


Menurut Chaudhry, polis bergegas ke tempat kejadian dan menemukan lelaki itu dikelilingi dengan sekumpulan individu.


“Pegawai Mohammad Iqbal dan dua lagi anggota polis cuba menahan lelaki tersebut namun kumpulan itu terus membaling batu ke arah mereka sehingga menyebabkan kecederaan,” katanya.


Sementara itu, ketua balai polis Tulamba, Munawar Gujjar berkata, pihaknya sudah mengerahkan bantuan ke masjid tersebut namun pasukan keselamatan gagal sampai pada masanya.


“Mereka sampai selepas kumpulan individu merejam lelaki itu hingga mati dan menggantung mayatnya pada sebatang pokok,” katanya.


Menurut Munawar, mangsa dikenali sebagai Mushtaq Ahmed, 41, berasal dari kampung berhampiran.


“Lelaki itu mengalami masalah mental sejak 15 tahun lalu malah menurut keluarganya, mangsa sering lari dari rumah dan mengemis.


“Jenazah lelaki itu sudah pun  diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan,” ujarnya.


Sementara itu, Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan menzahirkan rasa marah dan kecewa berhubung insiden yang berlaku.


“Kita tiada tolak ansur dengan mana-mana pihak membuat undang-undang sendiri dan mereka yang terlibat dalam kes ini akan diheret ke muka pengadilan,” tegasnya.


Imran turut meminta ketua polis Punjab untuk menyediakan laporan segera bagi mendakwa pihak terlibat. – CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2022 02:27 PM | Show all posts
dh org mental,
pesal la dibunuh
baik tngkp yg terlibat, tembak smpai mati kt public

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakistan mmg sinonim dengan religious extremism. Puak yg mengaku pejuang islam ni kerja dia nak bunuh orang aje.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 1.311543 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list