CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2758|Reply: 22

Suami Dijangkiti Covid-19, Syukur Nourul Depp Dan Anak-Anak Negatif

[Copy link]
Post time 15-2-2022 10:55 AM | Show all posts |Read mode
Penyanyi yang kini menetap di Bali, Indonesia, Nourul Wahab, 44, memaklumkan suaminya, Eric Depp, disahkan dijangkiti wabak Covid-19 dan kini sedang menjalani tempoh kuarantin di kediaman mereka di sana.


Bagaimanapun, menurut Nourul, dia bersyukur kerana diri dan tiga anaknya tidak dijangkiti wabak tersebut selepas melakukan ujian kendiri.


Foto: Via Utusan




“Malangnya, suami saya disahkan positif Covid-19 namun tidak begitu melarat. Bagaimanapun, kami tetap mengasingkan diri, seluruh keluarga.


“Walaupun saya dan anak-anak negatif, tetapi kami akan buat juga ujian Tindak Balas Berantai Polimerase Masa Nyata (RT-PCR) pada Jumaat ini,”katanya.




  



Nourul berkata demikian dalam satu hantaran yang dikongsikan menerusi Instagramnya hari ini.


Selain itu, kata Nourul, dia juga bersyukur kerana masing-masing telah mendapatkan vaksinasi selain mengamalkan pengambilan suplemen kesihatan.




  



“Suami saya hanya mengalami demam dan simptom seperti flu. Tiada gejala lain seperti sesak nafas atau hidung tersumbat. Kami cuma perlu ambil dos penggalak sahaja selepas ini.


“Mulanya ada perancangan nak balik ke Malaysia pada hujung bulan ini untuk ambil dos penggalak, tetapi nampaknya sukar sedikitlah buat masa sekarang.


“Kami semua okey. Lebih baik ambil dos penggalak itu untuk kuatkan sistem imunisasi bagi melawan virus ini. Insya-Allah, dengan pertolongan Allah SWT, semuanya akan baik-baik sahaja,”katanya.




  



  



  



Nourul atau nama sebenarnya, Nurul Huda Abdul Wahab dan suami, Eric Daniel Depp berkahwin pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 9, Raphael, 7, dan Isabella,3.


Sementera menerusi perkahwinan terdahulu bersama komposer Ajai, Nourul dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ayu Nazirah, 24. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2022 11:28 AM | Show all posts
kusam nya muka sheols..maybe sebab dah berusia..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 11:44 AM | Show all posts
perlu ke die updet kesah dia kat malaysia ni...lols
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape la selamba je letak gambar husben tk pakai baju, berseluat pendek je
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 01:17 PM | Show all posts
mesti bali panas sangat, kemain kecik lagi seluar hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 01:21 PM | Show all posts
melinda_kerr replied at 15-2-2022 11:28 AM
kusam nya muka sheols..maybe sebab dah berusia..

natural beauty la uollsss....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2022 01:22 PM | Show all posts
semua benda nak kabor kat orang. malu la weeeyyy..........
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambor laki pakai seluar pendek tak berbaju hang boh nurul? Malu la wei . Semua nak bgtau aih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2022 02:00 PM | Show all posts
besaq betul rumah dia kat sana.. tapi betullah laki dia mmg jenis berlenggeng je kat rumah. tak tahan panas kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp dia suka pakai baju sleeveless..xsesuai la..kalau pakai baju lengan pendek ok la..sbb baju dia nampak lebar
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
yg isteri memanjang bersleeveless, yg suami tak berbaju, takyah mendobi byk2 ye dak kurang pakaiannya
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 03:44 PM | Show all posts
knp dia suka belanja gambaq laki dia xpakai baju..kalau sedap xpe jugak dptla acik2 porum kepam cuci mata.. tapi kalau yg ni bertambah sakit mata nengok.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 05:09 PM | Show all posts
kot ye pun rakam la video semenggah sikit... laki ko tu tak herlok pun nourul oiii... kau je yang dapat mat salleh tak berapa nak herlok di antara rakan2 retis lain jadi tolong la sedar...

kadang2 cikki2 dapat mat salleh ni over konfiden gila macam laki sendiri elok sangat sampai nak tayang video2 sedemikian padahal muka laki pun elok sikit je dari selipar jepun dan crocs tu...

kalau herlok macam laki rumilah kari parpu tu layak jugak la nak tayang... ni dapat pun laki kertu... sikit lagi nak iras2 rhoperrr patung leyak kat bali tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
tipah89 replied at 15-2-2022 03:44 PM
knp dia suka belanja gambaq laki dia xpakai baju..kalau sedap xpe jugak dptla acik2 porum kepam cuci ...

Semua mcm tak mandi... Mcm lah... Termasuk yg tertinggal kat kl.... Ckp mcm ni nanti dia smashlah kata kena jaga hati.... Jgn dengki. So jaga lah kelaku di socmedia sama.. All actions have consequences.. . Mcm tak cukup kain sokmo. Pastu mcm bau masam
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
tipah89 replied at 15-2-2022 03:44 PM
knp dia suka belanja gambaq laki dia xpakai baju..kalau sedap xpe jugak dptla acik2 porum kepam cuci ...

Khennnn, over konfiden je fefeeling laki sendiri herlok... Buat sakit mata je tengok... Iols tak folllow dia pun tapi dah thread pasal heshe di buka nak tak nak tertengok jugak...

Bukan nourul ni je ramai lagi kahwin mat salleh kat ig tu tak habis2 duk tayang laki macam laki sendiri herlokk sangat, padahal rupa elok sikit je dari selipar jepun . Terompah lagi lawa dari deorang.... Sekian...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 09:24 AM | Show all posts
winky1 replied at 15-2-2022 11:46 PM
Semua mcm tak mandi... Mcm lah... Termasuk yg tertinggal kat kl.... Ckp mcm ni nanti dia smashlah  ...

ye aura kepamnya begitu menyerlah. konpident betul she oll ni kan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2022 09:31 AM | Show all posts
dudaberhias replied at 15-2-2022 11:51 PM
Khennnn, over konfiden je fefeeling laki sendiri herlok... Buat sakit mata je tengok... Iols tak f ...

ye kaka dude, kalau mcm laki remilah marvel si trent, lana kenzie tu ka nak belanja byk2 pun xpe i oll tadah je cerah mata seharian , ni kalau takat cam laki norul ni,or kinah hyper nk belanja byk2 noo thank youuuuu. depa ni jenis mat salleh yg nampak comot. murung tipah seharian.

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 09:44 AM | Show all posts
Hashtag tu nak jg cakap deme di Bali
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
tipah89 replied at 16-2-2022 09:31 AM
ye kaka dude, kalau mcm laki remilah marvel si trent, lana kenzie tu ka nak belanja byk2 pun xpe i ...

eh laki kinah hensem pa,hensem lgi dr laki ramilah
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 10:31 AM | Show all posts
razzia replied at 16-2-2022 09:56 AM
eh laki kinah hensem pa,hensem lgi dr laki ramilah

entah, laki remilah ni sbb nampak clean kot,tapi kinah punya mcm gasar2 sikit
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Nak ‘Maintain’, Setahun Ratusan Ribu” – Aliff Syukri Menyesal Bina Rumah Besar
Raline“Nak ‘Maintain’, Setahun Ratusan Ribu
Views : 27520 Replies : 84
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 160936 Replies : 2452
Pelaburan RM250,000 tak sia-sia, nilai ‘rumah busuk’ Aiman Tino sudah meningkat
RalinePelaburan RM250,000 tak sia-sia, nilai
Views : 2409 Replies : 5
Risau bersendirian?
En.KyaireyRisau bersendirian?
Views : 3481 Replies : 17
Masak guna ajinomoto
budi_jentayuMasak guna ajinomoto
Views : 19928 Replies : 92
Hensem boy
CariMalayHensem boy
Views : 3763 Replies : 26
Tak Sangka Mengandung Time PKP
Lavender85Tak Sangka Mengandung Time PKP
Views : 3322 Replies : 28
Murung lepas bapa meninggal remaja usia 16 tahun maut terjatuh dari tingkat 16 kondo
RalineMurung lepas bapa meninggal remaja usia
Views : 17585 Replies : 7
Amira Othman terima notifikasi Fattah?
RalineAmira Othman terima notifikasi Fattah?
Views : 26009 Replies : 9
Jefri Nichol cacah tatu nama Ameera Khan pada jari
RalineJefri Nichol cacah tatu nama Ameera Khan
Views : 12397 Replies : 68

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.048070 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list