CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: samshik

GEMPAR!! Retis KonTroVersi Mesia, Gusip TerBaekk SePanJanG Zaman..

    [Copy link]
 Author| Post time 1-9-2010 11:43 AM | Show all posts
KES: I LOVE MY DARLING-kejutan helikopter
kedit: mstar

PETALING JAYA: Ketika peminat tertanya-tanya sejauh manakah hubungan Fasha Sandha dengan Rizal Ashram Ramli, pelakon wanita itu hari ini secara rasmi mengaku anak bekas Menteri Besar Perak itu adalah kekasihnya.

Menurut Fasha, kedua mereka mengambil keputusan untuk menjadi pasangan kekasih pada 18 Mei lalu di Pulau Lang Tengah, Terengganu ketika Fasha sibuk dengan penggambaran drama bersiri Duyong Aridinata terbitan Zeel Production.

Ketika penggambaran itu, Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai hadir membuat kejutan untuk bertemu Fasha di pulau itu dengan menaiki sebuah helikopter.

“Kesungguhan dia selama ini membuatkan pintu hati saya terbuka untuk menerimanya sebagai seorang kekasih. Saya memang benar-benar tersentuh hati kerana tidak pernah ada mana-mana lelaki yang berbuat sebegitu kepada saya. Kalau tidak kerana dia datang dengan helikopter pun saya akan terima dia,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran drama tersebut di TV3 di Ampang hari ini.

Menurut Fasha, dia mengenali Jejai sejak tujuh tahun lalu dan mula rapat selepas lelaki itu berpisah dengan pelakon Nora Danish pada 12 Ogos 2008.

Fasha turut menolak dakwaan dia adalah perampas dan menjadi pemusnah terhadap rumah tangga pelakon itu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-9-2010 11:43 AM | Show all posts
nilaikan sendiri

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 11:46 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 11:48 AM | Show all posts
KES: TOM kena belasah
-konon2 sebab orang tuduh die ader affair ngan laki orang n sepak pompuan preggy

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 11:49 AM | Show all posts
KES: REMY DIBELASAH SEBAB MEMBELASAH
kedit:beautiful nara

Wow, memang habislah Remy Ishak lepas ni kalau betul kata Bibik yg menjadi saksi kisah Ummit dipukul Remy ni.Tengoklah muka Ummi Nazirah, teruk betul kena belasah. Macam ni punya teruk kau pukul masih boleh nak berlakon, berani pulak cakap kat media seolah-olah dia tak bersalah!

Cuba korang baca berita ni.

“Saya nampak Remy pusing badan dan melibas tangan dengan laju ke arah muka kiri cik muda (Ummi Nazeera),”

kata seorang saksi kes pergaduhan antara pelakon drama Nur Kasih dan teater Natrah, Remy Ishak, 27, dengan pelakon remaja, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin, 19.

Tindakan Remy itu menyebabkan Ummi terjatuh, kata pembantu rumah pelakon remaja berkenaan, Susi Sumarni, 24.

Dia tampil membuat pengakuan di hadapan ibu Ummi, Datuk Maziah Musa, malam tadi, semata-mata mahu menjelaskan kedudukan sebenar kejadian yang berlaku di bawah kondominium di Jalan Ampang, dekat sini, 4 Disember lalu.

Menurutnya, ketika kejadian dia berada di tangga kondominium berkenaan.

Susi berkata, selepas kejadian itu Remy datang kepadanya di tangga dan sempat berpesan sebanyak dua kali supaya tidak memberitahu kepada sesiapa, malah menyuruhnya mengambil bedak asas bagi menutup luka di muka Ummi.

“Dua kali Remy pesan supaya tidak melaporkan perkara itu kepada sesiapa sebelum menyuruh saya bantu mengangkat cik muda yang jatuh terlentang dan mengambil bedak asas di rumah untuk menutup luka.

“Saya hanya menurut perintah dan membantu cik muda yang mengadu kesakitan akibat bengkak di muka kiri dengan luka dan lebam sekitar matanya,” katanya yang ditemui di restoran milik Maziah di Danau Kota di sini, semalam.

Pertemuan itu diatur bagi mendapatkan penjelasan sebenar insiden berkenaan yang difahamkan bukan kejadian pertama, sebaliknya Ummi pernah dicederakan ketika mereka bertengkar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 11:50 AM | Show all posts


-konon2 gambo yang sangat tragik
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-9-2010 11:51 AM | Show all posts
KES: REMY DIBELASAH SEBAB MEMBELASAH
kedit:beautiful nara

Wow, memang habislah Remy Ishak lepas  ...
samshik Post at 1-9-2010 11:49




Penjelasan pihak remy

Makin panas nampaknya kisah Remy Ishak dibelasah baru-baru nie. Boleh dikatakan semua suratkhabar hari Ahad pun keluarkan penjelasan cerita dari Remy Ishak nie. Susah nak cakap siapa yang bersalah dalam hal nie. Malah kami ada dapat satu email yang menceritakan sebenarnya Remy yang bersalah dalam hal nie. Nanti esok kami kongsikan email tersebut bersama anda semua.
Inilah penerangan Remy Ishak tentang pembelasahan yang terjadi. Kes ini bertambah berat sebab Remy mengakui yang orang-orang yang datang membelasah dia diupah oleh keluarga Ummi Nazeera. Betul atau tidak, kita kena tunggu penjelasan dari Ummi Nazeera dan keluarganya.
  • 4 Disember – Malam selesai pementasan, Ummi Nazeera meminta untuk berjumpa Remy Ishak
  • Remy Ishak pergi ke kondominium Ummi Nazeera & berjumpa di’bawah.
  • Berlaku salah faham antara Remy Ishak & Ummi Nazeera dalam pertemuan tersebut.
  • Remy Ishak mendakwa Ummi Nazeera ada ambil ‘benda’ yang membuat Remy Ishak naik marah.
  • Remy Ishak mencampak telefon bimbit Ummi Nazeera. Pertengkaran terus berlaku.
  • Atas rasa bersalah, Remy Ishak minta maaf & berjanji akan mengganti telefon bimbit Ummi Nazeera yang di’rosakkan.
  • Ummi Nazeera seperti hilang akal menumbuk, menyepak & menendang Remy Ishak.
  • Remy Ishak berusaha untuk mengelak & salah satu tepisan terkena muka Ummi Nazeera.
  • Cincin di’tangan Remy Ishak menjadi punca kesan bengkak di’pipi Ummi Nazeera.
  • 5 Disember – Remy Ishak di’pukul di Istana Budaya
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 11:54 AM | Show all posts
i like....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-9-2010 11:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by samshik at 1-9-2010 11:57

KES: GEGEH MERANA TINGGAL DEK BINI

SUATU masa dahulu, namanya cukup popular. Digilai ramai anak gadis,Lan A To Z antara artis yang berjaya di era 90-an apabila kumpulanberkenaan meraih sukses dalam penjualan album dan pertunjukan pentas.
Kaya, mewah dan bergaya, Lan mampu menggapai apa saja yangdiinginkan termasuklah mengahwini wanita kacukan yang cukup jelita,Marcella Casissi Shariff, bekas pramugari penerbangan Royal Brunei.
Pun begitu, itu cerita 11 tahun lalu. Hari ini, lelaki yang pernahdigilai ramai itu semakin ‘layu’ dan dilupakan. Dia tidak lagi meraihpopulariti sama seperti 11 tahun lalu. Malangnya, Lan bukan sahajakehilangan peminat dan populariti, sebaliknya turut kehilangan kekasihhatinya, Marcella.

Marcella memilih untuk kembali ke tanah kelahirannya di Englanddengan membawa bersama permata hati mereka, Puteri Nur Aqmar,10, PuteriNur Syafiqah,9, dan Puteri Nur Farhana,3.

Pancaindera secara eksklusif menjejaki Lan, lelaki yang kini hanyapunya impian. Ia, setelah tiga tahun ditinggalkan, masih ada ruang dihati lelaki berusia 41 tahun, bernama lengkap Norazlan Abdul Aziz iniuntuk bermimpi bersatu semula dengan isteri dan anak-anaknya.

Sesaat pun tidak lupa
Dalam pertemuan kami pada petang Isnin lalu, Lan mengakui sesaat pun dia tidak pernah melupakan anak dan isterinya itu.
Tapi apalah daya, segalanya berlaku tanpa dijangkakan apabilaisterinya membuat keputusan pulang ke England dan tinggal bersamaibunya di sana.

“Ia terjadi selepas saya mengalami kejatuhan dalam dunia muzik.Kesempitan hidup membuatkan saya hilang segala kemewahan dan sukaruntuk menggembirakan hati anak-anak dan isteri.

“Akhirnya saya membenarkan isteri membawa anak-anak untuk tinggalbersama ibunya di Lancashire, England,” cerita Lan, membongkar rahsia saat awal perpisahannya dengan keluarga tersayang.

Tambah Lan detik hitam bermula pada tahun 2007 sewaktu diamenghadapi zaman kejatuhan. Ketika itu album tidak laku. Perniagaanyang dijalankan juga jatuh merudum.  Untuk menampung kehidupan keluarga, Lan terpaksa bekerja sebagai pegawai pemasaran di sebuah kolej swasta.  Tetapi sayang, ia tidak bertahan lama kerana sebagai seorang ahlidalam dunia muzik, mana mungkin dapat menjalankan kerja-kerja pejabat.

“Kerana kesusahan hidup itu, rumah tangga saya diuji. Sebelum inisaya tak nafikan kami pernah hidup dalam keadaan yang mewah. Inilahakibatnya apabila kita menjadi artis, kesenangan itu tidak bertahan lama.  “Akhirnya ibu mertua saya datang dan dia macam kurang selesa denganapa yang terjadi, seolah-olah saya tidak mampu untuk menyara keluargakerana kesempitan hidup.

“Akhirnya dia mencadangkan untuk membawa Marcella ke England bersamatiga anak saya. Tanpa berfikir panjang, saya merelakan kerana saya tahutahap kewangan saya pada ketika itu benar-benar menguji.  “Saya benarkan isteri dan anak-anak ke England tetapi saya harap iatidak lama. Ingatkan dalam setahun sahaja tetapi sekarang sudah sampai tiga tahun.

“Ketika tahun pertama berpisah, jiwa saya macam orang gila. Tengok basikal anak, tengok baju anak dalam almari pun tak boleh.
“Walaupun saya selalu berhubung dengan mereka melalui telefon tapibenda tu semua tak ada erti kalau dia orang tak ada depan mata.
“Akhirnya saya buat keputusan keluar dari rumah saya di Rawang, sayasuruh adik saya jaga rumah itu dan bawa diri ke Jakarta. Di sana sayabekerja dengan syarikat jualan langsung berbekalkan wang saku RM800.

“Selama setahun di Jakarta, saya belajar untuk menjadi seorang yangtabah serta mengawal perasaan rindu terhadap anak-anak dan isteri. Dansyukurlah, hati saya dapat diubati berkat kekuatan dan semangat tinggisaya itu.

“Selepas setahun di sana, akhirnya saya pulang dan membuka SimpleRock Studio di Damansara Damai, Selangor. Saya sewakan studio untukbudak-budak di kawasan sini bermain muzik.

“Saya juga ada beberapa artis baru dan sedang giat buat lagu untuk memulihkan kerjaya seni saya.
“Alhamdulillah... Rezeki saya ada di sini,” katanya.
Menurut Lan, seringkali dia terfikir adakah masih ada sayang di hatianak-anak terhadap dirinya sebagai bapa? Juga masihkah ada sayangseorang isteri yang didamba? “Anak saya yang sulung, Puteri Nur Aqmar nampaknya suka kalau saya telefon. Dia mesra dengan saya. Tapi yang kedua dan ketiga tu, mungkin dia orang masih tak faham. Bila bercakap pun macam hendak tak nak saja.  “Saya tak salahkan mereka sebab mereka jauh. Bila sudah lama tak berjumpa, macam-macam boleh jadi.  “Sekarang pun kalau nak bercakap kena banyak guna bahasa Inggeris kerana mereka agak kurang fasih berbahasa Melayu.  “Cuma saya harap mereka tidak lupa mengucap dua kalimah syahadah dan mempunyai pegangan agama sebagai seorang Islam,” katanya.

Mahu mengubat rindu kepada anak- anaknya, Lan berhasrat untuk menemui mereka di England pada tahun ini.  Tetapi sekiranya kunjungan itu tidak disambut dengan baik oleh anak-anak dan isteri, dia berserah kepada takdir Allah.  Walaupun hatinya masih berteka-teki bagaimanakah perasaan si isteridan anak-anaknya di masa depan, Lan tidak mahu persoalan itu mengganggu fikirannya.

Kalaulah mereka masih menerimanya dia bersyukur tetapi jika sebaliknya, apakan daya, dia hanya berserah kepada Yang Maha Esa.
“Saya faham, dekat di mata lagikan boleh berubah apatah lagi kalaujauh. Bila jarang bersua, terpisah sekian lama kita tidak boleh jangkaapa yang akan berlaku,” ujarnya dalam nada sebak.

Iktibar kes Nurin Jazlin
Ketika hatinya berkecamuk dengan cerita sedih ditinggalkan,masyarakat Malaysia kecoh dengan kes kanak-kanak bernama Nurin JazlinJazimin, yang dibunuh kejam kira-kira tiga tahun lalu.
Hati siapa yang tidak sedih dengan peristiwa itu walaupun kisah malang tersebut berlaku pada orang lain.
Kerana amat merindui anaknya itu, Lan mengambil peluang menyertai sembahyang jenazah Allahyarham di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Ketika itu, satu kekuatan hadir dalam dirinya membuatkan perasaansayu diatasi apabila dia melihat kuatnya semangat ayah kanak-kanak itu.
Ujar Lan, kalau ibu bapa arwah adik Nurin kelihatan tenang dengandugaan apabila anak tercinta mati dibunuh, ujian dalam dirinya tidaklahsehebat itu.
“Kerana pengalaman itulah hati saya jadi kuat. Semangat saya bangunsemula. Sebelum itu, saya tidak boleh melelapkan mata kerana anak-anak.Tapi bila difikir-fikirkan sehebat mana ujian hidup kita itu, ada orangyang lebih teruk dilanda masalah.
“Syukurlah kerana Allah menggerakkan hati dan perasaan untuk sayamenziarahi jenazah adik Nurin yang akhirnya membuatkan saya mampumengawal keadaan, dapat semangat semula,” katanya.
Tidak ceraikan isteri
Mengakui cinta terhadap isterinya tetap tidak berubah kerana diaseorang yang setia pada ikatan perkahwinan, Lan tidak pernah sekalipunterdetik untuk menceraikan Marcella walaupun jiwanya menderitaditinggalkan sekian lama.
Nyata kasih sayangnya masih tebal dan utuh buat wanita yang berjayamencuri hati remajanya suatu ketika dulu. Rasa kasih itu tidak pernahpadam sementelah wanita itu jugalah yang mengandung dan melahirkanketiga-tiga zuriatnya.
Tetapi dalam masa yang sama, dia akur seandainya sekian lama tidak bertemu, barangkali cinta hati isterinya itu sudah pudar.
Ketika Marcella dan anak-anak tinggal di kota besar dan mewah, kudus cinta Lan barangkali sudah menjadi sejarah.
“Saya tahu saya kurang pada harta tetapi istimewanya saya ini ialahseorang yang setia terhadap isteri. Saya masih mengharap agar semuaakan menjadi pulih seperti sediakala” katanya.
Ditakdirkan si isteri tidak mahu menerima Lan sebagai suami lagi, lelaki ini reda dengan ketentuan itu.
Tapi ujar Lan, kasih terhadap Marcella tetap utuh dan seandainyasuatu hari nanti ketika usianya sudah lanjut, dia akan tetap menerimaMarcella jika terbit cinta baru di hati wanita itu.
“Apa juga yang berlaku kepada kami selepas ini, cuma satu harapansaya. Semoga cinta Marcella dan anak-anak kepada Islam tidak akanpudar,” katanya menokhtahkan bicara.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 11:56 AM | Show all posts
Post Last Edit by samshik at 1-9-2010 11:58

KES: MARCELLA BELA DIRI

kedit to utusan.com.my today

Marcella bongkar punca 'lari'

Oleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN
editor.panca@utusan.com.my

DIA seorang wanita jelita berdarah Inggeris yang pernah jatuh cinta dengan seorang pemuda Melayu. Lebih sepuluh tahun lalu, saya pernah menyaksikan kisah cinta mereka. Malah gambar menepung tawar saat persandingan yang mencantumkan dua hati dari dua benua berbeza yang berlangsung di Port Dickson, Negeri Sembilan juga masih ada dalam album peribadi saya.

Pun hari ini wanita yang sama sedang duka lara. Lara yang disimpan sekian lama bertali-temali di sudut hati, lalu menjadi nanah dan amarah berbisa.

Marcella Shariff Cassisi, ibu kepada tiga anak perempuan comel. Dia adalah isteri kepada penyanyi Azlan Aziz yang mesra disapa sebagai Lan A To Z . Dia sudah hampir tiga tahun meninggalkan rumah kelaminnya di Kuala Lumpur meski sang suami belum melafazkan perpisahan.

Setelah Lan membuat pendedahan ‘kehilangan’ isterinya yang kembali ke England banyak media mula mencari di mana Marcella. Mujurlah, seorang pembaca setia Mingguan Malaysia yang berteman di Facebook saya membawa Cella ke senarai sahabat. Lalu meminjam kuasa alam maya, kami berkomunikasi tanpa suara.

Kata Marcella, dia memilih untuk kembali ke pangkuan keluarga setelah kecewa. Dan kerana bara lukanya dibiarkan rebak terbakar, akhirnya diambil keputusan nekad, kembali ke England.

“Saya pergi kerana tidak sanggup hidup dengan dia lagi,” demikian coretan awal pembuka bicaranya.

Aduhai, saya gerun sekali dengan cerita perceraian yang melanda institusi keluarga kita. Saya tidak sanggup melihat ada anak-anak kecil yang menderita dek kerana dipaksa memilih kasih dan sayang antara pasangan suami isteri yang sudah bernoktah cintanya.

Pun siapalah saya untuk mengatakan ‘jangan’ lantaran dia nekad untuk memilih ‘bercerai hidup’ dengan suaminya. Inilah natijah apabila rajuk seorang perempuan tidak diberi perhatian dan dibiarkan menanggung derita batin yang tidak terperi.

Memandangkan Pancaindera sebelum ini pernah menulis kecewa Lan terhadap Marcella, saya fikir adil untuk kali ini memberi peluang kepada Marcella pula bercerita getar hatinya.

Jangan salahkan keluarga

Pertamanya, Marcella meminta supaya baik Lan mahupun pihak lain tidak menyalahkan keluarga kandungnya apabila memilih untuk membawa anak-anak kembali ke England

“Keluarga saya tak ada kena- mengena langsung dengan keputusan saya nak tinggalkan Lan. Mak saya, langsung tak tahu apa masalah kami, setiap kali datang ke Malaysia dan melihat keadaan hidup kami, dia tak pernah sekali ajak saya balik. Dia kagum yang saya menyokong Lan dan bertahan walaupun keadaan kami sangat teruk,” katanya.

Menurut Marcella adalah sesuatu yang tidak adil untuk Lan menuduh keluarganya sebagai penghasut dalam isu itu.

“Masa nak kahwin pun mereka tak boleh hasut saya supaya jangan kahwin muda, kenapa pula mereka boleh hasut saya supaya tinggalkan suami? Saya sudah cuba dan gagal untuk hidup bersama Lan, itu fakta sebenarnya,” katanya.

Marcella juga mengakui, salah sendiri apabila memilih berkahwin tergesa-gesa dengan penyanyi itu, hanya selepas tiga bulan berkenalan, selain tidak begitu memahami kehidupan dunia anak seni yang dilalui suaminya itu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 12:00 PM | Show all posts
KES: SAMAN SEBAB JANJI NAK KAHWIN
kedit: sensasi

Sensasi:Woww zaman skrg nak paksa org kahwin perlu buat satu surat perjanjian sahaja..heee...

Maria Tunku Sabri pernah membuat perjanjian Dengan Datuk Johani ,dimana Datuk Johani perlu dan harus mengahwininya..dan apabila skrg Datuk Johani mengingkari Perjanjian tersebut Maria Menuntut RM5.5 juta sebagai ganti rugi..

Datuk Johani pulak ckp,Perjanjian utk berkahwin dgn Maria Tunku Sabri dibuat semasa Maria masih lagi dlm perkahwinan (still bini org) so perjanjian itu tidak sah dihukum Syarak...30 Julai ini baru dpt keputusan mahkamah siapa yang menang..

hmmm...okey skrg nie kapel2 yang tanak pasangan curang dan tak berkahwin lehla wat perjanjian camnie..dpt saman juta2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 12:01 PM | Show all posts


datukl ni katernyer

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 12:02 PM | Show all posts
lagi...lagi
nurul2086 Post at 1-9-2010 11:25



    tampal la lagi!!! takan mek sorang jer!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 12:08 PM | Show all posts
KES: AA KNA TAHAN
kedit; izyan

Berikutan penahanan seorang pelakon dan pengacara lelaki berusia 28 tahun pada awal pagi kelmarin di ibunegara, timbul desas-desus mengatakan artis terbabit adalah Awal Ashaari. Menurut sumber yang berada di tempat kejadian, Awal disahkan antara 21 orang yang ditahan dalam serbuan di pusat hiburan tanpa lesen di bumbung sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang di sini.

Artis itu ditahan kerana enggan menjalani ujian air kencing dalam serbuan pukul 3.15 pagi itu. Difahamkan, pelakon Scha Al-Yahya dan Juliana Evans turut berada di pusat hiburan berkenaan. Namun mereka dibebaskan setelah ujian air kencing yang dijalankan didapati negatif.

Bagaimanapun Pengurus Awal, Azlina Merican yang dihubungi berkata, dia amat terkejut dengan berita itu dan menafikan sekeras-kerasnya Awal terbabit dengan kes tersebut. Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Supritendan Sharifah Hawariah Syed Idrus ketika dihubungi enggan mengesahkan perkara tersebut namun tidak menafikan bahawa Awal terbabit dalam serbuan itu.Usaha untuk menghubungi Awal, Scha dan Juliana bagaimanapun menemui jalan buntu apabila mereka tidak menjawab panggilan.

Selain mereka bertiga, dua lagi artis lelaki, kedua-duanya berumur 40-an, dibebaskan selepas ujian air kencing mereka didapati negatif dadah dalam serbuan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 12:08 PM | Show all posts
Penjelasan Awal Ashaari



Terima kasih akhbar Mstar. Ketika sidang akhbar berlangsung, Awal menafikan keengganan beliau untuk menjalani ujian air kencing. Kata’nya, serbuan tersebut membuatkan beliau tertekan sehingga tidak mampu memberi sampel air kencing. Walaupun mencuba beberapa kali, namun Awal gagal untuk memberikan air kencing dan akhir’nya beliau dibawa ke Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

Apabila dibawa ke balai, Awal telah diberikan 3 botol air dan akhirnya berjaya memberikan sampel air kencing. Berita baik’nya, ujian air kencing Awal adalah negatif.


Awal bagaimanapun memuji layanan baik Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Supritendan Sharifah Hawariah Syed Idrus ketika berada di IPK Kuala Lumpur.

“Sharifah Hawariah meminta maaf kepada saya kerana terpaksa membawa saya ke IPK Kuala Lumpur. Dia membenarkan saya berehat di bilik pejabatnya buat sementara waktu kerana ramai media yang menunggu di luar. Selepas itu, saya berbincang dengannya selama tiga jam dalam bilik itu,” kata Awal dengan jujur.

Awal meminta semua orang tidak salah anggap kerana diri’nya bersih daripada pengaruh alkohol dan dadah. Beliau juga sedang mencuba mendapatkan surat daripada pihak polis demi membersihkan nama’nya.

Penjelasan Scha Al-Yahya



Silap percaturan, itu yang dijelaskan oleh Scha apabila diasak dengan soalan daripada pihak media berkenaan penahanan mereka dalam serbuan di Rootz Club, Bukit Bintang. Menurut Scha, pada awal’nya mereka merancang untuk menyambut majlis hari jadi kawan’nya di Teeq, namun kerana lambat sampai, Teeq telah pun ditutup lantas mereka bertukar tempat di Rootz Club. Scha dikatakan baru sahaja menjalani rakaman Awan Dania yang berakhir pukul 1.30 pagi.



Tambah Scha lagi, beliau tidak mengetahui tentang situasi yang berlaku (Rootz Club beroperasi tanpa lesen selama 6 bulan) dan menurut sahaja prosedur pihak polis untuk menjalani ujian air kencing.

“Saya tidak membantah dan pergi membuat ujian. Saya tidak minum (minuman keras) kerana baru baik dari demam dan tuduhan itu tidak adil..,” tegasnya lagi.

Penjelasan Pengurus Awal Ashaari – Azlina Merican

Sebelum ini, Azlina Merican menafikan sekeras-keras’nya pembabitan Awal Ashaari dalam penahanan di Rootz Club. Bagaimanapun, semalam Azlina telah memohon maaf kepada mStar Online atas kesilapannya yang menafikan perkara itu.

“Saya minta maaf sebab saya salah faham. Saya sebenarnya mahu menafikan Awal disabit positif dadah,” jelas Azlina Merican kepada pihak media.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 12:10 PM | Show all posts
tempek tempek...nk baca...ai like...
(xwut kjew aku dok baca gusip) wakakakaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-9-2010 12:11 PM | Show all posts
KES: DAHI BERJAHIT DIBALING GELAS

Ingat lagi tak kes Johan Raja Lawak dibaling gelas oleh pengarah?? Tak puas hati lagi tu.JOhan nak saman pengarah tu.

KUALA LUMPUR: Pelawak, pelakon dan pengacara, Mohamad Yazid Lim Mohamad Aziz atau Johan mengemukakan tuntutan berjumlah RM1 juta terhadap produksi drama dan pengarah yang menyebabkan kecederaan di mukanya dalam pergaduhan yang berlaku pada 11 Mei lalu.
Tuntutan difailkan melalui Tetuan Zahrin, Emrad dan Sujaihah. Peguam bela yang mewakili Johan, Zahrin Ishak berkata surat tuntutan sudah dihantar kepada pihak terbabit kelmarin.

Beliau berkata, jumlah RM1 juta dituntut sebagai ganti rugi am dan ganti rugi khas merangkumi perbelanjaan perubatan dan perbelanjaan sampingan yang ditanggung anak guamnya.

“Kami memberi tempoh tujuh hari kepada mereka untuk mengeluarkan satu kenyataan maaf secara terbuka dalam akhbar dan televisyen serta menarik balik semua surat, e-mel berbentuk fitnah yang dikeluarkan kepada persatuan industri dan mana-mana pegawai bahagian berkenaan serta RM200 untuk kos pengeluaran notis peguam,” katanya.

Zahrin berkata demikian pada sidang media bersama Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) semalam. Hadir sama pada sidang media khas itu, Presiden Seniman, Harun Salim Bachik.

Bagaimanapun, katanya, dalam surat tuntutan itu pihaknya turut memaklumkan kesediaan menyelesaikan masalah yang berlaku di luar mahkamah dan pihaknya sedia dihubungi pada bila-bila masa untuk perundingan.

Sementara itu, Johan berkata dia mengambil tindakan undang-undang berikutan insiden itu selepas mendapat nasihat peguamnya, selain sokongan diterima daripada Seniman.

“Tindakan saya ini sebagai pembelaan atas apa yang dilakukannya (pengarah terbabit) kepada saya dan sebagai peringatan kepada pengarah lain supaya mereka tidak bertindak sesuka hati kepada pelakon.
“RM1 juta itu hanya syarat. Apa yang utama ialah kesedaran di pihak pengarah dan hak saya untuk mendapat pembelaan atas maruah diri. Bukan saja saya yang cedera akibat dibaling gelas tetapi isteri, Rozlinawaty Ismail (Ozlyn Wati), juga dikasari apabila ditendang,” kata bapa kepada seorang anak itu.

Menurut Johan, sehari sebelum kejadian itu dia kehilangan ibu tersayang, Salwa Md Dani yang meninggal dunia. Walaupun dia sepatutnya boleh bercuti atas kematian ibunya tetapi dia gagahi juga untuk bekerja kerana sedar berlakon adalah sumber pendapatannya.

“Tetapi, tidak sangka pula kejadian itu berlaku. Apapun, atas dasar kemanusiaan, saya sudah maafkan perbuatan dia selepas dia memohon maaf kepada saya menerusi panggilan telefon dan kami tidak bertemu,” katanya.
- HMetro..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 12:12 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 12:15 PM | Show all posts
mek...i masuk mekk....td bizi ar...curlastt la ur thread...i meriahkan mek...no worry...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 12:20 PM | Show all posts
macam-macam ragam artis kita
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.577783 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list