View: 1309|Reply: 12
|
Pengantin Lelaki Lari Kerana Kecewa Majlis Resepsi Diadakan Besar-besaran
[Copy link]
|
|
Enggan bersanding menjadi punca seorang lelaki tidak hadir ke majlis pernikahannya menyebabkan pengantin perempuan bersanding seorang diri di daerah Dompu, Jakarta.
Pengantin lelaki, Muhammad Riski Dalaga membuat pengakuan itu selepas ditangkap polis ketika bersembunyi di Kota Mataram.
Ketua Polis Dompu AKBP Iwan Hidayat berkata, Muhamad Riski ditangkap pada 8 Februari selepas pengantin perempuan Wanda Wulandari, membuat laporan polis.
Kredit foto: Istimewa
"Menurut Riski, pada awalnya dia meminta majlis resepsi tidak diadakan, tetapi dia kecewa apabila permintaannya tidak diendahkan.
"Menurutnya, dia hanya mahu majlis itu dihadiri ahli keluarga, namun dia bertindak melarikan diri selepas mendapati majlis resepsi diadakan secara besar-besaran," katanya kepada Detikcom pada Jumaat.
Terdahulu, tular di media sosial pengantin perempuan bersanding seorang diri pada 7 Februari lalu, sambil menangis teresak-esak selepas pengantin lelaki tidak kunjung tiba.
Walaupun berdepan situasi sukar, Wanda tetap bersalam dengan tetamu yang hadir, ditemani ahli keluarga yang membantu menyeka air matanya.
Malah, pengantin lelaki tidak hadir hingga majlis resepsi tamat, sebelum Wanda membuat laporan polis dan Riski ditangkap.
Bagaimanapun, Riski berjanji akan bernikah dengan Wanda selepas polis mengadakan perbincangan dengan keluarga pasangan itu, pada Jumaat.
"Sebelum solat Jumaat, pertemuan dan perbincangan sudah diadakan, mereka sudah mempunyai kata sepakat. Pihak pengantin lelaki dan perempuan akan dinikahkan semula. Itu yang dipersetujui kedua-dua keluarga," kata Iwan.
Namun, katanya, tarikh pernikahan antara kedua-dua mempelai itu belum dimaklumkan.
Wanda kemudian menarik balik laporan polis selepas Riski berjanji menikahinya.
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Retis ke wanda wulandari ni? Dia penyanyi lagu Terang Bulan tu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Dah rupa perantin ompuan pon nan hado gigh nk bersanding |
|
|
|
|
|
|
|
Moga impiannya terlaksana juga akhirnya bukan sekadar akan akan je |
|
|
|
|
|
|
|
gigih sgt si wanda nak menikoh riski kes kecik gitu pun lari sampai nyusahkan org. cari org lain je la wanda, pastu saman si riski hanat ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Riski tu dah menikah lah. Takut kantoi.
|
|
|
|
|
|
|
|
klu baca berita seberang, laki tu lari, psl takut kluster kobiv ler
buat besar2ran lagila besar risiko , kn dh dilarang, laki mana yg bodo nk hdap kluster ni?
sebab tu dia setuju buat kecil kecilan dgn ahli keluarga aja
ni mesti mak mentua sailang kehendak anak pmpn ni..hancus plan. dahla sana bukan nk follow SOP pun, tak pakai mask, salam2 dgn tangan
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah ada bini/skandal kot. Sebab tu takut ketahuan |
|
|
|
|
|
|
|
riski lari sebab nak dengan priska? riski priski priska |
|
|
|
|
|
|
|
tak payah la kawen.sebelum kawen pon belah perempuan tak endah permintaan lelaki...jadi babu queen kontol je |
|
|
|
|
|
|
|
sepatutnya beliau patut ditanya atau disoal pihak polis tentang : perkahwinan idaman saya. |
|
|
|
|
|
|
|
Beria lah perantin pompuan
Ni mesti banyak tengok story retis2 top macam Aurelis tu
Tu yang berangan nak naik pelamin mekap sekilo |
|
|
|
|
|
|
|
ke pemalu yg amat riski ni, boleh anxiety tgk ramai memandang |
|
|
|
|
|
|
| |
|