"Akhirnya! Nak sangat saman orang yang saya dah lama nak saman."
Kredit foto: IG
Demikian luahan Puteri Sarah Liyana di Instagram yang mengakui sudah lama dia memendam rasa dan bersabar hingga nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu.
"Saya minta maaf kerana tidak dapat berkongsi butiran lanjut mengenai tujuan dan tindakan saman yang bakal dibuat.
"Sebenarnya saya sudah lama bersabar dan bertahan tapi sekarang ini saya sudah mempunyai bukti kukuh untuk membawa perkara yang berlaku ke mahkamah.
Kredit foto: IG
"Tunggu dan lihat apa yang bakal saya lakukan. Cuma buat masa ini beri saya ruang untuk berbincang dengan peguam saya," katanya dipetik dari Harian Metro.
Kata Sarah, dia tidak kisah menunggu proses yang lama sehingga mendapat keadilan sewajarnya selain sanggup membiayai kos guaman yang tinggi.
"Saya akui nak failkan saman ini kosnya tidak murah tapi saya sudah lama bersabar dengan perkara ini. Saya mahu undang-undang membuktikan isu yang berlaku," tegasnya.
Kredit foto: IG
Siapa yang Puteri Sarah nak saman tu? - CARI |