View: 7399|Reply: 43
|
Iqram Dinzly 'Gigi tiada, badan kurus,
[Copy link]
|
|
'Gigi tiada, badan kurus, lakonan tetap dipuji'
Iqram berjaya menempuh seorang diri komen buruk yang dilontarkan netizen sehingga ada yang menganggapnya sakit jiwa. - Foto IG Iqram Dinzly
KUALA LUMPUR: Selama beberapa tahun, pelakon sensasi, Iqram Dinzly, 41, terus dihukum dengan cercaan seperti tidak siuman, gila dan sakit jiwa. Umpama terperangkap dalam 'dimensi hidup', namun, apa yang dicari bukannya kehidupan dunia nyata apabila berkelakuan pelik, jelik dan keterlaluan.
Pada pandangan mata kasar, Iqram seperti tersasar daripada landasan hidup menerusi perkongsian video dimuat naik dalam laman Instagram (IG).
Malah, ada melemparkan persepsi kemungkinan Iqram menuntut ajaran sesat atau mengambil bahan terlarang sehingga berkelakuan seperti manusia tidak siuman.
Bagaimanapun, itu sekadar tuduhan. Hakikatnya, Iqram sedang mencari diri sendiri. Namun, apa yang dilakukan memberi kesan buruk terhadap diri, keluarga dan kerjaya lakonan.
Iqram yang kini lebih selesa menggelarkan diri sebagai Iqram Dinzlycious kembali diperkatakan, namun bukan kelakuan gila, sebaliknya, keberkesanan watak dalam drama rantaian, Hati Yang Dikhianati.
Tidak hanya pengarah tersohor, Bade Azmi, malah, barisan pelakon seperti Shah Iskandar, Amar Baharin dan Zamarul Hisyam turut memuji komitmen dan kredibilitinya sebagai pelakon.
Mengulas langkahnya kembali aktif berlakon selepas sekian lama terumbang-ambing, hidup dalam kecaman dan dakwaan berdepan masalah mental, Iqram mengakui, dia kembali menyemarakkan dunia lakonan.
"Ya, saya sedang aktif berlakon. Allah sudah susunkan masa terbaik untuk saya kembali menyemarakkan industri seni.
"Pada masa sama, kebanyakan syarikat produksi sedang rancak melaksanakan penggambaran, jadi, mengapa tidak mahu mencubanya.
"Alhamdulillah, persahabatan terjalin antara saya dan rakan pelakon drama Hati Yang Dikhianati membantu memberi impak baik untuk saya membina keserasian bersama rakan pelakon.
"Dan, ini juga hasil pengalaman saya selama 15 tahun sebagai anak seni, apatah lagi, melalui pelbagai kontroversi," katanya kepada BH Online.
Nama Iqram diperkatakan semula, namun bukan kelakuan gila, sebaliknya, keberkesanan watak dalam drama rantaian, Hati Yang Dikhianati. - Foto IG Iqram Dinzly
Iqram atau nama sebenarnya, Muhammad Iqram Dinzly bin Muhammad Saipuddin berkata, watak Azlan dalam drama Hati Yang Dikhianati tidak ubah seperti karakter sebenarnya.
"Saya bersyukur, pengarah, Bade memberikan sentuhan magis hingga membuatkan watak Azlan benar-benar hidup.
Tidak hanya itu, syarikat produksi, Global Station Sdn Bhd menerima saya seadanya walaupun gigi sudah tiada dan badan pula kurus.
"Saya akui tidak seperti Iqram Dinzly dahulu yang metroseksual dan menjaga penampilan, tetapi, sekarang saya hanya jalan sahaja. Alhamdulillah," katanya.
Mengulas syarikat produksi takut memberikan tawaran lakonan ekoran kontroversi dan kelakuannya dalam laman IG, Iqram menafikan tanggapan sedemikian.
"Tidak logik ada yang takut memberi tawaran lakonan kepada saya. Sebab mereka lebih takutkan saya daripada Allah.
"Bagaimanapun, saya tidak pernah merasakan diri saya bagus atau hebat. Saya hanyalah pejuang berjiwa seni. Menerusi seni inilah saya jadikan platform membuktikan persepsi netizen salah sama sekali," ujarnya.
Antara babak Iqram dan Mona Allen dalam drama Hati Yang Dikhianati yang mendapat pujian pengarah dan rakan pelakon. - Foto IG Iqram Dinzly
Pelakon drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan Memori Cinta Suraya itu berkata, dia berjaya menempuhnya seorang diri terhadap komen buruk yang dilontarkan netizen.
"Dari segi sudut mental, saya bukanlah hebat, tetapi saya dapat membuktikan kebenaran di sebalik kemungkaran.
"Saya bukannya mempunyai masalah mental, sebaliknya, mahu memperkotak-katikkan mental golongan netizen.
"Saya melontarkan api bagi menyemarakkan jiwa netizen yang merasakan mereka hebat dan berkuasa dalam media sosial," katanya.
Selain drama Hati Yang Dikhianati, pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu berkata, dia sudah mula dihujani tawaran. Bukan sahaja berlakon, malah, ada juga rezeki ke arah cabang lain.
"Namun, biarlah rahsia dahulu. Sekarang saya masih sibuk menyelesaikan penggambaran drama Hati Yang Dikhianati.
"Dalam pada masa sama, saya juga menjayakan drama Lockdown arahan Erma Fatima. Saya bergandingan bersama Elly Mazlein, Rosnah Mat Aris, Fatin Siregar Tamimi dan Nadya Syahera," katanya.
Sebelum ini, Iqram menerima impak terlalu besar apabila laman Instagram Iqram dahulu, sebelum disekat pernah mencapai 'impression' dalam Instagram Business Tool sebanyak 44 juta pelayar, malah, kebanyakan 'live video' ditonton hampir 10,000 orang pada 2018.
https://www.bharian.com.my/hibur ... akonan-tetap-dipuji
|
|
|
|
|
|
|
|
Gud luck bro...aku suka tgk dia blakon...
Dlm drama Hati yg dikhianati tu pn menjadi betul watak jahat dia..geram tgk.
Cuma tang nama tu la...xyah la guna iqram dizlycious tu..geli plak aku dgr |
|
|
|
|
|
|
|
Iqram Dinzly Kembali Daripada 'Gila', Dapat Offer Mencurah-Curah
Selama beberapa tahun, pelakon sensasi, Iqram Dinzly, 41, terus dihukum dengan cercaan seperti tidak siuman, gila dan sakit jiwa. Umpama terperangkap dalam 'dimensi hidup', namun, apa yang dicari bukannya kehidupan dunia nyata apabila berkelakuan pelik, jelik dan keterlaluan.
Pada pandangan mata kasar, Iqram seperti tersasar daripada landasan hidup menerusi perkongsian video dimuat naik dalam laman Instagram (IG).
Malah, ada melemparkan persepsi kemungkinan Iqram menuntut ajaran sesat atau mengambil bahan terlarang sehingga berkelakuan seperti manusia tidak siuman.
Bagaimanapun, itu sekadar tuduhan. Hakikatnya, Iqram sedang mencari diri sendiri. Namun, apa yang dilakukan memberi kesan buruk terhadap diri, keluarga dan kerjaya lakonan.
Iqram yang kini lebih selesa menggelarkan diri sebagai Iqram Dinzlycious kembali diperkatakan, namun bukan kelakuan gila, sebaliknya, keberkesanan watak dalam drama rantaian, Hati Yang Dikhianati.
Foto: IG
Tidak hanya pengarah tersohor, Bade Azmi, malah, barisan pelakon seperti Shah Iskandar, Amar Baharin dan Zamarul Hisyam turut memuji komitmen dan kredibilitinya sebagai pelakon.
Mengulas langkahnya kembali aktif berlakon selepas sekian lama terumbang-ambing, hidup dalam kecaman dan dakwaan berdepan masalah mental, Iqram mengakui, dia kembali menyemarakkan dunia lakonan.
"Ya, saya sedang aktif berlakon. Allah sudah susunkan masa terbaik untuk saya kembali menyemarakkan industri seni.
"ada masa sama, kebanyakan syarikat produksi sedang rancak melaksanakan penggambaran, jadi, mengapa tidak mahu mencubanya.
"Alhamdulillah, persahabatan terjalin antara saya dan rakan pelakon drama Hati Yang Dikhianati membantu memberi impak baik untuk saya membina keserasian bersama rakan pelakon.
"Dan, ini juga hasil pengalaman saya selama 15 tahun sebagai anak seni, apatah lagi, melalui pelbagai kontroversi," katanya kepada BH Online.
Iqram atau nama sebenarnya, Muhammad Iqram Dinzly bin Muhammad Saipuddin berkata, watak Azlan dalam drama Hati Yang Dikhianati tidak ubah seperti karakter sebenarnya.
"Saya bersyukur, pengarah, Bade memberikan sentuhan magis hingga membuatkan watak Azlan benar-benar hidup.
Tidak hanya itu, syarikat produksi, Global Station Sdn Bhd menerima saya seadanya walaupun gigi sudah tiada dan badan pula kurus.
"Saya akui tidak seperti Iqram Dinzly dahulu yang metroseksual dan menjaga penampilan, tetapi, sekarang saya hanya jalan sahaja. Alhamdulillah," katanya.
Mengulas syarikat produksi takut memberikan tawaran lakonan ekoran kontroversi dan kelakuannya dalam laman IG, Iqram menafikan tanggapan sedemikian.
"Tidak logik ada yang takut memberi tawaran lakonan kepada saya. Sebab mereka lebih takutkan saya daripada Allah.
"Bagaimanapun, saya tidak pernah merasakan diri saya bagus atau hebat. Saya hanyalah pejuang berjiwa seni. Menerusi seni inilah saya jadikan platform membuktikan persepsi netizen salah sama sekali," ujarnya.
Pelakon drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan Memori Cinta Suraya itu berkata, dia berjaya menempuhnya seorang diri terhadap komen buruk yang dilontarkan netizen.
"Dari segi sudut mental, saya bukanlah hebat, tetapi saya dapat membuktikan kebenaran di sebalik kemungkaran.
"Saya bukannya mempunyai masalah mental, sebaliknya, mahu memperkotak-katikkan mental golongan netizen.
"Saya melontarkan api bagi menyemarakkan jiwa netizen yang merasakan mereka hebat dan berkuasa dalam media sosial," katanya.
Selain drama Hati Yang Dikhianati, pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu berkata, dia sudah mula dihujani tawaran. Bukan sahaja berlakon, malah, ada juga rezeki ke arah cabang lain.
"Namun, biarlah rahsia dahulu. Sekarang saya masih sibuk menyelesaikan penggambaran drama Hati Yang Dikhianati.
"Dalam pada masa sama, saya juga menjayakan drama Lockdown arahan Erma Fatima. Saya bergandingan bersama Elly Mazlein, Rosnah Mat Aris, Fatin Siregar Tamimi dan Nadya Syahera," katanya.
Sebelum ini, Iqram menerima impak terlalu besar apabila laman Instagram Iqram dahulu, sebelum disekat pernah mencapai 'impression' dalam Instagram Business Tool sebanyak 44 juta pelayar, malah, kebanyakan 'live video' ditonton hampir 10,000 orang pada 2018. -CARI
Sumber: Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
welcome back Iqram
ko belakon bagus
jgn la sia2 kan bakat
nnt Iqbal take over baru ko tau |
|
|
|
|
|
|
|
zaman dia dgn pojiah dulu mmg aummm.. berselera la jugak tgk dengan halkum secoet dia tu. kalau dia maintain mcm tu mesti skang dah bawak watak abah2 muda kan... |
|
|
|
|
|
|
|
AcikBuncit replied at 11-2-2022 05:51 PM
Gigi dia dh xda ke
itulah, nak tahu lah jugak. kat gambar takdelah tunjuk pulak |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni dulu sebelum mendadih dan cengkuk memang herlokkkk yakmat...
dah la ada rupa... berlakon hebat... tapi ujung2 ting tong dengan telur segala orang dah nampak...
elok la wangikan diri balik... makan banyak2 bagi berisi lepastu pergi gym kalau nak sesado... rambut dan jambang ke janggut macam kambing tu trim la... |
|
|
|
|
|
|
|
Welcome back Iqram. Maybe masa perangai dia pelik2 tu dia tengah lalui something yang kita tak tau hence the attitude macam tu. Jangan sia-siakan bakat tu Iqram |
|
|
|
|
|
|
|
"Saya bukannya mempunyai masalah mental, sebaliknya, mahu memperkotak-katikkan mental golongan netizen.
Gitchuu diva iqram defend diri sdiri |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by adelea at 11-2-2022 06:37 PM
Sapa sapa yg kenal iqram .. he never go gilaaa ... Boleh la tgk iqram berlakon semula |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 11-2-2022 06:00 PM
dia ni dulu sebelum mendadih dan cengkuk memang herlokkkk yakmat...
dah la ada rupa... berlakon heba ...
Pandai2 je . Dia mana ada mendadih....
Mmg dia kurus tapi bukan mendadih |
|
|
|
|
|
|
|
so kenapa heshe jadi ting tong gitu sebelum ni chuols? since ni bod gosip, so cerita je lah tak perlu nak berkias2 bagai katanyehhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia antara artis berbakat jgklah..berlakon ok..pengacara jjcm pn ok..i tgk je best jgk dia jd pengacara jjcm time tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia maneh ....Ade iras sikit Khai bahar |
|
|
|
|
|
|
|
hyie replied at 11-2-2022 07:05 PM
so kenapa heshe jadi ting tong gitu sebelum ni chuols? since ni bod gosip, so cerita je lah tak pe ...
Member tu sampai dah tulis perkataan Allah kat dahi, berlakon jadi tuhan bagai. Baik lah claim under drug influence je okay lagi. Kalau tak memang tak gila, bangang. |
|
|
|
|
|
|
|
mak meolls suka sgt tengok cerita yg ala2 mis tres hermanaz tu.. meolls tengok muka dia dlm tu dah mcm mask guy fawkes.. |
|
|
|
|
|
|
|
jijilaaa replied at 11-2-2022 05:44 PM
zaman dia dgn pojiah dulu mmg aummm.. berselera la jugak tgk dengan halkum secoet dia tu. kalau dia ...
yg dia jantan, tekya perempuan.. 2-2 hot dan delisious ms zaman gemilang..
takut dinzly ni jd diva AA no 2 plk |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni berlakon ok, rupa pun ada lah jugak. Dunia lgbt ni memang dunia mental meroyan, last2 bunuh diri |
|
|
|
|
|
|
| |
|