View: 3097|Reply: 11
|
Nadia Ali Hidap Strok Otak, Harap Lagu Diterima Allah Sebagai Amalan
[Copy link]
|
|
"Kalau saya meninggal dunia semasa saya sakit sebelum ini, orang akan ingat saya dengan lagu Salam Untuk Kekasih. Namun dengan adanya lagu Insaf, kalau berlaku apa-apa orang akan kenang saya dengan lagu ini dan ia sangat baik. Semoga lagu ini diterima Allah sebagai satu amalan,".
Demikian kata penyanyi Nadia Ali yang popular dengan lagu Salam Untuk Kekasih berkenaan single berjudul Insaf yang baharu dikeluarkannya.
Nadia, 46, atau nama sebenarnya Zarina Mohd Ali diuji dengan penyakit strok otak yang kritikal enam bulan lalu, namun bersyukur dapat pulih dalam tempoh yang agak cepat.
Foto:Harian Metro
"Saya ketika itu berada dalam keadaan sihat dan nak buat satu program untuk radio secara strim. Tiba-tiba saya tak boleh berdiri. Manakala otak dengan mulut tidak boleh berhubung. Nak cakap benda lain tapi yang keluar dimulut lain.
"Saya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital selama beberapa hari sebelum dipindahkan ke wad biasa. Alhamdulillah pemulihan saya sekarang sudah 80 peratus," katanya kepada Harian Metro.
Nadia yang bergelar pengusaha hotel di Sipitang, Sabah berkata, dia bersyukur Allah memberinya peluang untuk terus bernafas.
"Kali ini saya takkan mensia-siakan hidup dan jaga kesihatan sebaiknya. Saya kini amat menjaga makan ubat kolesterol dan darah tinggi. Setiap bulan akan buat pemeriksaan doktor.
"Saya tak berniat mencari untung wang ringgit dari lagu ini kecuali mengharapkan ia diterima sebagai satu amal untuk saya menjawab di akhirat nanti dengan bakat yang ada.
"Dengan rendah hati, saya berharap ia diterima Allah sebagai satu amal," katanya sambil menangis.
Nadia yang kini hidup ditemani sepasang anak yang meningkat dewasa menghasilkan sendiri lagu ini sepenuhnya, manakala Julfekar bertindak sebagai penerbit. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Allahuakhbar.. aku minat sgt dia dulu..
moga Allah beri kesembuhan dgn cpt dan membuka pintu rezki yg luas.. amin yra |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya sheols ada join gv jugak kot sebelum ni? namun vokal dah tak berapa sampai |
|
|
|
|
|
|
|
Oh ingat lagi lagu sheol meletops dulukala, sheol pun cantik. Tapi Tu je satu lagunya |
|
|
|
|
|
|
|
album dia yg ada lagu salam utk kekasih tu best2 lagu2 nya.. kaset yg ada dah rosak.. kt mana ye blh dpt.. lama da mencari |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu dia ni bertudung lps tu terbang tudung balik sbb nak aktif jd nyanyi balik.now dh bertudung balik..harap kekal bukan sbb sakit aje bertudung |
|
|
|
|
|
|
|
hyie replied at 11-2-2022 05:03 PM
rasanya sheols ada join gv jugak kot sebelum ni? namun vokal dah tak berapa sampai
Gv1 sekali dengan shima teringin, ayai ilusi juara dan haleeda naib juara. Nadia ni terkeluar awal dan shima tersungkur di semi final
Motip iols ingat benda ni |
|
|
|
|
|
|
|
Sumpah acik tak kenal ko nak |
|
|
|
|
|
|
|
Nenasketum replied at 11-2-2022 11:00 PM
Sumpah acik tak kenal ko nak
Salam utk kekasih lagu hits dulu2'. Serious ar tak kenal? |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh x iolls ckp tau lagu & suara tp baru ni la kenal tgk rupa org nya [em:4:]
Semoga diberi kesihatan yg baik |
|
|
|
|
|
|
|
Nauzubillah... macam2 penyakit.
Mesti willpower nk sembuh tu kuat, sebab tu cepat sembuh. |
|
|
|
|
|
|
| |
|