Kalau dibandingkan pelajar sekolah dahulu dan sekarang, salah satu perbezaan ketara yang dapat kita lihat adalah dari segi penampilan. Rata-rata, remaja masa kini sudah tahu apa itu solekan dan fesyen.
Malahan, ada antara mereka sudah pandai mengenakan solekan tipis ke sekolah. Kecanggihan alat teknologi pada masa kini memudahkan golongan ini mengakses laman web bagi mengikuti perkembangan teknik solekan terkini.
Dulu, 'tepek' bedak jenama Johnson & Johnson pun sudah cukup. Paling tidak pun, mengoles krim muka jenama Fair & Lovely.
Di TikTok, tular video seorang pelajar lelaki menunjukkan solekan yang dikenakannya sebelum ke sekolah.
Tidak hanya memakai krim penutup cela, dia juga menggunakan teknik bayangan 'contouring' untuk menimbulkan ilusi wajah kelihatan lebih tirus.
Walaupun hanya solekan tipis, video berkenaan bagaimanapun menerima pelbagai reaksi daripada netizen.
Warga maya tertanya-tanya adakah sekolah membenarkan pelajar bersolek ketika menghadiri sesi pembelajaran.
Bagaimanapun, ada juga segelintir yang mempertahankan tindakan pelajar itu apatah lagi solekan yang dikenakan itu hanyalah solekan ringkas dan tipis.
Mekap tipis begini saja pun sudah dikata ada potensi jadi seperti Sajat. Patut ke? - CARI
|