CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 6682|Reply: 98

Berdoa Ketika Ayam Jantan Berkokok Sebab Ia Nampak Malaikat - Dr Zulkifli

[Copy link]
Post time 11-2-2022 08:45 AM | Show all posts |Read mode
Tahukah anda bahawa setiap kali ayam jantan berkokok, itu menandakan ia sedang melihat malaikat.


Perkara ini disahkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi portal Maktabah AL-Bakri.




Kredit foto: IG/Google




Menurutnya, ayam jantan berkokok disebabkan haiwan itu melihat malaikat adalah benar sebagaimana Rasulullah SAW menyebutnya dalam hadith sahih.


Justeru katanya, kita digalakkan untuk berdoa kepada Allah SWT ketika kehadiran malaikat dengan harapan moga-moga Malaikat mengaminkan doa kita.




Kredit foto: Maktabah AL-Bakri




Mengulas lanjut Zulkifli berkata, ayam jantan juga memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki binatang lain, iaitu ia mengetahui perubahan waktu di malam hari.




Kredit foto: Maktabah AL-Bakri




Sehubungan itu kata Zulkifli, kita dianjurkan berdoa ketika ayam berkokok adalah mengharapkan ucapan amin dari Malaikat untuk doa kita dan permohonan ampun mereka kepada kita, serta persaksian mereka akan keikhlasan kita.




Sumber: K! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2022 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Untung siapa yang kerja di kandang ayam
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 08:50 AM | Show all posts
iols masa kecik2 duk kg takut hantu..kalau terjaga dari tido tp tak dgr lagi ayam berkokok maka tarik selimut tutup segalanya takut ternampak hantu, bila kepala fikir mcm2 maka susah nk kembali tidur...bila tengah ketakutan tiba2 ada ayam berkokok rasa lega yg amat dan bukak selimut dari kepala dan boleh sambung tidur dgn aman sehingga mak kejut. rasa ketenangan bila dgr ayam berkokok..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 08:53 AM | Show all posts
benda tidak penting mcm ini jangan dicakapkan...memalukan betul

betul atau salah siapa tau...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 11-2-2022 08:50 AM
iols masa kecik2 duk kg takut hantu..kalau terjaga dari tido tp tak dgr lagi ayam berkokok maka tari ...

Eh.. Sama laa…
aku pun time kecik duk kampung pun camtu.. kalu terjaga tengah malam  n takleh tido, mesti telinga tunggu je bunyi ayam.. kalu dengar ayam berkokok tu mmg terus rasa lega…bila dah pindah kl ni dah terus tak takut sebab ada je bunyi kete n moto tengah2 mlm.. takut time anjing menyalak je memalam..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 11-2-2022 08:50 AM
iols masa kecik2 duk kg takut hantu..kalau terjaga dari tido tp tak dgr lagi ayam berkokok maka tari ...

hantu pun takut..apadaaa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2022 09:05 AM | Show all posts
lemak_masin replied at 11-2-2022 08:57 AM
Eh.. Sama laa…
aku pun time kecik duk kampung pun camtu.. kalu terjaga tengah malam  n takleh tid ...

masa iols duk asrama dulu ada yg citer, kalau bunyi anjing tu jauh sayup2 maka ada hantu dah dkt ngan kita...aih, mcm2 pulak citer OT...hahha
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 09:07 AM | Show all posts
sekngucing replied at 11-2-2022 09:03 AM
hantu pun takut..apadaaa..

tu la masa kecik2 dulu dimomokkan dgn mcm2 citer..pastu suka lak tgk citer hantu...dkt rumah ada pokok kekabu besar pastu jiran2 kata selalu nmpk pontianak bertenggek atas pokok tu mlm2...bila fikir balik bukan pontianak la, tu buah kekabu yg  dah tua terbuka dah kulit dia masih bergayut kat pokok...so nmpk la kelibat putih, sbb kapas kekabu kaler putih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2022 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Kita sekarang berdepan dengan teknologi tercanggih.......contoh handphone......kita program kan dia berbunyi jam 6 pagi atau apa2 la.......tepat 6 pagi dia akan berbunyi. Setiap hari. Atau programkan ikut waktu azan.  No problem.  Sistem komputer canggih lagi la...bolih buat prediction lagi.
Jadi kaedah 1000-1400 tahun dulu sesuai untuk orang dulu2 je la.  Tak perlu pun kagum dengan teknologi ayam tu pun.

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 11-2-2022 08:53 AM
benda tidak penting mcm ini jangan dicakapkan...memalukan betul

betul atau salah siapa tau...

Senang mcm ni, kalau xtahu apa2, elok diam, benda dah hadith sahih. Islam bukak main tala je membabi buta.

Tu yg bercakap tu mufti wilayah, bukan zulkipli pilot kapal terbang. Dia bawa syarah ulama2 terdahulu, bukan bawa sembang kedai mamak dari geng2 pencen dia.

Bila agamawan berbincang mengenai sesuatu ilmu, kita dengar, kita kaji. Sahih, kita taat. Khilaf, kita nilai. Palsu, kita sempadan. Xperlu bising2.

Kalau ada sekelumit perasaan malu dari apa yg dah dicakapkan Rasulullah, semak balik iman. Bertaqwalah kepada Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
batu kikir replied at 11-2-2022 09:07 AM
Kita sekarang berdepan dengan teknologi tercanggih.......contoh handphone......kita program kan dia  ...

Bukan kagum dengan ayam. Kita sembelih makan. Tapi berpegang pada ajaran Rasulullah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Sewaktu Rasulullah masih hidup...... baginda mengharamkan sebarang penulisan atas apa yg baginda tuturkan..... takut nanti umat baginda akan jadi keliru dalam perkara ibadat kecuali apa yg terkandung dalam Al Quran.
Selepas 200-300 tahun kewafatan baginda barulah kata2 baginda dibukukan dan dinamakan hadis itupun mengguna kaedah dengar atas dengar atas dengar.........
Kaedah begini ada banyak kekurangan....... mungkin ada pengurangan atau penambahan kata2 yg bukan dari Rasulullah SAW (tiada kena mengena dengan taraf orang yg menyampaikan sanad kata2 tersebut (perawi) . In masaalah komunikasi)
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangga sgt dgn teknologi. Bila device tu xdak batery mula kalut eh dah pukul berapa ni. Eh haritu aku ada baca bunyi ayam maksudnya dah subuh ke dah terbit fajar ke eh aku xigt sbb aku malas amik port masa tu sbb aku ada device teknologi canggih ni watpa aku nak sebok2 tahu menda mcm ni.
Igt xde benda yg last forever. Ko bangga camna sekalipun dgn sesuatu teknologi tu tetap ada kill switch yg menyebabkan teknologi tu useless. Contoh simple xde batt. Powerbank empty. No power source.
Nanti kita akan balik jgk ke zaman no tech whether u believe or not its the cycle. Same like life. Org tua tend to be like a child before he dies. So xyah nak jadi gen y gen z sgt yg menidakkan nature's reliable tech.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu masa kecik awal2 pagi mesti dengar ayam berkokok.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
batu kikir replied at 11-2-2022 09:22 AM
Sewaktu Rasulullah masih hidup...... baginda mengharamkan sebarang penulisan atas apa yg baginda tut ...

Baginda melarang menulis bukan pada semua, tapi pada yg xmahir sahaja. Tulis ayat al quran sahaja dan jangan tulis hadith, nanti bercampur. Ayat kena betul

Ada sahabat2 yg menulis ayat2 al quran dizaman Rasulullah. Yg terkenal Zaid ibn Tsabit.

Ilmu hadith, bukan ilmu hearsay, dia ilmu rekod yg paling cemerlang merentasi zaman. Perawi hadith akan terus diuji, jika ada satu huruf terlepas, perawi akan dikategorikan sebagai daif, dan hadith akan terkategori sebagai daif.

Untuk menjadikan hadith tu sahih, bukan sahaja sebutan ia perlu jalur hadith yg mengandungi perawi2 siqah (dipercayai).

Untuk menjadi perawi siqah, syarat dia amat ketat, ada seorang perawi tidak dianggap siqah kerana memandu unta laju didalam kota.

Mengatakan hadith sahih boleh ada terlepas adalah satu perkara yg lebih besar dari pembohongan dan dajjal.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 10:28 AM | Show all posts
dari kecik aku dh diberitahu hal nie.. so bila kt kg.. aku msti doa bila ayam berkokok.. cuma aku lupa apa yg aku doakn.. hahah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2022 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
JokesCop replied at 11-2-2022 09:08 AM
Senang mcm ni, kalau xtahu apa2, elok diam, benda dah hadith sahih. Islam bukak main tala je memba ...

Usah di layan geng2 yg x hormati agama kita...abaikan aje...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 10:38 AM | Show all posts
ayam jantan sering berjimak...manusia patut ikut ayam jantan
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 10:40 AM | Show all posts
dlm islam, memang menggalakkan umatnya berjimak...cuma wanita2 muslim tidak kuat syahwat mereka dan mudah terjerumus dan dipengaruhi golongan kafir dan non-muslim...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Kkdg tgh mlm pun bunyi ayam berkokok… die knape erkkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 04:02 PM GMT+8 , Processed in 1.325232 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list